Sunday, July 24, 2011

SIRI 14 DAP LAKNATULLAH : KERAJAAN DAP RUGI RM 107.78 JUTA



Teman dah lama nak ceritakan tentang hal ini. Kalau baca buku bajet 2011 yang lalu, guan eng pusing angka dari pelbagai cara ntuk nampakkan kerajaan negeri sentiasa untung. Tapi dalam aspek tertentu guan eng sebenarnya rugi dan terpaksa mengambil wang daripada SIMPANAN TERKUMPUL NEGERI yang berbaki RM 538.95 juta pada akhir tahun 2009. Mari kita baca informasi di bawah :

Bajet 2011 ialah RM 900.35 juta
Bajet 2010 RM 713.79 juta.
Bajet mengurus 2011 ialah RM 493.10 juta meningkat sebanyak RM 89.08 juta
Bajet 2011 alami defisit sebanyak rm 107.78 juta
( rugi dan makan tabung )

Bantuan kerajaan BN di Pulau Pinang :

1. PROJEK PEMBESARAN EMPANGAN MENGKUANG RM 240.30 JUTA
2. PROJEK PENGURANGAN KADAR KEHILANGAN AIR TIDAK BERHASIL RM 10 JUTA
3. PROJEK BEKALAN AIR LAIN RM 12 JUTA

Sebahagian Agihan peruntukan pembangunan bagi tahun 2011 yang berkaitan kebajikan rakyat  :

Rancangan Perumahan Murah hanya RM 13.51 juta
Membina jalan kerajaan negeri RM  15.05juta
bantuan sekolah agama rakyat RM 1.70 juta

( patutlah di pulau pinang tiada projek perumahan kos rendah untuk rakyat. Peruntukan rumah kos rendah hanya RM 15.05 juta sahaja.Amat amat sedikit .Rumah di Pulau Pinang semuanya mahal nak mampus. Rumah bernilai RM 300 ribu dan ke atas dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Peruntukan jalan yang sedikit , menyebabkan jalan banyak rosak. DAP tahu, bila jalan rosak, kerajaan BN akan baiki. Ini semua tektik DAP dalam menjayakan mesej menggunakan wang BN , dan memberi kredit kepada mereka.