Thursday, June 23, 2011

BERSIH TETAPI BUKAN MUTLAK-MANUSIA AKHIR ZAMAN

Riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia tetapi berhati syaitan. Mereka diibaratkan sebagai serigala buas. Hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan.""Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu. Kalau engkau menjauhi mereka, maka mereka akan mengumpat engkau.""Apakah mereka melihatmu?"Jawab Nabi saw:"Tidak."Para sahabat bertanya:"Apakah turun wahyu kepada mereka?"Jawab Nabi saw:"Tidak."Para sahabat bertanya lagi:"Bagaimana keadaan mereka?"Nabi saw menjawab:"Seperti ulat dalam cuka."Para sahabat bertanya lagi:"Ya Rasulullah saw, bagaimana mereka menjaga agama mereka?

"Jawab Nabi saw:"Seperti bara api di tangan. Kalau diletak ia akan padam dan kalau diambil dengan tangan ia akan terbakar."

Peringatan buat semua yang bakal mengikuti perhimpunan haram anjuran kufar Ambiga.Terman tidak berniat untuk menghurai panjang.Apapun mereka inilah yang suka kepada pertumpahan darah dan mereka suka kepada Islam berpecah belah. Apakah kufar Ambiga ini boleh dipercayai. Dia seorang yang berjuang untuk murtad. Apa ni PAS dan Islam PKR. Cukuplah menghancurkan Islam. Masihkah kita ingat akan kisah Dajjal.



Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia.Alamat Dajjal disebutkan dalam hadis sebagai buta sebelah mata. Maksudnya tidak dapat menilai sesuatu dengan adil dan saksama. . Mereka mempunyai kayu pengukur yang berbagai-bagai apabila bercakap tentang hak-hak manusia. Mereka menindas sesiapa juga yang mereka benci dan membela sesiapa yang mereka suka. Sifat ini lebih sesuai dengan orang yang hanya mampu melihat dengan sebelah mata.