Tuesday, June 2, 2015

MUKTAMAR MUSLIMAT DAH BERMULA


ATURCARA MUKTAMAR TAHUNAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE 55
3 JUN 2015 BERSAMAAN 16 SYA'ABAN 1436H
SACC, SHAH ALAM SELANGOR
2/6/15 (SELASA)
02.30 ptg – 07.30 mlm :Pendaftaran Perwakilan & Pemerhati Berdaftar melalui kawasan @ SACC, Shah Alam

3/6/15 (RABU)
07.30 pagi – 08.00 pagi
:
:
:
Pendaftaran Pemerhati,
Pendaftaran VIP, Media Ketibaan Tetamu Jemputan
08.30 pagi:Ketibaan YBhg Hj Mohamad bin Sabu; Timbalan Presiden PAS selaku perasmi
( ke bilik menunggu )  
   
8.35 pagi:MAJLIS PERASMIAN BERMULA
08.35 – 11.45 pagi:Majlis Perasmian berlangsung mengikut aturcara yang ditetapkan
   
11.45 – 12.00 tghr:MAJLIS DITANGGUHKAN SEMENTARA
12.00 – 12.05 t/hari:Pengerusi Muktamar Mengambil Tempat &  semua perwakilan berada di tempat masing-masing
   
12.05 – 1.35 ptg:SIDANG MUKTAMAR DMPP KE-55 BERMULA MENGIKUT AGENDA
  Agenda 1: Pengesahan Peringatan Minit Muktamar Tahunan Kali Ke-54
  Agenda 2: Taklimat JKuasa Pemilihan PAS Pusat
   
 :Taklimat oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat & Perkenalkan calon
 :SESI PENGUNDIAN AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA SELESAI
 :Acara sampingan di dewan akan berlangsung semasa urusan pengundian berlangsung
   
12.30 – 02.30 ptg:Acara pengundian berlangsung mengikut aturan yang ditetapkan.
  [ perwakilan akan keluar mengikut aturan yang ditetapkan ]
 :ACARA KHAS DI DALAM DEWAN SEMASA PENGUNDIAN BERLANGSUNG
 :Beberapa acara khas di dalam dewan akan berlangsung mengikut ketetapan aturcara.
   
01.35 – 02.45 ptg:SIDANG MUKTAMAR BERHENTI REHAT
 :Makan Tengahari / Solat Zuhur/Jama’ Taqdim
  [ Makan tengahari perwakilan & perwakilan]
   
Bermula 02.45 ptg:SIDANG MUKTAMAR DISAMBUNG SEMULA
 :Muktamar disambung mengikut agenda
   
08.30 – 08.50 mlm:Pengumuman Keputusan Pemilihan Diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat
 :Sambungan Ucapan Penangguhan
 :Ucapan penangguhan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2015/17
   
10.15 – 10.25 mlm:Penangguhan oleh Pengerusi Tetap
10.25 – 11.00 mlm:Persembahan Khas [ Selawat & Doa ] 
11.00  mlm:BERSURAI

TENTATIF MUKTAMAR PEMUDA


PENDAFTARAN  

10:00 pg – 01.00 ptg:Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati
PERASMIAN MUKTAMAR (2/6/2015 - SELASA)  
02.00 - 02.30 ptg:Ketibaan Perwakilan, Tetamu dan Pemerhati 

02.30-02.50 ptgKetibaan Perasmi
 :Perbarisan Jabatan Amal
 Nyanyian Lagu Amal dan Semarak Perjuangan
02.50 - 03.00 ptgKetibaan Perasmi
 Perbarisan Jabatan Amal
 Nyanyian Lagu Amal dan Semarak Perjuangan
02.50 - 03.00 ptgPerarakan Masuk Perasmi Muktamar ke dalam Dewan Auditorium
 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS
03.00 - 03.15 ptgUcapan Aluan Pengerusi Majlis
 Bacaan Ayat Suci Al-Qur’an
03.15 - 03.20 ptgUcapan Aluan Pengarah Muktamar 
03.20 - 03.50 ptgUcaptama Ketua Pemuda
03.50 - 04.35 ptgUcapan Perasmian 
  Oleh : TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU, Timbalan Presiden PAS
04.35 - 05.00 ptgTayangan Montaj/ Multimedia
 Penyampaian Anugerah-anugerah
05.00 - 05.30 ptgSesi Bergambar
 Jamuan 
 Sidang Media
   
MUKTAMAR PENUH (2/6/2015 - SELASA)  
08.15–08.30 mlmAluan Pengerusi Tetap
08.30–08.40 mlmMembentang dan Mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke-55
08.40–10.00 mlmMembentang, Membahas dan Menerima Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2014 
10.00- 11.45 mlmTaklimat oleh Wakil Jawatankuasa Pemilihan Parti
  Tangguh Agenda Muktamar
   
MUKTAMAR PENUH (3/6/2015 – RABU)  
08.30 – 08.45 pgAluan Pengerusi Tetap 
09.00–12.00 tghrPerbahasan dan Penerimaan Ucaptama Ketua Pemuda
 Proses Pemilihan mengikut Negeri
12.00tghr– 01.00 ptgPenggulungan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja / Pengarah Jabatan
01.00– 02.30 ptg
Rehat / Makan Tengahari / Solat Zuhur
02.30- 03.30 ptg
[Sambung] Penggulungan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja / Pengarah Jabatan*
03.30– 05.30 ptg
Perbahasan Usul-usul
05.30– 05.40 ptg
Memilih 20 orang Wakil ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-61
05.40– 06.00 ptg
Ucapan Penangguhan Perwakilan
06.00– 06.30 ptg
Ucapan Penangguhan Ketua Pemuda

MAS BANKRAP ???





Christopher Mueller Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines 

Bhd., Christopher Mueller mengakui syarikat penerbangan itu secara 

teknikalnya telah bankrap. 


Bercakap dalam sidang media pertamanya sejak memegang jawatan tersebut, 

Mueller turut mengumumkan rancangan untuk penstrukturan syarikat 

penerbangan tersebut yang akan membuang satu pertiga daripada pekerjanya. 

"Secara teknikalnya MAS telah bankrap. 


"Prestasi buruk telah direkodkan lama sebelum dua peristiwa tragik yang 

melanda syarikat penerbangan ini pada 2014," katanya. 


Beliau merujuk kepada insiden kehilangan pesawat MH370 pada Mac tahun lalu 

yang sehingga kini tidak dapat dikesan selain kejadian malang pesawat malang 

MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine beberapa bulan selepas itu. - 

MalaysiaGazette 

APA KATA MB KELATE






BANTAHAN PEMBINAAN KONDOMINIUM ATAS TANAH KERAJAAN NEGERI (LOT MASJID) DIBELAKANG MASJID 

 

KENAPA KITA PERLU BANTAH? 

1⃣. Masjid perlu tanah untuk pembesaran utk menampung jumlah jemaah yg bertambah. 

2⃣. Bimbang ia bakal dimiliki oleh bukan Islam disebabkan faktor harga. 

3⃣. Tanah itu sesuai utk berbagai aktiviti syiar Islam spt pusat modal insan atau tempat letak kenderaan. 

4⃣. Tiada lagi kawasan lapang untuk beriadah kerana taman hijau sediada juga turut diambil. 

5⃣. Cara kelulusannya juga dicurigai kerana kebiasaannya ia mengambil masa 3 hingga 6 bulan tetapi ia cuma lulus dalam masa 20 hari sahaja. 

6⃣. Kebimbangan juga bakal mengganggu bahagian2 tertentu dalam kawasan masjid. 

7⃣. Meragui bagaimana penyerahan tanah kpd YIK yg baru diluluskan dan dikeluarkan dgn No lot PT470 hanya dlm masa tak sampai setahun dari fail ukur dimasukkan pada 30.07.2014 seolah-olah tergesa2. 

8.⃣ Bagaimana kelulusan ke atas projek itu secara bersyarat dikeluarkan di atas Lot 235 yg merupakan lot Masjid Telipot, sedangkan lot tanah itu adalah PT470? 

9⃣ Satu surat bantahan telah dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, yab Datuk Ahmad Yaakob bertarikh 11.09.2014 dan salinan kepada 11 individu dan jabatan kerajaan termasuk TMB, ADUN Bunut Payung, Exco Kerajaan Tempatan, Ahli Parlimen Kota Bharu, YDB MPKB, CEO PKINK, YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK), D.O Kota Bharu. 

10. Cubaan untuk berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan pada 27.05.2015 di pejabat beliau tidak dilayan. 

LATIHAN LENGKAP SAMI DI MYANMAR



BUKAN SATU YANG PELIK BERLAKU KE ATAS ROHINGYA 

Tuesday, May 26, 2015

MAT TAIB YANG SENGAL?





Tan Sri Muhammad Muhammad Taib seharusnya mengkaji perlembagaan dan mendalami perjuangan PAS sedalam-dalamnya sebelum memutuskan untuk menyertai parti ini, demikian menurut Datuk Dr Mahfodz Mohamed.


Ahli Majlis Syura Ulama itu kemudiannya berkata kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan mencetuskan konflik dalaman terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu hingga mendakwa perjuangan PAS tidak lagi sama seperti sebelum ini.
 
"Jika beliau tinggalkan Umno kemudian nak masuk mana-mana parti, termasuk PAS, beliau kena buat kajian dahulu. PAS ada dasar. Tak sama macam Umno yang bersifat pragmatis dan nasionalis. 
 
"Sebab itu PAS tidak pernah memaksa sesiapa untuk menyertai parti. Kita buat hal sendiri. Apabila beliau nak sertai PAS, kita mengalu-alukan dan tidak pernah menolak. Namun apabila sekarang Muhammad kata PAS sudah berubah, maka kita pun tidak boleh paksa. Terpulang kepada kebijaksanaan Muhammad," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Semalam, Muhammad dilaporkan sebagai membayangkan akan keluar daripada PAS selepas pemilihan parti yang akan berlangsung Jun ini.
 
Keputusan itu disebabkan kecewa dengan hala tuju parti Islam itu yang seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negaa ini.
 
Bukan itu sahaja, beliau mendakwa pendekatan pemimpin PAS pada hari ini tidak selari dengan apa yang dilakukan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu.
 
Muhammad turut mengambil contoh kekecewaan Datuk Tamrin Ghafar yang meninggalkan PAS pada tahun lalu.
 
Meskipun berbeza pemimpin, Mahfodz sekali lagi menegaskan hala tuju dan perjuangan PAS tetap sama, selagi mereka setia mempertahankan perlembagaan parti itu.
 
"Baik semasa Nik Aziz masih memimpin atau selepasnya, PAS masih sama. Mungkin pendekatan sedikit berbeza.
 
"PAS ada perlembagaan, bukan berdasarkan individu semata-mata. Cara mungkin berbeza, namun dasar kita termaktub di dalam perlembagaan parti," tegasnya.

PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAS ?




KOTA BHARU – DAP perlu memutuskan hubungan kerjasama dengan Pas jika hanya mahu bergandingan dengan pihak tertentu sahaja dalam parti Islam itu.

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Pas adalah sebuah organisasi yang diketuai oleh seorang presiden, maka kerjasama tersebut juga perlu melibatkan kepimpinan atasan parti berkenaan.

“Jika DAP mahu bekerjasama dengan Pas, DAP perlulah memenangi hati presidennya juga. Kalau DAP berprinsip dan tidak dapat menerima Hadi maka DAP perlu putuskan hubungan dengan Pas, selagi mana Pas dipimpin oleh Hadi. Mungkin DAP boleh kembali bekerjasama semula jika Pas dipimpin oleh tokoh lain selepas ini,” katanya, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyatakan tidak mendapat kerjasama daripada Abdul Hadi dalam beberapa perkara sehingga DAP didakwa memutuskan hanya akan bekerjasama dengan ahli parlimen Pas yang boleh bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, dalam masa yang sama, perbuatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan gelaran “hilang akal” dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memanggil Hadi dengan gelaran “durjana” adalah tindakan tidak waras yang boleh menimbulkan kemarahan ahli Pas.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu, selagi Hadi masih presiden parti Islam itu, ahli dan kepimpinan parti berkewajipan untuk taat kepada dasarnya dan parti.  - Sinar Harian