Monday, October 28, 2013

PRK SG LIMAU : TANDA NAK KALAH.MAHFUZ FITNAH UMNO LAGI.





Naib Presiden PAS merangkap Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN dikatakan akan membuat tawaran habuan berupa wang tunai kepada pengundi yang telah mengundi BN.

"BN menawarkan kepada pengundi untuk menunjukkan gambar kertas undi yang telah dipangkah BN sebagai bukti bagi mendapatkan habuan.

"Tindakan ini bukan sahaja melanggar hak asasi pengundi untuk memilih atas kebebasan malah secara terang melanggar prinsip-prinsip asas demokrasi," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Markas Induk PAS di Batu 17, Sungai Limau, hari ini.

Mahfuz menjelaskan, beliau memandang serius terhadap perkara ini yang telah dimaklumkan kepada pihaknya dan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"PAS memandang serius terhadap strategi terdesak BN pada PRK Sg Limau ini, yang telah dimaklumkan kepada kami (PAS).

"SPR sebagai badan pengurus pilihanraya dan PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang hendaklah segera bertindak atas budaya politik kotor ini.

"PAS bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses pilihanraya berjalan dengan adil dan saksama," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya wartawan adakah PAS mempunyai bukti mengenai salah laku tersebut, beliau menjawab strategi itu sebenarnya telah digunakan semasa PRK yang terdahulu.

"Ini merupakan maklumat daripada pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui pada pilihanraya sebelum ini dan kita tunggu pada hari mengundi untuk mengetahui kesahihan maklumat tersebut," katanya-
rakyatnews.my 



BK : HANYA PEROMPAK SAHAJA YANG TAHU CARA MEROMPAK. BEGITU JUGALAH DENGAN HAL PAS INI . HANYA MAHFUZ YANG TAHU CARA NAK SOGOK WANG PADA PENGUNDI. MACAM DAH BIASA BUAT JER.

PRK SG LIMAU : PAKATAN HARUS MALU APABILA ANUAR SENDIRI SETUJU GST

PRK SG LIMAU : PAS MENGGUNAKAN TEKTIKAL PEMBOHONG SEPERTI ABDULLAH UBAI .PAS KANTOI SELAMANYA


SIRI PEMBOHONGAN  1: MENGAITKAN AYAH DATO JAMIL KHIR KONONNYA MENYOKONG CALON PAS DAN MENDOAKAN AGAR BELIAU MENANG. LALU MEREKA TELAH MENGELUARKAN GAMBAR INI DAN DIMASUKKAN DALAM HARAKAH


SIRI PEMBOHONGAN 2 : PAS KANTOI MENGGUNAKAN KERATAN AKHBAR SINAR 

AKHBAR SINAR BERTARIKH 28 OKTOBER 2013 MEMBUKTIKAN PAS SELAMANYA BERBOHONG DAN UNTUK PRK SG LIMAU INI PAS DAH TERKANTOI 2 KALI. APA PUNYA SENGAL LA PUAK PAS NI MENGGUNAKAN NAMA ISLAM TAPI MEMALUKAN UMMAT .PERINGATAN ALLAH KEPADA SEMUA UMAT :

Firman ALLAH didalam Al-Qur’an
”Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. al-Hujurat: 6)

PAS MEMBAWA BERITA BOHONG MELALUI PENGEDARAN RISALAH KEMPEN. ADUHAI PAS 


Friday, October 25, 2013

PRK SG LIMAU : PAS FITNAH LAGI BERKENAAN PUSAT TAHFIZ

Gambar: Ustaz...depa batal utk bina Kampus Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba..depa kata tak bawa untung apa-apa...

Gambar: Ustaz...depa batal utk bina Kampus Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba..depa kata tak bawa untung apa-apa...


SEBAGAI MAKLUMAN KERAJAAN NEGERI TIDAK PERNAH MENGELUARKAN ARAHAN MEMBATALKAN PROJEK INI . 

PAS KETANDUSAN ALAT PERANG LALU MEMFITNAH UMNO. 

PASCA PRU 14 : ISU GAJI DAN ELAUN MENTERI DIDENDANG SEMULA.


MANUSIA YANG SUKA BERPOLEMIK 



WAU!!!! BANYAKNYER GAJI 


Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri 
1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment 

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati 

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah 

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu. 

5. Elaun parking RM 5,700.00 

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja 

Lain-lain kemudahan 

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit. 

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00 

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma. 

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut. 

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. 

SOALAN BK :

1. MASA NUAR BARHIM JADI TPM DIA TAK TERIMA BANYAK NI KER ?

2. MASA HAJI HADI JADI MENTERI BESAR DIA TAK TERIMA MACAM NI KER ? 

HAWAT LA SENGAL SANGAT PUAK PR. INI ISU LAMA. LAINLA BILA GUAN ENG JADI KM 

GAJI DIA SAMA DENGAN GRED R1 AATU GRED 17. BARULAH AKU PERCAYA CAKAP 

HANGPA . INI TIDAK. GAUN ENG PUN SEBAT SAMA JUGA PENDAPATAN SEBAGAI 

KETUA MENTERI, PENGERUSI LEMBAGA DAN SEBAGAINYA. APA RAHHH

Thursday, October 24, 2013

PASCA PRU 14 : TERBUKTI TUNTUTAN COMANGO RENTETAN PANDANGAN NURUL IZZAH?


masihkah kita semua ingat isu nurul izzah yang menawarkan pakej perjuangan kebebasan beragama ?

nak dijadikan cerita tuntutan comango sama dengan nada izzah. ishhh macam tahu je la pulak. 


ANTARA TUNTUTAN MEREKA YANG MUNGKIN SAMA DENGAN NADA NURUL IZZAH 
membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!
Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiahmenyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. 

Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).( HAMPIR SAMA DENGAN NADA IZZAH SEBELUM INI)

PASCA PRU 14 : ISLAM DI MALAYSIA BAKAL DIJAHANAMKAN PAS DAN PKR



PANDANGAN AWAM :
NGO-NGO dalam COMANGO ni sebenarnya hanyalah ‘empty-shell’ NGO, yang mana tiada keanggotaan langsung melainkan beberapa individu pro-pembangkang yang membentuk jawatankuasanya. Individu ini pula dikitar-semula dalam pembentukan jawatankuasa NGO yang berlainan. 

Bilangan NGO yang banyak dalam satu-satu ‘coalition’ mewujudkan persepsi seolah-olah ramai individu yang terlibat dalam ‘coalition’ tersebut. Walhal hakikatnya bilangan sebenar individu yang terlibat hanyalah sebilangan kecil sahaja. Inilah taktik yang digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka mendapat sokongan yang ramai & kuat.

Namun tidak dinafikan NGO berdaftar yang terlibat dalam ‘coalition’ mungkin memiliki keahlian yang ramai, tetapi boleh dipersoalkan sejauh mana ahli-ahlinya cakna & menyatakan pendirian berkenaan isu-isu yang diperjuangkan dalam ‘coalition’.