Tuesday, December 2, 2014

RUMAH PDC RM 3 JUTA. CONTOH NEGERI KEBAJIKAN PAKATAN



Jawapan Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa menjawab soalan bertulis Adun BN Permatang Berangan menanya projek-projek perumahan yang dibina oleh Perbadanan Pembanguan Pulau Pinang (PDC) sejak 2008 hingga 2014.

Amat mengejutkan apabila terbukti PDC turut membina rumah-rumah banglo mewah berharga RM3 juta di Bayan Mutiara (kawasan Pulau) dan di Batu Kawan (kawasan Seberang) berharga RM 730,000 seunit. Rumah-rumah ini ditawarkan melebihi harga siling rumah-rumah Mampu Milik yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada RM250k di kawasan Seberang dan RM400k di kawasan Pulau.

Monday, December 1, 2014

MAI TENGOK UNTUNG JUAI TANAH OLEH SUKU SAKAT GUAN ENG



Pemberian Hakmilik/ Penjualan tanah kerajaan negeri dan bayaran yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tempoh 2008-2014.

Sunday, November 30, 2014

CUKAI PINTU DI PULAU PINANG BAKAL DINAIKKAN.JANGAN BISING INI NEGERI PAKATAN


Exco Kerajaan Tempatan Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kadar Cukai Pintu akan dinaikkan berikutan kerajaan negeri terpaksa berbelanja lebih banyak wang untuk mengurus dan mengendali sisa pepejal, terutamanya MPSP -15/11 SC

Sewa gerai naik, sewa tapak pasar juga dinaikkan..kini cukai pintu.

Saturday, November 29, 2014

KETUA MENTERI BERETORIK DALAM HAL BERBELANJA



Pulau Pinang: Perbelanjaan Mengurus kerajaan negeri meningkat dari RM 283 juta pada 2008 ke RM887 juta pada 2015. Pada masa yang sama, Hasil dari Cukai kekal pada paras yang sama, purata RM120 juta setahun. Peningkatan "Hasil bukan Cukai" dan "Terimaan bukan Hasil" mula menunjukkan peningkatan pada 2012, begutu juga dalam anggaran pada 2015. 

Peruntukan Belanja Mengurus digunakan sepenuhnya maka tiada penjimatan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri. 

Dari mana hasil-hasil ini diperolehi untuk mencapai surplus kepada bajet defisit yang dibentangkan saban tahun?

Friday, November 28, 2014

KISAH ANEH ILHAM GUAN ENG




Pada Jumaat 14/11 lalu, dalam satu sidang akhbar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan beliau TIDAK tahu mengenai projek banglo mewah D'Residence di Bayan Mutiara yang dimajukan oleh PDC, satu agensi kerajaan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri sehinggalah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang.

Sungguh aneh seorang Pengerusi agensi kerajaan negeri yang melabelkan diri sebagai Cekap, Akantabel.dan Transparen untuk tidak menyedari apa.yang berlaku di dalam agensi yang dipengerusikan beliau sendiri.

Lebih aneh apabila pemajuan banglo mewah D'Residence turut disebut sebagai kejayaan PDC dalam memajukan perumahan di Pulau Pinang dalam laman "Perutusan Pengerusi" dalam Laporan Tahunan 2010 Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sendiri. 

Projek Dedaun di Bandar Cassia Batu Kawan adalah juga projek pemajuan unit-unit banglo.

Bagaimana Lim Guan Eng boleh berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut? Apakah beliau berbohong semasa sidang media tersebut?

Thursday, November 27, 2014

TIDAK SEMUA TENDER DI PULAU PINANG DIBUAT SECARA TERBUKA


Laporan Ketua Audit Negara 2013 (Pulau Pinang) menyatakan bukan semua perolehan yang dibuat oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibuat melalui tender terbuka.

Wednesday, November 26, 2014

TU DIA KUTIP DUIT ATAS ANGIN JE KERAJAAN DAP GUAN ENG NI


Jumlah kutipan MPPP untuk kelulusan projek-projek pembangunan hartanah untuk tempoh 2008-2014 telah mencecah Setengah billion