Thursday, November 27, 2014

TIDAK SEMUA TENDER DI PULAU PINANG DIBUAT SECARA TERBUKA


Laporan Ketua Audit Negara 2013 (Pulau Pinang) menyatakan bukan semua perolehan yang dibuat oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibuat melalui tender terbuka.

Wednesday, November 26, 2014

TU DIA KUTIP DUIT ATAS ANGIN JE KERAJAAN DAP GUAN ENG NI


Jumlah kutipan MPPP untuk kelulusan projek-projek pembangunan hartanah untuk tempoh 2008-2014 telah mencecah Setengah billion

Tuesday, November 25, 2014

PDC APA MASALAH NYER???


Kerajaan Pulau Pinang rekod surplus sebanyak RM453 juta untuk tempoh 2008-2013. Surplus untuk tahun 2013 hanyalah RM1.3juta.

Menurut kenyataan Ketua Menteri surplus ini dicapai kerana kerjaaan negeri mengamalkan tender terbuka dan berhemah dalam berbelanja. Beliau juga menafikan surplus dicapai bukan kerana kerajaan negeri menjual banyak tanah milik kerajaan kepada pemaju-pemaju swasta dan individu. Benarkah begitu?

Di bawah adalah carta jumlah nilai dalam ringgit pemberian hak milik dan penjualan tanah oleh kerajaan negeri untuk tempoh 2008-2014.

Pendapatan kerajaan negeri untuk pemberian hak milik tanah pada tahun 2013 sahaja sudah hampir bersamaan jumlah surplus yang diperkatakan oleh kerajaan negeri.

Monday, November 24, 2014

GUAN ENG BELIT LAGI. MACAM BUDAK TAK BELAJAQ



Benarkah Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang tidak pernah tahu mengenai pembangunan banglo mewah D'Residence Bayan Mutiara sehinggalah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang?

Apakah GuanEng telah berbohong dalam sidang media pada Jumaat lalu?

Di bawah adalah paparan skrin dari Adun.net Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaparkan jawapan bertulis daripada Ketua Menteri menjawab soalan yang dikemukan oleh YB Bayan Lepas pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN ke-12 yang bersidang pada 1 November 2010.

JAGDEEP MENGAKU BN BUAT RUMAH KOS RENDAH


TINTA SEORANG SAHABAT FB

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya tidak pernah merancang dan bina rumah kos rendah sejak mengambil alih kerajaan pada Mac 2008.

Dalam jawapan kepada soalan bertulis Adun BN Pmtg Berangan, pada Sidang DUN yang baru lalu, Jagdeep Singh Deo menyatakan hanya 2 projek rumah kos rendah dilaksanakan oleh kerjaaan negeri melalui agensinya PDC selepas 2008 iaitu Projek KR Taman Seri Cempedak di Tasek Gelugor dan Halaman Kenanga di Sungai Nibong.

Semasa sesi perbahasan, Jagdeep bagaimanapun telah mengakui projek Tmn Seri Cempedak (435 unit) yang siap pada 2008 sebenarnya dibina oleh kerajaan BN terdahulu.

Semakan di Adun.net Kerajaan Pulau Pinang mendapati dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Adun Bayan Lepas pada Sidang DUN 2010, YAB Ketua Menteri menyatakan pembinaan Projek Halaman Kenanga (KR:204 unit) di Sungai Nibong bermula pada Januari 2008 dan siap pada Disember 2010.

Ia membuktikan bahawa kedua-dua projek berkenaan dalam jawapan Exco Perumahan telah dirancang dan dibina oleh kerajaan BN terdahulu sekaligus membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang TIDAK membina satu unit pun rumah Kos Rendah sejak mengambil alih Kerajaan Negeri pada Mac 2008. Rumah-rumah Kos Rendah yang ditawarkan kepada rakyat Pulau Pinang mulai 2008 hingga kini adalah rumah-rumah Kos Rendah yang dibina oleh pemaju-pemaju swasta dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

Sunday, November 23, 2014

DAP STATE KAYO HASIL DENDAAN KEPADA RAKYAT PULAU PINANG


Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu-lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow menyatakan sejumlah RM2,061,000 telah dikutip oleh MPPP sejak perlaksanaan "tyre clamps" untuk kesalahan parkir 3 tahun lalu.

Saturday, November 22, 2014

HANYA JUAI TANAH SAHAJA YANG GUAN ENG NAMPAK


TINTA SAHABAT FB 

Dalam Bajet 2015, Kerajaan Negeri mensasarkan pendapatan Hasil daripada Bayaran Pendaftaran Pindah Milk Tanah sebanyak RM33,700,000.

Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri mengutip sebanyak RM35,771,181.99 untuk kategori hasil tersebut. Manakala anggaran untuk tahun 2014 adalah sebanyak RM 26,800,000.

Manakala bagi kategori Bayaran Mengenai Permohonan Tanah; sejumlah RM17,118,265 dikutip pada 2013. Sebanyak RM8 juta dianggarkan bagi tahun 2014 dan sejumlah RM15 juta disasarkan bagi tahun 2015.