
Thursday, November 20, 2014
Saturday, November 15, 2014
Friday, November 14, 2014
MELAYU TERPAKSA MENYEMBAH KEPADA LIM GUAN ENG KERANA RUMAH

terdapat 4 Exco Melayu dalam Kerajaan Pulau Pinang tetapi apa mereka buat dalam mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Perancangan Negeri yang menentukan kelulusan permohonan Pelan Kebenaran Merancang projek perumahan oleh pemaju?
Rumah Kos Sederhana Rendah siling hargnya RM72500 tetapi ditawarkan pemaju kepada pembeli-pembeli yang disenaraikan oleh Kerajaan Negeri pada harga RM172,000. Harga Ini termasuk kos ubahsuai dapur bernilai RM50,000!!
UBAH SUAI SAHAJ DAH RM 50 000. GILO KE APA
TIADA LAGI RUMAH KOS RENDAH DI PULAU PINANG?
Pada 2012 GuanEng peruntukan sejumlah RM500 juta untuk pembinaan rumah mampu milik kepada PDC. Ia adalah dari hasil jualan tanah kerajaan kepada pemaju swasta di Bayan Mutiara. Sehingga kini belum ada seunit pun rumah mampu milik yang sudah siap dibina oleh PDC, agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembinaannya.
Perumahan Mampu Milik di Jalan SP Chelliah atas tanah milik MPPP diswastakan kepada Zubicon Sdn Bhd setahun lalu. Petang tadi semasa melalui kawasan berkenaan, saya lihat kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja menebang pokok. Projek ini sepatutnya bermula awal tahun ini. Persoalannya, kenapa diswastakan projek perumahan mampu milik ini jika Kerajaan Negeri sudah mempunyai dana sejumlah RM500 juta?
Pembinaan Rumah Mampu Milik berjumlah 11800 unit di Batu Kawan diserahkan kepada kontraktor dari Singapura untuk menjalankan kerja-kerja pembinaannya malahan perunding projek juga adalah dari Singapura. Mengikut laporan, projek ini sudah bermula enam bulan lalu.
Beberapa hari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengalami kerugian sebanyak RM800 juta untuk membina rumah-rumah Mampu Milik. Ini sesuatu yang agak menghairankan kerana rumah-rumah tersebut akan dijual kepada pembeli-pembeli dan bukannya diberikan secara percuma. Ketua Menteri perlu menjelaskan bagaimana boleh sebuah kerajaan yang kompeten dalam pengurusan kewangannya boleh mengalami kerugian yang sebegitu besar.
Meneliti laman web e-Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, anda boleh dapati sejak 2008 sehingga Mei 2014, projek perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah kesemuanya kecuali satu, dijalankan oleh pemaju-pemaju swasta. Hanya satu projek dijalankan oleh PDC milik kerajaan negeri yang pembinaannya bermula sebelum 2008 telah disiapkan.
PANDANGAN DARI SEORANG TEMAN
Thursday, November 13, 2014
HADIAH BUAT PENIAGA PULAU PINANG
MPSP menaikkan sewa gerai dan pasar sebanyak 100% mulai 1 September lalu atas alasan jumlah kutipan sewaan pada kadar lama tidak dapat menampung kos menyelenggara gerai-gerai dan pasar awam. Sewaan gerai-gerai dan pasar awam tidak pernah dinaikkan sejak 1992.
YDP MPSP dilaporkan berkata MPSP perlu membelanjakan sejumlah RM4.4juta setahun untuk menyelenggara dan mengubahsuai gerai-gerai dan pasar-pasar awam setiap tahun.
BK : AKU SETUJU RASIONAL INI TAPI BILA KERAJAAN PUSAT BUAT GST YANG TIDAK MELIBATKAN KENAIKAN BARANG SECARA MENYELURUH, PUAK PR NI SENYAP PLAK. MACAM SIUL LA LU ORANG
Wednesday, November 12, 2014
ISU PERUMAHAN. EXCO PERUMAHAN GAGAL
Pada Sidang DUN Pulau Pinang hari ini, Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Jagdeep Singh Deo tidak dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh YB Ketua Pembangkang yang meminta beliau menunjukkan di mana Rumah Kos Rendah yang telah dibina oleh Kerajaan Pulau Pinang sejak 2008.
Jagdeep hanya menjawab, PDC yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri untuk membina Rumah Kos Rendah masih dan sedang memperincikan projek berkenaan.
Pada 2010, Laporan Ketua Audit Negara jelas menyatakan bahawa sejak 2008 hingga 2010 TIADA Satu Unit pun Rumah Kos Rendah yang dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau mana-mana agensi di bawahnya.
Dalam Sidang DUN ke-12 sebelum ini, Exco Perumahan semasa itu Wong Hon Wai semasa menjawab soalan Adun Seberang Jaya juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membina sebarang rumah kos rendah sejak 2008.
Apa yang menghairankan adalah Kerajaan Negeri dalam kenyataan-kenyataan di luar Sidang Dewan seringkali memberikan angka-angka rumah Kos Rendah yang dibina mereka sejak 2008. Jumlah yang diumumkan melebihi 11000 unit.
Apakah Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang telah berbohong kepada rakyat Pulau Pinang selama ini?
Jagdeep Singh Deo telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah GAGAL dalam menyediakan rumah kos rendah di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri.
Untuk tempoh 2004-2008, Kerajaan BN terdahulu berjaya menyiapkan sejumlah 9600 unit rumah Kos Rendah melalui PDC sebagai agensi pelaksana. Kenapakah PDC selama 6 tahun di bawah Kerajaan sekarang gagal untuk membina sebarang rumah Kos Rendah?
Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal untuk merancang atau sengaja tidak merancang membina sebarang rumah kos rendah sejak 2008?
HAMPIR LEBIH RM 310 JUTA DIBAZIRKAN KERAJAAN DAP PR PULAU PINANG

Dalam tempoh 6 tahun (2008-2014) Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh membayar:
1.kontraktor RM 305juta untuk membuat kajian "feasibility" pembinaan terowong dasar laut bernilai RM 6.3 billion
2.membayar perunding asing RM 3juta untuk kajian lalulintas
3. memanggil RFP untuk projek pengangkutan awam bernilai RM27 billion
4.membayar RM6.5 juta kepada Surbana International Consultants dari Singapura untuk perundingan projek Rumah Mampu Milik di Batu Kawan. Malangnya Kerajaan Negeri tidak mampu untuk merancang pembinaan rumah Kos Rendah yang diperlukan oleh rakyat berpendapatan rendah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
