
Friday, April 18, 2014
Wednesday, April 16, 2014
PR MEMANG MENGARUT DALAM HAL AIR

AIR PERCUMA PUN BUKAN SEMUA RAKYAT DAPAT NIKMATINYA. BUKAN KERANA ISU AIR PERCUMA. TETAPI KERANA BEBAL TAK MAU KERJASAMA DENGAN KERAJAAN BN SEJAK SELEPAS TAHUN 2008. TU LA MASALAHNYA. BIUL BETUL LA. ORANG KAMPUNG MACAM BK PUN BOLEH TAU PR NI BEBAL
PANDA LEBIH UTAMA DARI ORANG MISKIN?? BACA YANG SEBALIKNYA
Dulu China bagi Panda kepada negara-negara sahabat sebagai tanda diplomasi, tapi selepas tahun 1984 Panda hanya dipinjamkan maksimum 10 tahun.
Antara syarat-syaratnya adalah sebarang anak Panda yang dilahirkan adalah hak mutlak negara China. Panda yang dipinjamkan bukannya FOC, tapi dikenakan yuran sehingga USD1 juta setahun. Ianya adalah untuk membiayai usaha konservasi Panda di China.
Kos pembiayaan panda bakal ditanggung syarikat swasta dengan mendapat pengecualian cukup iaitu khidmat sosial syarikat koporat .
Khabarnya Kerajaan China dah hentikan pemberian Panda sebagai hadiah semenjak tahun 1984 lagi.
Tuesday, April 15, 2014
SKRIP LAKONAN KHALID VS AZMIN BERMULA .SAIFUDDIN BAKAL DIGUGUR?
Saifuddin berkemungkinan hilang kelayakan dari bertanding ekoran kenyataannya dalam wawancara bersama sebuah akhbar tempatan 11 April lalu.Saifuddin dilihat mengkritik dua calon lain yang turut merebut jawatan kedua tertinggi PKR itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.
Saifuddin dilaporkan melabel Khalid sebagai individu yang tahu segalanya (know it all) terutamanya dalam isu air. Azmin pula dikatakannya tidak suka bertukar pandangan, idea ataupun berdebat.
Pengerusi JPP, menjelaskan setiap calon mesti menuruti tujuh garis panduan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu.Garis panduan itu, antara lain, menegaskan ‘apa-apa kenyataan, ucapan atau bahan kempen semasa pemilihan parti hendaklah berasaskan rekod kerja calon, pencapaiannya dan perancangannya untuk parti. Ucapan keji, fitnah, caci dan menghina dilarang sama sekali’.
BK : TIAN CHUA TARIK DIRI. SAIFUDDIN PULAK BAKAL DI GUGURKAN. LAST LAST TINGGAL KHALID VS AZMIN. AKAI JER TU. SEMUA ORANG DAH TAU MACAM ADA SKRIP LAKONAN PULAK
PEJABAT YB IDRIS AHMAD PAS DI PECAH MASUK
Meja Pegawai Khas Ustaz Idris Ahmad, Sdr Fadhil Idris digelidah. Penagih dadah didakwa ingin mencari wang tunai.
Monday, April 14, 2014
SIAPA AZMIN ALI ARAH PAS??? HUDUD DI PERKUDAKAN BUKTI PAS PKR MUNAFIK??
Pakatan Rakyat (PR) tetap tidak akan berganjak dengan pendiriannya mengenai isu hudud seperti yang dipersetujui melalui konsensus antara DAP-PAS-PKR sejak tahun 2011, kata Mohamed Azmin Ali (gambar).
Timbalan presiden PKR itu berkata, pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedia ada kekal dan sudah dipersetujui semua pihak.
"Bagi saya, kita akan berpegang pada pendirian yang Pakatan ambil pada sesi itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Katanya, sehingga kini PR masih menunggu penjelasan PAS Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.
"Jika ada sebarang gerakan PAS Kelantan sepatutnya datang berbincang dengan Pakatan Rakyat.
"Tapi setakat ini masih tiada sebarang perbincangan," katanya.
Selepas melihat kejayaan Brunei melaksanakan hudud, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob menyatakan kesediannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya tahun 2015.
Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.
Selain itu, kuasa agensi pelaksana seperti polis dan penjara yang bertanggungjawab sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) juga perlu dipinda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat memaklumkan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini juga menyatakan sokongan terbuka kepada PAS untuk melaksanakan hudud dan menggesa parti Islam itu agar tidak mempedulikan parti komponen PR DAP dan PKR.
Menurut Awang Selamat, sudah sampai masanya PAS diberikan peluang dan tidak tunduk kepada tekanan luar seperti yang dilakukan Brunei.
"Apa sekali pun dugaan, PAS tidak boleh berundur. Bujur lalu melintang patah. PAS hanya perlu tunduk kepada undang-undang Allah (seperti yang selalu dilaungkan pemimpinnya) dan bukannya DAP dan PKR," tulis Awang Selamat dalam Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia. – 13 April, 2014.
BK : BERLAGAK SUNGGUH PKR NAK ARAH PAS. SIAPA PKR? SIAPA AZMIN YANG DOK ARAH PAS DAN DOK TUNGGU TUNGGU JAWAPAN PAS. HUDUD TU WAJIB LA.BUAT JE LA
TERKINI : SELAMATKAH HJ HADI DENGAN SAMAN RM 2 JUTA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud.
Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.
“Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei,” ujarnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.
BK : SELAMATKAH RM 2 JUTA HAJI HADI????
Subscribe to:
Posts (Atom)