Thursday, March 13, 2014

MCA TIADA TEMPAT DI SELANGOR!!!!

Khalid+Ibrahim.jpg
khalid dengan bongkak menyatakan  bukti penolakan rakyat Selangor terhadap MCA jelas apabila parti itu yang memiliki dua kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum 2008 kini tidak lagi berada di dewan itu selepas menerima penolakan secara besar-besaran.
MCA tiada kerusi langsung di Selangor. tahun 2008 hanya mampu 2 kerusi sahaja.
“Jika di Kajang hendak memilih MCA, tidak payahlah sebab dia tiada tempat di DUN Selangor,” katanya ketika berucap di hadapan 100 penduduk Taman Mesra Kajang malam kelmarin

ADMIN : BERLAGAK SUNGGUH MB KHALID INI. HANG TUNGGU JE LAH

Tuesday, March 11, 2014

ANWAR ANAK JANTAN KATA NIK AZIZ



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'anak jantan' yang tidak gentar menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketua Umum PKR itu, ujar Tuan Guru Nik Aziz menghubunginya pada jam 1 tengahari, 8 Mac lalu bagi memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya.

“Dari nada Datuk Seri Anwar semalam langsung tidak tergugat, menggambarkan benar-benar suara ‘anak jantan’ yang tidak gentar menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, semalam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyarankan PAS Pusat menganjurkan solat  hajat seberapa segera di Kuala Lumpur selepas solat Isyak berjemaah bagi memohon pertolongan Allah terhadap ujian yang dihadapi Anwar.

“Orang Islam solat sunat hajat berjemaah memohon pertolongan dan petunjuk Allah, bukan Islam hadir untuk memberi sokongan,” ujarnya.

Beliau tidak menafikan musibah yang menimpa Anwar mampu membuka ruang kemenangan besar kepada calon PKR yang bertanding dalam PRK Dun Kajang kerana undi protes rakyat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan keluarga Anwar agar bersabar menghadapi ujian besar membabitkan maruah keluarga dan imej Islam.

Beliau yakin dengan insiden itu  semangat benci kepada kezaliman BN bertambah hebat berbanding biasa

BK : SEBAB ANAK JANTAN LE NUAR BANYAK DI SABITKAN DENGAN KES MAIN BELAKANG DEPAN . TAK KIRA HUKUM HAKAM. 

KONSESUS NASIONAL PR DAN BN DIBATALKAN




Anwar enggan bekerjasama dengan BN yang disifatkan sebagai zalim rentetan keputusan bersalah yang diterimanya daripada mahkamah berhubung kes meliwat pembantunya minggu lalu. -11 Mac, 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) membatalkan tawaran konsensus nasional antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN).


Anwar dengan nada tegas di pentas ceramah kempen di Kajang malam tadi berkata, adalah lebih baik mereka menentang BN daripada bekerjasama dengan mereka disebabkan kezaliman BN terhadapnya.

"Dulu kita cadang dialog untuk bincang agama, rasuah, kaum. Kita ulang lagi dengan konsensus nasional.

"Sekarang tiada lagi. Kita lawan. Kerana apa, Biadap! Ini soal badan kehakiman, bukan Anwar," kata Anwar di hadapan penyokongnya dalam satu ceramah di Kajang malam tadi.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Hukuman berkenaan turut tidak melayakkan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan 23 Mac depan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai Hari Penamaan Calon.
PKR kemudiannya memutuskan untuk menggantikan Anwar dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Anwar dalam ceramahnya turut berkata, meletakkan Presiden PKR itu umpama meletakkan dirinya sendiri bertanding di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh dari PKR itu.
"Azizah bertanding seolah-olah Anwar juga bertanding di Kajang," katanya.

"Bila saya isytihar perang dengan pemimpin Umno dan BN, walaupun saya tahu di bawah (penyokong Umno), saya rayu orang Umno hijrahlah (ke PR).

"Saya perang dasar. Manusia ini ada maruah. Pertahankan maruah saya tanggungjawab saya dalam syariah Islam," katanya.

BK : HAIRAN ....SAPA YANG SEBENARNYA NAK KONSENSUS NASIONAL?BUKANKAH ANWAR YANG TERGILA GILA NAK BERKONSENSUS ?BN PUN TAK KELAPAQ NAK BERBINCANG DGN PKR 

IMIGRESEN KLIA DI SIASAT???


opss pic ini tiada kaitan dengan tajuk di bawah yer


Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370. 

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. 

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. 

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri. 

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia. 

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. 

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. 

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

BK : ELOKLAH SIASAT SEBAB INI PERKARA KESELAMATAN NASIONAL. KALAU BOLEH SIASAT SMS PILOT SEBELUM INI DAN PELBAGAI LAGI LAH.

Thursday, March 6, 2014

PDRM BERTINDAK ADIL. MENGAPAKAH PR TIDAK ADIL PADA PDRM



"Polis mengesyorkan agar individu yang menawarkan ganjaran untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.

Laporan The Star Online yang memetik kenyataan ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng menyebut, Pejabat Peguam Negara bagaimanapun telah memulangkan semula kertas siasatan mereka.

“Kertas siasatan itu dikembalikan oleh Peguam Negara kerana ada beberapa butiran yang perlu dibereskan,” kata Gan seperti dipetik dalam laporan itu.

Satu gabungan NGO Islam yang dikenali sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' pada 6 Februari lalu menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Tawaran tersebut dibuat dalam satu perhimpunan yang membantah penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Keesokannya, tawaran tersebutnya dinaikkan ke RM1200.

Tawaran luar biasa itu dipercayai adalah reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.


BK : POLIS BERTINDAK ADIL ATAS SETIAP LAPORAN YANG MEREKA TERIMA TANPA MENGIRA SIAPAKAH KAMU....

MULIANYA PENJENAYAH DI MATA DR AFIF EXCO KERAJAAN PENANG


BK : BOLEH DIKATAKAN SEMUA YANG JOIN PKR DAN PR AKAN MENGHENTAM POLIS. APAKAH SELEPAS PR MEMERINTAH ( NAU ZUBILLAH) PDRM AKAN DIBUBARKAN?PIKIAQ LA WOII. SI AFIF NI TERPELAJAR TAPI AKAI TARAK....OTAK JE ADA 

SAYA TETAP JADI MB RAKYAT SELANGOR-KHALID


 

DS NAJIB DAN TS KHALID GELAK SAKAN SEBAB DAPAT MAIN NUAR KOT... HI HI

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan akan terus 

mempertahankan jawatannya selagi diterima oleh rakyat. 


Abdul Khalid mengakui terdapat desakan kumpulan tertentu supaya berundur namun beliau 

tidak akan sesekali tunduk. 


"Bertahun-tahun dalam karier, saya sudah biasa dengan rasa tidak senang orang lain. 

“Rasa tidak senang itu bukan hari ini sahaja sebaliknya sejak mengambil alih Selangor, ramai 

orang tidak senang tetapi saya senang juga," katanya. 


Beliau ditemubual dalam program Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU) 

air yang disiarkan TV3 malam tadi


BK : MEMANG DIA TETAP MB.,KENAPA NUAR BRAHIM KALOT SANGAT? SEBAB AZMIN SURUH KER??