Tuesday, March 4, 2014

CERAMAH CALON BN DI KAJANG TIADA SAMBUTAN




Ceramah Chew Mei Fun dan beberapa kepimpinan utama MCA di Bukit Angkat 1 Mac 2014 lalu tidak mendapat sambutan yang mengalakkan.

BK : MUNGKIN BN/MCA FIKIRKAN CARA TERBAIK DALAM HAL INI

Monday, March 3, 2014

ISU AIR TAN SRI KHALID UTAMAKAN RAKYAT


YAB TS Khalid Ibrahim, MB Selangor:

"saya tidak sedikit pun menyesal tidak melibatkan anwar ibrahim dalam urusan perjanjian air selangor - putrajaya. saya tak mau ada 'kong-kalikong' dalaman dalam urusan ini. jika ada urus niaga dalaman harga asal boleh tiba-tiba melambung. jika anwar mewakili suara penduduk selangor, saya pun mewakili penduduk selangor. 


Penduduk selangor berhak mendapat yang terbaik daripada perjanjian ini" (terjemahan daripada yahoo news).

BK : TERUSKAN YAB TAN SRI

SUBSIDI HAJI PUN KERAJAAN BN TANGGUNG



BERTUAHNYA NEGARAKU

JK2PP BERTUKAR KEPADA JSAHMS

Friday, February 28, 2014

SUARA KEADILAN DI SAMAN AZMIN ALI ??


"PKR menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti isu saman yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ke atas akhbar parti itu, Suara Keadilan."


"Kami sudah tubuhkan jawatankuasa lima orang untuk kemudiaannya berjumpa dengan pasukan SK bagi mendapatkan fakta latar belakang kes dan mendengar pandangan mereka."-Saipuden Nasution

BK : AZMIN DAH CUAK DENGAN TINDAKAN DAN CARA KERJA SUARA KEADILAN YANG ASYIK MELEMPAR TUDUHAN DARIPADA MENGUTARAKAN BERITA BENAR.

KHALID BUAT ANWAR MATI AKAI????


Photo: Looks like Khalid is a better chess player..

BK : MUDAH SAHAJA. ISU AIR ISU RAKYAT DAN ISU WAJIB. INI BUKAN ISU POLITIK. PKR DAN PR SAHAJA YANG MEMPOLITKKKAN ISU WAJIB UNTUK RAKYAT. AIR ADALAH KEPERLUAN WAJIB DAN BUKANNYA SUNAT. 

TIDAK BOLEH BERTANGGUH DALAM URUSAN WAJIB RAKYAT. KELEMAHAN PR DALAM HAL INI KERANA MEREKA MELIHAT SENTIMEN POLITIK MENDAHULUI KEWAJIBAN KEPADA RAKYAT.

Thursday, February 27, 2014

HOTT!!! JANGAN PERBUDAKKAN HJ HADI. PAS AKAN LAWAN PKR



APAKAH MAT SABU BAKAL MEMANGKU JAWATAN PRESIDEN? SIAPA MAIN SIAPA?



Pimpinan PKR akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah. 

Kes saman fitnah ini adalah apabila Hadi Awang diarah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin. 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman ini tidak perlu diteruskan. 

“Namun sdr Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Katanya kes itu tidak perlu diteruskan demi kebaikan dan kesepakatan bersama dalam Pakatan Rakyat.


KENYATAAN NASRUDIN TANTAWI

Pihak yang menyaman jangan tarik balik saman tersebut. Malah tidak perlu sesiapa menasihatinya untuk tarik balik walaupun atas nama untuk menjaga hubung baik Pakatan Rakyat kerana segalanya sudah terlambat. Kalau nak nasihat sepatutnya sebelum saman. Kalau nak tarik balik sepatutnya sebelum maruah Tuan Guru Presiden dicalar. Kini adalah masa Tuan Guru Presiden buktikan beliau dipihak yang benar. Kenyataan beliau berasas. Tindakan beliau adalah wajar. Kini dunia sedang menanti dengan penuh debaran untuk mengetahui keadaan sebenar. 

Jangan jadikan "Penghakiman Ingkar" itu sebagai keputusan muktamad kerana ia hanya penghakiman separuh jalan. Kebenaran bukan boleh dibeli dan dibayar dengan RM2 juta. Biarpun RM10 juta, tanpa bukti kukuh dan saksi benar, kebenaran tidak akan tersingkap. Bukti mestilah dikemukakan. Saksi mestilah ditampilkan. Saya harap pihak peguam PAS berjaya mengenepikan "Penghakiman Ingkar" itu untuk membolehkan proses perbicaraan berlangsung seperti biasa dan kita semua akan dapat mengikuti dan mengetahui dengan jelas proses perbicaraan sebelum keputusan salah benar dimuktamadkan oleh mahkamah.


BK : PAS MAHU LAWAN SECARA ANAK JANTAN. JANGAN PERLEKEH TN GURU PRESIDEN . KIH KIH