
Monday, October 28, 2013
PRK SG LIMAU : PAS MENGGUNAKAN TEKTIKAL PEMBOHONG SEPERTI ABDULLAH UBAI .PAS KANTOI SELAMANYA

SIRI PEMBOHONGAN 1: MENGAITKAN AYAH DATO JAMIL KHIR KONONNYA MENYOKONG CALON PAS DAN MENDOAKAN AGAR BELIAU MENANG. LALU MEREKA TELAH MENGELUARKAN GAMBAR INI DAN DIMASUKKAN DALAM HARAKAH
SIRI PEMBOHONGAN 2 : PAS KANTOI MENGGUNAKAN KERATAN AKHBAR SINAR
AKHBAR SINAR BERTARIKH 28 OKTOBER 2013 MEMBUKTIKAN PAS SELAMANYA BERBOHONG DAN UNTUK PRK SG LIMAU INI PAS DAH TERKANTOI 2 KALI. APA PUNYA SENGAL LA PUAK PAS NI MENGGUNAKAN NAMA ISLAM TAPI MEMALUKAN UMMAT .PERINGATAN ALLAH KEPADA SEMUA UMAT :
Firman ALLAH
didalam Al-Qur’an
”Hai
orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita,
maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada
suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatanmu itu.” (QS. al-Hujurat: 6)
PAS MEMBAWA BERITA BOHONG MELALUI PENGEDARAN RISALAH KEMPEN. ADUHAI PAS
Friday, October 25, 2013
PRK SG LIMAU : PAS FITNAH LAGI BERKENAAN PUSAT TAHFIZ


SEBAGAI MAKLUMAN KERAJAAN NEGERI TIDAK PERNAH MENGELUARKAN ARAHAN MEMBATALKAN PROJEK INI .
PAS KETANDUSAN ALAT PERANG LALU MEMFITNAH UMNO.
PASCA PRU 14 : ISU GAJI DAN ELAUN MENTERI DIDENDANG SEMULA.
MANUSIA YANG SUKA BERPOLEMIK
WAU!!!! BANYAKNYER GAJI
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
SOALAN BK :
1. MASA NUAR BARHIM JADI TPM DIA TAK TERIMA BANYAK NI KER ?
2. MASA HAJI HADI JADI MENTERI BESAR DIA TAK TERIMA MACAM NI KER ?
HAWAT LA SENGAL SANGAT PUAK PR. INI ISU LAMA. LAINLA BILA GUAN ENG JADI KM
GAJI DIA SAMA DENGAN GRED R1 AATU GRED 17. BARULAH AKU PERCAYA CAKAP
HANGPA . INI TIDAK. GAUN ENG PUN SEBAT SAMA JUGA PENDAPATAN SEBAGAI
KETUA MENTERI, PENGERUSI LEMBAGA DAN SEBAGAINYA. APA RAHHH
Thursday, October 24, 2013
PASCA PRU 14 : TERBUKTI TUNTUTAN COMANGO RENTETAN PANDANGAN NURUL IZZAH?

masihkah kita semua ingat isu nurul izzah yang menawarkan pakej perjuangan kebebasan beragama ?
nak dijadikan cerita tuntutan comango sama dengan nada izzah. ishhh macam tahu je la pulak.
ANTARA TUNTUTAN MEREKA YANG MUNGKIN SAMA DENGAN NADA NURUL IZZAH
membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!
Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiahmenyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam.
Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).( HAMPIR SAMA DENGAN NADA IZZAH SEBELUM INI)
PASCA PRU 14 : ISLAM DI MALAYSIA BAKAL DIJAHANAMKAN PAS DAN PKR
PANDANGAN AWAM :
NGO-NGO dalam COMANGO ni sebenarnya hanyalah ‘empty-shell’ NGO, yang mana tiada keanggotaan langsung melainkan beberapa individu pro-pembangkang yang membentuk jawatankuasanya. Individu ini pula dikitar-semula dalam pembentukan jawatankuasa NGO yang berlainan.
Bilangan NGO yang banyak dalam satu-satu ‘coalition’ mewujudkan persepsi seolah-olah ramai individu yang terlibat dalam ‘coalition’ tersebut. Walhal hakikatnya bilangan sebenar individu yang terlibat hanyalah sebilangan kecil sahaja. Inilah taktik yang digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka mendapat sokongan yang ramai & kuat.
Namun tidak dinafikan NGO berdaftar yang terlibat dalam ‘coalition’ mungkin memiliki keahlian yang ramai, tetapi boleh dipersoalkan sejauh mana ahli-ahlinya cakna & menyatakan pendirian berkenaan isu-isu yang diperjuangkan dalam ‘coalition’.
PASCA PRU 14 : PAS DAN PKR PENYOKONG KUAT PERJUANGAN COMANGO
negara kita semakin menghampiri sesi semakan berkala sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, genewa swits. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada Majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan lain-lain NGO Hak Asasi Manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia di dalam proses UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini. Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah:
i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” – Rujuk komentar penuh di sini. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.
ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.
iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.
iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Berkenaan hak-hak LGBTIQ ini, sila rujuk penulisan awal di sini dan di sini. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.
v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.
vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.
vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.
Memandangkan proses UPR ini berlangsung setiap empat tahun sekali (kali pertama semenjak 2009), maka adalah wajar sekiranya pihak Kerajaan Pusat, serta pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) sentiasa meneliti tuntutan-tuntutan yang dikemukakan demi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan berterusan serta dakwaan bertentangan terhadap kedudukan Islam dan realiti sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.
Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang mengganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana melalui sumber yang boleh dipercayai, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Malaysia. ‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia, namun begitu menampakkan gagasan mereka seolah-olah besar dan berpengaruh. Kewujudan entiti-entiti ini juga menyalahi undang-undang pertubuhan kerana tidak didaftarkan secara sah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
