Tuesday, July 2, 2013

PRU 14 : CHE GU MENCIBAIKAN ORANG DI TAMPAR PESURUHJAYA PAS!!

Chegubard

Tindakan chegu bad cibai  menyebabkan dia ditegur Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani.
“Memang banyak saluran boleh digunakan bagi menzahirkan sebarang pandangan atau bantahan pada masa kini, tetapi tidak semestinya perlu menggunakan kata-kata kesat.”

“Tidak kisahlah kepada siapa komen tersebut ditujukan sekalipun, yang penting ia perlu dibuat secara profesional dan bukannya mengutuk dari belakang.”
“Bagi kita, salah satu langkah yang boleh diambil adalah berbincang secara face to face atau bersua muka kerana kaedah sebegini dilihat lebih membuahkan hasil berikutan kedua-dua pihak dapat bersuara dan saling membela diri,” kata Taufek kepada Sinar Harian.

ULASAN BK

BK MUDAH SAHAJA. CHE GU BAD DI TOLAK OLEH ORANG MELAYU DI SG ACHEH. PENGIKUT SETIA KARL MARX MEMANG SUKA MENCIBAIKAN ORANG. MAKA TAK SALAH ORANG PAS NIBONG TEBAL NAK TAMPAK MASA PENAMAAN CALON.NANTI ORANG PANGGIL CHE GU BAD CIBAI

PRU 14 : PIC PILIHAN BADAR KHUBRO


Haji Hanafiah Mat Adun Chukai, Terengganu . Bagi BK inilah yang terbaik. kita satu agama tapi fahaman politik sahaja yang berbeza

PRU 14 : PSM DASAR MUKA TAK MALU. PR DAH BUANG NAK MASUK JUGA?


Kongres ke-15 Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berakhir minggu lepas memutuskan untuk meneruskan rundingan dengan Pakatan Rakyat bagi menyertai gabungan tersebut.

"PSM sedia terus dialog dengan Pakatan atas dasar saling hormat-menghormati," laman Twitter parti itu dipetik.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (bawah) sewaktu dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menjelaskan, penyertaan parti itu ke dalam Pakatan bukan terletak di tangan PSM kerana ia memerlukan kelulusan Pakatan Rakyat sendiri.

"Jadi kami akan teruskan rundingan dan ia (penyertaan ke dalam Pakatan) bergantung kepada hasil rundingan itu," katanya.

Namun tegasnya, pada masa sama PSM juga akan menggerakkan usaha ke arah penubuhan 'Gabungan Kiri' yang menurutnya akan didokong organisasi seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi "melawan kuasa neo-liberal dan kapitalis".
Kongres tiga hari bermula pada 28 Jun lalu di Cameron Highland itu antara lain turut membuat ketetapan menukar sistem keahlian daripada sistem keahlian terkawal kepada sistem keahlian terbuka.

Kongres parti beraliran kiri itu juga juga turut memutuskan agar PSM bertanding menggunakan logo mereka sendiri dalam pilihan raya umum akan datang.
ULASAN BK

MUDAH SAHAJA AKU NAK HABAQ. PR INI LIBERAL MELAMPAU . PSM SOSIALIS MELAMPAU. KEDUA DUA NYA DAN SEMUA DALAM PASUKAN INI JELAS MENGAMALKAN FAHAMAN LIBERAL SOSIALIS . THATS ALL

PRU 14 : GEMPAR !! MAJLIS SYURA BAKAL PECAT MAT SABU?


Pas pecat ahli terlibat kegiatan Syiah ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Kerajaan negeri sebelum ini memohon kerjasama golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.

Menurutnya, golongan ulama lebih arif untuk mengenal pasti individu terlibat dan maklumat itu boleh dijadikan panduan agar orang ramai lebih berhati-hati manakala pusat pengajian agama diminta menyalurkan maklumat mengenai penyebaran ajaran itu jika dikesan di kawasan mereka.

SUMBER  :sinarharian

ULASAN BK

DAH TERLALU RAMAI PENGIKUT SYIAH DALAM PAS. PAS TIDAK BOLEH MEMBUKA RUANG TERLALU BANYAK KEPADA GOLONGAN INI MENGUASAI PAS. SYIAH SEMUA SEDIA MAKLUM MEMBERI KESAN BAHAYA KEPADA SUNNI. MAT SABU ANTARA MEREKA YANG DIKENAL PASTI SEBAGAI SYIAH? SEBELUM INI BK ADA DEDAHKAN UCAPAN TAZKIRAH TG HJ HADI BERKENAAN SYIAH DI MALAYSIA.

Wednesday, June 26, 2013

PRU 14 : SAIFUDIN NASUTION MACAM TAK PUAS HATI PADA KAUM INDIA


Presiden MAICCI, Datuk K.K. Eswaran

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (MAICCI)
Presiden MAICCI Datuk K. K Eswaran


Laman web The Malaysian Insider melaporkan, K Eswaran juga sorang ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn Bhd.

Syarikat ini akan membelanjakan sehingga RM2 bilion dan akan melancarkan Asian Broadcasting Network Sdn Bhd, jenama TV berbayar baru.

ULASAN BK

PANDAI PROVOKASI NAMPAK. ANANDAN KRISHNAN KERAJAAN BAGI. ESWARAN KERAJAAN BAGI. BILA KERAJAAN TAK BAGI, PKR KATA KERAJAAN TAK BANTU KONGLOMERAT INDIA.

BILA BN BAGI, DEPA KATA BN TAK JAGA MELAYU. ATAU SAIFUDDIN PUN MAU BUKA SYARIKAT TV ?

Tuesday, June 25, 2013

PRU 14 : LAKONAN PUAK MUNAFIK DI HADAPAN PARLIMEN


LAKONAN SI MUNAFIK KONONNYA DI GARI . MEREKA SENDIRI YANG BERLAKON. KEMUDIAN PIC DI AMBIL DAN DI POST KE DALAM BLOG DAN FB DAN TWEETER. MANA ADA POLIS PEGANG MEREKA. LAKONAN SI MUNAFIK


ZALIM SUNGGUH POLIS. HANG HANTUK KAT MANA TU. HANG KELAHI KA . KALU HANG KENA PUKUL DENGAN POLIS, HANG KENA TAHAN AWAI DAH


SUDAHNYA........SEMUA YANG BARING TERTIARAP BERLAKON

PRU 14 : NABI SAW SENDIRI BERTAHALUF DENGAN ORANG KAFIR- HARON DIN


Datuk Dr Haron Din.
Tarikh : 24 Jun 2013
Datuk, mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir? Penjelasan ini amat perlu khususnya dalam keadaan gawat seperti sekarang ini yang ditunjukkan oleh keputusan PRU13 yang boleh merugikan Islam.
Abdul Quddus Abdul Mukmin, Padang Jawa, Klang, Selangor.

PERKARA pertama yang perlu anda tahu dan faham, bahawa tahaluf itu adalah sesuatu yang diharuskan oleh hukum syara’ dengan syaratsyaratnya. Apa yang dilakukan oleh PAS dalam isu tahaluf dengan DAP, sebenarnya tidak bercanggah dengan syarat-syarat syarak.

Kedua tahaluf yang dilakukan bersama orang kafir, akan tetapi jika sesama Islam tidak pula dinamakan dengan tahaluf. Kerana asasnya umat Islam adalah bersatu pada asalnya, kerana umat Islam perlu bersatu dan tidak boleh berpecah-belah.

Ketiga, Rasulullah s.a.w. pernah bertahaluf dengan Yahudi Madinah apabila kabilah-kabilah Arab Musyrikin Makkah membuat onar dan menimbulkan penindasan dan kezaliman terhadap Rasulullah dan juga Yahudi, maka apa yang dilakukan oleh Rasulullah untuk bertahaluf menghadapi kezaliman Musyrikin adalah diharuskan.

Keempat, banyak kali berlaku pada Rasulullah s.a.w. bermuamalah dengan orang kafir sedangkan baginda boleh bermuamalah dengan orang Islam, contohnya ketika Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah, baginda bermuamalah dengan Abdullah bin Uraiqit iaitu seorang musyrik, sedangkan pada waktu itu ramai lagi orang Islam yang boleh Rasulullah bermuamalah dengan mereka.

Begitu juga Rasulullah pernah bermuamalah dengan seorang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya kepada Yahudi itu untuk mengambil bahan makanan bagi keluarganya.

Persoalannya di sini, mengapa dengan Yahudi Nabi bermuamalah? Mengapa tidak dengan orang Islam? Kalau dengan orang Islam, mungkin Nabi tidak perlu menggadai baju besinya atau tidak perlu membeli atau berhutang, mungkin orang Islam akan memberi sebagai satu hibah (pemberian) secara percuma kepada Nabi.
Namun demikian, Nabi meninggalkan orang Islam dan bermuamalah dengan orang Yahudi. Mengapa berlaku demikian? Kerana hendak menyatakan ada ketika-ketikanya dengan sebab-sebab tertentu umat Islam diharuskan bermuamalah atau bertahaluf dengan orang kafir dan tidak dengan orang-orang Islam. Kelima, PAS pernah memasuki Pakatan Barisan Nasional dengan Umno pasca tragedi 13 Mei 1969, dengannya terselamat Umno daripada tumbang atas gelombang rakyat menolak Umno – Perikatan ketika itu. Dengan penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional (menggantikan Perikatan) ketika itu, maka selamatlah Umno, maka kuat semula Umno dan tegak semula BN.

Maka ia terselamat daripada tumbang dan ditumbangkan oleh rakyat. Selepas Umno kuat semula dan merasakan PAS tidak diperlukan, maka Umno memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN.

Banyak pihak yang mengetahuinya, maka PAS ditendang daripada BN, kesannya PAS berpecah dan bercelaru serta banyak ahlinya meninggalkan PAS, ada yang menubuhkan Parti Islam yang perlu menandingi PAS, PAS hampir terkubur ketika itu angkara perbuatan Umno, pengalaman itu amat pahit dan PAS berhempas pulas untuk bangun semula, dan sekarang sudah terbangun.

Sejauh ingatan saya, Umno tidak pernah menyatakan kekesalannya kerana memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN, malah Umno tidak pernah meminta maaf kepada PAS hingga ke hari ini.

Kalau itulah sikap Umno, maka bagaimana orang PAS mahu memikirkan untuk mendampingi Umno semula seperti ada usaha membayangbayangkan isu itu, pengalaman amat pahit itu bagi PAS amat berguna.

Apabila PAS bertahaluf dengan Pakatan Rakyat khasnya dengan DAP, jelas PAS mengaut keuntungan yang ketara hasil daripada keputusan undi dalam PRU13 baru-baru ini, PAS semakin mendapat pertambahan pengundi dan penyokong.

Namun demikian, ramai orang menyedari, bahawa ‘Tahaluf Siayasi’ bukanlah satu perkara yang qat’ie, ini adalah satu hasil ijtihad daripada ahli-ahli PAS yang layak, hasil ijtihad itu diterima pakai dan namun demikian ia tetap terdedah kepada pelbagai kemungkinan, ijtihad boleh kekal selagi tidak ada keperluan untuk menyemaknya seperti timbul masalah.

Ada perkara-perkara penting yang menjadikan ijtihad itu lagho, maka barulah timbul keperluan untuk melihat semula perkara-perkara ijtihad yang lampau, atas dasar itulah persoalan mengapa PAS dan Umno tidak dapat disatukan yang dapat dilihat dari perkaraperkara yang telah saya sebutkan tadi, sekian wassalam

ULASAN

BK MUDAH SAHAJA. TG HARUN DIN SEPATUTNYA MELETAKKAN PERKARA YANG BENAR DALAM USUL AGAMA. TG PUN ADALAH TOK GURU BK JUGA. TAPI MEMANDANGKAN TOK GURU IALAH TIMBALAN MURSYIDUL AM PAS,  MAKA PEMBERAT HUJAH TETAP KEPADA PAS.

KEDUDUKAN NABI SAW BERMUBAHALAH DENGAN ORANG YAHUDI DI SAAT ITU ADALAH BERBEZA DENGAN MUBAHALAH PAS DENGAN DAP WAHAI TOK GURU?  MAAF LA BUKAN NAK MENGAJAR .