Saturday, January 26, 2013
PASCA E 13 : SERUAN ULAMAK PONDOK . BERSAMA UMNO SEBUAH PARTI ISLAM
HAYATI DAN TAATI. TUAN GURU ABDULLAH SAAMAH AN NAJMIE
PASCA E 13 : TOK GURU HJ LAH VS USTAZ NIK AZIZ
DENGAR DAN HAYATI . TOK GURU NI BLAJAQ DI MEKAH. NIK AZIZ BLAJAQ DI INDIA
Wednesday, January 23, 2013
PASCA E 13 : MAJAROITI UNDIAN TOLAK ANWAR DAN MEMILIH HAJI HADI . FB PRO PAKATAN
DUA DUA TAK BETUI KALAU JADI PM SEBAB DUA DUA KULI DAN TAKUT PADA KUFAR DAP
PASCA E 13 : JANGAN KAFIRKAN ORANG LAIN.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan semua pihak supaya tidak menghukum seseorang atau penyertaannya dalam sebuah organisasi berdasarkan sangkaan tanpa mengetahui sebabnya secara terperinci.
Keadah yang diutarakannya itu berdasarkan penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa Allah tidak menurun azabnya sehingga diutuskan Rasul untuk memberi peringatan dan berdasarkan kepada sunnah dan sirah Rasullah SAW dalam lipatan sejarah Islam.
NONE"Kita tidak boleh mengkafirkan orang, hanya atas sangkaan. Ini satu asas yang kita kena bersetuju... Manusia yang tidak ada pengetahuan, dia tidak akan dihukum.
"Tidak boleh kafirkan masyarakat awam atau organisasi (yang disertai seseorang), hanya kerana dia menyertai organisasi. Kemungkinan dia tidak tahu. Kemungkinan dia ada tafsiran yang lain daripada apa yang kita tafsirkan.
"Ulama kata, kita tidak boleh menghukum manusia pada zahirnya melainkan sehingga kita tanya keadaannya. Kita kena terperinci masalah dia," katanya dalam wacana ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah".
Dengan memberi contoh, kisah seorang sahabat baginda Khatib ibn Abi Balta'ah yang mengutus surat memberitahu orang Mekah bahawa Rasullullah SAW sedang menyiapkan bala tentera dan menyangka baginda akan menyerang kota itu sehingga ia diketahui baginda.
Jelas Mohd Asri, tindakan Khatib itu - yang juga ahli Badar yang berasal daripada luar Mekah - mengundang kemarahan Umar Al-Khattab yang ingin memancung kerana menganggapnya sebagai pengkhianat.
Bagaimanapun Rasulullah SAW berpuas hati selepas pendengaran dibuat apabila Khatib mahu keluarganya di Mekah dilindungi daripada serangan itu, sekalipun dilihat "macam memberi kesetiaan" kepada kaum Musyrikin di kota suci itu.
Turut menjadi panelis dalam wacana itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali dan pensyarah Dr Azhar Yusof. Wacana itu dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Supyan Husin.
Mengulas berhubung 'amanat' presiden PAS yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong, di Terengganu pada 1982 itu, Mohd Asri percaya orang yang berilmu seperti Abdul Hadi tidak akan mengkafirkan individu "secara borong".
"Tetapi apa yang berlaku, salah faham ka, apa ka, (ahli) yang di bawah ni, ada yang mengkafirkan... Itu satu kesilapan. Kesilapan yang perlu diperbetulkan.
"Bukan kerana PAS menegakkan kebenaran itu salah, tapi noktah ini perlu diperbetulkan. Mungkin pimpinan tidak kata, tadi anak buah lebih lajak daripada laju. Ini satu realiti yang berlaku. Bukan semua orang PAS buat, tapi ada (segelintir) yang buat," katanya.
Menyentuh perkara berkenaan sebelum itu, Mohd Asri terkilan dengan situasi itu termasuk tidak memakan sembelihan dan bermakmumkan imam daripada Umno, apabila tiada pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan jelas membetulkan keadaan itu.
"Saya tidak nampak pimpinan PAS secara umum mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan salah faham, (dengan menyatakan) 'seseorang yang masuk Umno tidak menjadi kafir'.
"Saya rasa perkataan tersebut sangat diperlukan ketika itu, supaya tidak berlaku salah faham orang awam... Alangkah baiknya ketika itu, pemimpin PAS melafazkan orang yang masuk Umno, tidak menjadi kafir kerana masuk parti. Tetapi menjadi kafir jika melafazkan kata-kata kufur," katanya.
Mengulas berhubung pandangan Abdul Hadi tentang perlembagaan, Mohd Asri juga berpendapat sisi pandang presiden PAS itu pada 1980-an jauh berbeza dan berubah berbanding sekarang.
NONEDalam 'amanat' Abdu Hadi itu menyebut penentangan PAS terhadap Umno/BN kerana parti itu didakwa mengekalkan perlembagaan penjajah dan peraturan kafir dan jahiliyah.
Dr Asri yang juga fellow Universiti Oxford berkata, Abdul Hadi mungkin mempunyai sisi pandangannya berhubung perkara tersebut pada ketika itu, berbanding kini yang dilihatnya sudah berubah.
"Sekarang mungkin PAS ada tafsiran baru. Dan saya bersetuju dengan tafsiran PAS sekarang dibanding dengan tafsiran tahun 80-an...Saya rasa tafsiran sekarang lebih menepati realiti.
"Malangnya media massa yang dikuasai Umno, dia bangkitkan tafsiran lama. Dan kadangkala dia perkara yang tak bagus. Dia kata, tahun 80-an PAS salah, kerana kafirkan Umno.
"Pada masa yang sama, dia kata, PAS kena kembali kepada perjuangan asal... Saya rasa biar dalam keadaan sekarang, dia (PAS) lebih terbuka, lebih faham realiti, dia lebih faham keadaan dan dia lebih lihat keluasan Islam," katanya.
Monday, January 21, 2013
PASCA E 13 : ISU BAWANI UUM BETUL BETUL KERAN NAK UNDI KAUM INDIA. KAEDAH LAMA
kenyataan zaharuddin dalam laman FB nya .
"Hebat sungguh sokongan awam kepada Bawani yang kena listen listen listen baru-baru ini. Saya sendiri ada pengalaman kena dimalukan oleh pemimpin sewaktu menjadi presiden persatuan pelajar tahun 1997 dulu. Sejurus selepas memberi soalan dan pandangan, jawapan Timb Perdana Menteri ketika itu, begitu sinis sambil membelasah saya bermula dengan pakaian dan kopiah, sehinggalah kepada idea yang saya berikan. Mahasiswa kena belasah, asam garam untuk kehadapan agaknya..:)"
TIMBALAN PERDANA MENTERI KETIKA ITU IALAH NUAR BRAHIM LA YANG KEJE DIA MEMALUKAN MAHASISWA YANG MENENTANG KERAJAAN. DIPERLEKEHNYA KUMPULAN PMI DAN GAMIS. KEJAYAAN NUAR APABILA TARBIYYAH PASUKAN ABIM BOLEH MENEUTRALKAN PMI SELURUH KAMPUS MALAYSIA.
BAWANI DIPERJUANGKAN SEBAB NAK UNDI SIMPATI KAUM INDIA. ITU SAHAJA. LEPAS NI, MCM BIASALAH SAY BYE BYE
Subscribe to:
Posts (Atom)