Thursday, December 13, 2012

PASCA E 13 : BUKAN UMNO TAPI PAS DI PALESTIN. TAPI HAMAS TERIMA UMNO

 
MANA BENDERA PAS NI ?
 
Malaysia patut jadi contoh negara Islam sedunia, kata Hamas
11 Disember 2012

GAZA CITY - Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati.

Sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini pada Isnin.

Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.

Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai "saudara seagama rakyat Palestin" dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.

Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.

Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.

"Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan," katanya.

Abdul Azeez, yang mengetuai misi kemanusiaan KP1M pula berkata pasukan itu telah menyerahkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bernilai kira-kira AS$150,000 (RM450,000) kepada Kementerian Kesihatan Hamas.

Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.

Misi kemanusiaan KP1M, dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, memasuki hari keempatnya hari ini. - Bernama

PASCA E 13 : UNISEX MENANG , ISLAM KALAH DI KELANTAN

 
Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan secara terbuka pendirian PAS mengenai isu pengasingan gender, dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada exco Kelantan.

Karpal, yang merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Baharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Pemimpin-pemimpin PAS perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Karpal berkata kenyataan mengenai penguatkuasaan pengasingan gender oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan.

"Bagi beliau (Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu dikuatkuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan PAS Kelantan 'Membangun Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya.

Karpal berkata kenyataan itu pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Islam bahawa cubaan sedang dibuat untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam yang akhirnya bermakna pengenalan hudud kepada bukan Islam.

"Rasional dalam melaksanakan undang-undang itu kepada bukan Islam ialah, seperti diakui Takiyuddin, sejajar dengan slogan membangun bersama Islam yang bermakna melibatkan pengenalan nilai-nilai Islam terhadap bukan Islam," katanya.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan segera mengenai isu itu memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
 
KES SELESAI. UNISEX MENANG.
 
KOTA BHARU: PAS buktikan toleransi beragama di Kelantan. Semua penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula. Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang telah diguna pakai sejak tahun 1991 itu ditangguhkan serta merta hari ini selepas mesyuarat exco bersetuju untuk berbuat demikian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pemimpin organisasi yang dianggotai masyarakat bukan Islam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tengahari tadi. Katanya, kerajaan negeri sebelum inipun membuat dasar berhubung perkara itu pada tahun 1991 selepas diadakan perbindangan, perbincangan dan pandangan umum.


Peraturan dibuat ketika itu ekoran dari penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan.


“Hasil perbincangan akhirnya penguatkuasaan syarat-syarat kedai gunting rambut misalnya dibuat setelah ianya dipersetujui.
“Bagaimanapun, pada tahun ini selepas 21 tahun ianya berjalan, isu yang melibatkan perkara yang sama timbul semula, maka cara yang kita buat sama juga, iaitu perundingan,”ujarnya.
HANYA DENGAN PAS HARAM BOLEH JADI HALAL.



Monday, December 10, 2012

PASCA E 13 :UMNO MAMPUS !!!! MUSLIMAT PAS NYANYI RENTAK GOSPEL ?


ini lagu muslimat pas yang dulu dulu


yang ini lagu siapa ... cer teka cer teka

Friday, December 7, 2012

PASCA E 13 : BACA!!!! KISAH BENAR DI SEBALIK FITNAH TERHADAP UCAPAN PENGERUSI BN PULAU PINANG

kemesraan sebegini yang amat digeruni oleh puak puak dap dan si guan eng

BK PERMUDAHKAN UNTUK SEMUA PEMBACA FAHAM.

NAMA PROGRAM : MAJLIS JAMUAN MAKAN MESRA
ANJURAN : MCA BAHAGIAN BAGAN &PARTI GERAKAN BAHAGIAN BAGAN 
TARIKH : 
3 DIS 2012

MASA : 7.45 PM - 10.30 PM

LOKASI : KAWASAN LAPANG TEMPAT LETAK KERETA PROJEK PERUMAHAN WOODLLEY, JLN RAJA UDA, BUTTERWORTH.

MAJLIS DIPENGERUSIKAN OLEH : LIM HAI SONG,BENDAHARI MCA BAHAGIAN BAGAN.


HADIR-2,000 ORANG BERSAMAAN 215 MEJA


VIP YG HADIR:

- TENG CHANG YEOW - PENGERUSI BN NEGERI PENANG 

- DATO SRI DR NG YEN YEN - PENGERUSI PERHUBUNGAN MCA NEGERI PENANG

- LOO KHAY THYE - PENGERUSI MCA BAHAGIAN BAGAN
- TAN KING CHEE - PENGERUSI PGRM BAHAGIAN BAGAN

- DAVID CHUA TEIK SIANG-  PENYELARAS PARLIMEN BAGAN.

- SUM YOO KEONG -PENYELARAS DUN SG PUYU

- LAU CHIEK TUAN -  SETIAUSAHA MCA NEGERI PENANG
- DATO WEE BAK HOE - BENDAHARI  MCA NEGERI PENANG

- OSMAN BIN OMAR - SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN BAGAN

- SHEIKH HUSSIN BIN MYDIN - KETUA PEMUDA UMNO NEGERI  PENANG
-DATUK G. RAJOO - PENYELARAS MIC NEGERI PENANG
-TAN CHENG LIANG - KETUA WANITA MCA NEGERI PENANG
-TENG HOCK NAN - PENGERUSI PERHUBUNGAN GERAKAN  NEGERI PENANG
-M.KARUPPANAN - PENYELARAS DUN BAGAN DALAM.

-DATO NG SIEW LAI - KETUA WANITA GERAKAN NEGERI PENANG

-PUROSOTHMAN - KETUA PPP BAHAGIAN  BAGAN

Intipati Ucapan  Teng Chang Yeow yang BK catiti pada malam tersebut 

- Menyeru semua perlu bersatu padu melawan pembangkang

-mengingatkan hadirin supaya perlu ambil balik sokongan rakyat terhadap BN

-pada malam ini kita dapat nampak kejayaan majlis ini dianjurkan

-kita nak mendapat sokongan MCA dan GERAKAN untuk menang PRU


- Menjelaskan pada hari ini ada wartawan memberitahu saya bahawa KM PP LIM GUAN ENG ingin saya meletak jawatan kerana pendedahan saya tentang isu pembelian air Pulau Pinang dari kedah dimana beliau mendakwa saya menipu


- saya menegaskan bahawa saya tidak menipu dalam hal ini, kerana saya baca dalam surat khabar di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, MENTERI BESAR Kedah telah menyatakan bahawa PULAU PINANG akan membeli air dari Kedah.


- Mengapa KM PP tidak menyuruh MB KEDAH meletak jawatan kerana dia sendiri yang mendedahkan di DUN Kedah.

- Pasti sekali mereka berdua terlibat dalam perbincangan tertutup atau terbuka dimana kita tidak tahu


-Adakah Menteri Besar Kedah dan KM PP telah mencapai persetujuan di dalam perbincangan mereka?


- Mengapa DAP begitu takut kepada PAS?


-Tentang Isu Potong Rambut pula, ia lebih teruk lagi apabila orang DAP cakap hendak pergi untuk mencari jalan penyelesaian tapi sebenarnya pergi melancong


-Di Nibong Tebal ada satu kampung perikanan melayu diletakkan satu iklan yang besar, iklan tersebut ada memaparkan perbezaan tentang PR sekarang dan BN dahulu tentang peruntukan mereka kepada Muslim


-Penang Chinese Town Hall ada sekali ingin meminta peruntukan bagi menganjurkan Perayaan Hantu namun KM PP memberitahu tiada peruntukan


-PR memberi kepada Muslim pada tahun 2008-6.5juta, 2009-8juta, 2010 9juta.Namun sebenarnya BN ada memberikan RM18 JUTA kpd golongan MUSLIM


-PR tidak memberi peruntukan kepada perayaan Cina


-Mempersoalkan mengapa kerajaan PR tidak berani meletakan papan Iklan promosi bantuan PR kepada orang Islam  di tempat orang Cina dan bukan hanya di tempat melayu saja
.Papan iklan itu terletak di jalan masuk Nibong Tebal


-Kerajaan PP dibawah pemerintahan DAP takut kepada PAS


-Menyeru Guan Eng supaya jangan main isu perkauman iaitu jangan main satu isu dengan orang Cina dan satu isu lain dgn orang Melayu. Patut bersifat terbuka.

ULASAN : DI MANA SILAPNYA UCAPAN TENG CHENG YEOW. BELIAU MENYATAKAN BN LEBIH BANYAK MEMBERIKAN PERUNTUKAN UNTUK UMAT ISLAM DI PULAU PINANG DAN GUAN ENG HANYA TAHU MEMAPRKAN ANGKA SAHAJA.

BELIAU MENYERU AGAR PERUNTUKAN JUGA DIBERIKAN KEPADA PENGANUT AGAMA LAIN YANG MEMOHON KEPADA KERAJAAN NEGERI. BAGI BK, SEPERTI JUGA PENGANUT AGAMA LAIN MEMINTA KEPADA KERAJAAN BN, KERAJAAN BN AKAN BERIKAN MELALUI WAKIL PENGANUT AGAMA TERSEBUT.

SEBENARNYA, YANG PALING PENTING IALAH GUAN ENG DI HADAPAN MELAYU DIA CAKAP LAIN, DIHADAPAN CINA DIA CAKAP TERLALU RASIS. DI HADAPAN CINA MEREKA SEBARKAN BN TUMPUKAN KEPADA MELAYU SAHAJA. DI HADAPAN MELAYU DIA CAKAP KERAJAAN NEGERI BANTU ISLAM.

SEJAUH MANAKAH GUAN ENG MAMPU BERMAIN WAYANG DALAM HAL INI. SAMPAI BILA NAK MEMBOHONG DAN TERUS BERBOHONG.

Thursday, December 6, 2012

PASCA E 13 : PAS TAKUT JALINAN RAKYAT. GESA MUSLIMAT TIRU WANITA UMNO. KANTOI LAGI



KENYATAAN TAMRIN GHAFAR

RAKYAT diingatkan agar tidak lagi menyokong serta memberi undi kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang jika mahukan negara selamat.

Bekas pemimpin Umno, Dato’ Mohd Tamrin Abdul Ghafar berkata jika rakyat masih menyokong dan memenangkan BN bermakna memberi lesen kepada pemimpin Umno mengamalkan rasuah.


Katanya, masa depan Malaysia ini akan rosak dengan amalan rasuah yang dilakukan oleh pemerintah hingga hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion. Oleh itu, beliau mengingatkan orang-orang Umno agar membuka minda serta tidak menyokong parti tersebut secara ‘membabi buta’.

“Jika kita (rakyat) masih sokong kerajaan Barisan Nasional, maknanya kita beri lesen lagi kepada (pemimpin) Umno untuk buat rasuah. Negara akan rosak dengan rasuah.

“Saya nak ingatkan orang-orang Umno yang masih ada (setia), jangan lagi kita (ahli) sokong Umno ini secara ‘membabi buta’, kita kena buka minda pada pilihan raya (PRU13) akan datang,” ujarnya ketika berucap pada ceramah isu semasa, di pekarangan Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Tunggal, Kampung Serdang, 21 November lalu.

Menurutnya, ahli-ahli Umno tidak perlu lagi menyertai parti PAS cuma diminta memberikan undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Batu Berendam-BN bertindak keluar parti tersebut kerana menyedari perjuangan Umno menyeleweng dari matlamat penubuhannya.

Sehubungan itu, Tamrin turut mendedahkan ‘rahsia’ kekuatan Umno-BN selama ini kepada kaum wanitanya yang berperanan besar memenangkan parti.

Katanya, Muslimat PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengatur strategi mengadakan siri lawatan dari rumah ke rumah bagi memikat hati pengundi.

“Saya dedahkan di sini, rahsia kekuatan Umno sebenarnya kepada Wanita Umno yang memenangkan BN. “Muslimat PAS kena bincang dan mengatur strategi dengan program lawatan rumah ke rumah. Kita (parti) kena pikat hati para pengundi dan rakyat supaya sokong PAS dan Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, M Syukrimun Shamsuddin dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang.

BK : LAWAK PALING KARTUN APABILA TAMRIN MENEMPELAK DAN MEMPERLEKEH MUSLIMAH PAS DAN MINTA DEPA TIRU CARA WANITA UMNO. LEKEH SUNGGUH LA MUSLIMAH PAS NI

Wednesday, December 5, 2012

PASCA E 13 : HJ HADI AKUR HUBUNGAN DENGAN ALLAH ADA PADA UMNO


PEMIMPIN N0 2 UMNO JUGA MENJAGA HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH. LALU MEMBAWA JEMAAH UMNO SEKALI BERSAMANYA BERIBADAT KERANA ALLAH.PEMIMPIN NO 1 MEMPUNYAI SIFAT RENDAH DIRI DAN PEMAAF YANG AMAT MELAMPAU. INILAH SIFAT KERENDAHAN HATI SEORANG ISLAM

ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, untuk mengambil alih pemerintahan negara bukan sesuatu yang mustahil, namun perlu memenuhi syaratnya.

Katanya, antara syarat utama adalah setiap ahli PAS perlu menjaga hubungan dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.

"Menang Putrajaya tidak mustahil, tapi dengan syarat kita mestilah melaksanakan roadmap yang ditentukan Allah SWT," katanya ketika berucap di Himpunan Hijau ke Putrajaya malam tadi.

Menurutnya, kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya.

Kemenangan juga katanya, tidak akan datang dengan percuma dan memerlukan ahli PAS untuk turun ke medan melaksanakan tugasan berdepan dengan golongan yang memerangi Islam.

Namun katanya, Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan PAS malam ini adalah sebagai usaha awal untuk mencapai kemenangan tersebut.

"Malam ini kita melihat tanda kemenangan. Himpunan diisi dengan solat hajat memohon pertolongan Allah.

"Berbeza dengan (himpunan) pihak satu yang diisi dengan perkara yang melalaikan," katanya dipercayai merujuk kepada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan Umno BN.

Himpunan anjuran Umno BN minggu lalu itu turut diisi dengan persembahan tarian K-Pop artis korea dan kumpulan penari seksi dari Jepun sehingga mendapat respon negatif dari rakyat.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengingatkan semua ahli PAS berkerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya umum nanti.

"Jangan jadi orang yang tidak mengerti iaitu pertama orang yang anggap kita tak boleh menang sampai bila-bila, dan kedua orang yang nak menang cepat," tegasnya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10709-hubungan-dengan-allah-syarat-menang-putrajaya

PASCA E 13 : LAPORAN BANK DUNIA BUAT PAKATAN SASAU


Malaysia is expected to register real GDP growth of 5.1 percent in 2012 and 5.0 percent in 2013.

Malaysia is expected to register real GDP growth of 5.1 percent in 2012 and 5.0 percent in 2013.

•In 2012, Malaysia has performed well in the context of weakening demand from advanced economies and China. Propelled by domestic demand, Malaysia’s economy is likely to weather a weak global environment.


•With a significant portion of investments being in the oil and gas sector, investments in real estate partly linked to recycling of commodity revenues, and oil revenues supporting public investments, Malaysia’s near term growth momentum owes much to commodities.

•The longer term sustainability of Malaysia’s favorable near term outlook hinges on the implementation of structural reforms. To ensure the growth is sustained into the medium term, Malaysia needs to accelerate the implementation of reforms, as outlined in the Government’s New Economic Model, to boost competition and capabilities in the economy.

•Closing gender gaps in economic opportunities could substantially leapfrog Malaysia to high-income status. The number of working- age women who are employed or looking for employment is lower in Malaysia compared to other countries of with similar income levels. A recent study shows that Malaysia could experience a 23 percent increase in output per capita as a result of increased women’s labor force participation and more women becoming entrepreneurs.

•Malaysia could encourage women to participate in the workforce through policies such as flexi-work arrangements, expanded childcare options, targeted subsidized childcare options for poor families, and increasing incentives that would attract and retain women in managerial positions