Wednesday, February 22, 2012

PASCA E 13 : INTEL PENANG DI ARAH TUTUP KERANA MILIK YAHUDI


TERUK TERUK MILO SUAM PI CARI HUJAH.

Intel's first overseas manufacturing facility in Penang Bayan Lepas
BK NAK TANYA SATU SAHAJA DAN BK NAK CABAR SATU SAHAJA...

MINTA KERAJAAN PENANG LIM GUAN ENG KELUARKAN SURAT SEGERA ARAHKAN INTEL DITUTUP DAN ROBOHKAN KILANG INTEL DI PULAU PINANG KERANA IANYA MERUPAKAN MILIK YAHUDI.
PAS, PKR DESAK DAP TUTUP KILANG INTEL. THAT ALL. SEMUA KEDAI STARBUCKS TUTUP DI PULAU PINANG. LEPAS DAH TUTUP BARU BOLEH PAS DAN PKR MAIN ISU DAGANGAN DENGAN ISRAEL NI NI OK.

PASCA E 13 : ANWAR RUPANYA YANG BAWA KAPAL YAHUDI MASUK KE MALAYSIA




ISUNYA ANWAR BUKANNYA PAS....BUKANKAH INI TEKTIKAL TERBAIK BUNUH KAREKTOR ANWAR

“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

"Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.

Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurut beliau kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.-21/2/2012

PASCA E 13 : DENDA TAK PAKAI TUDUNG DI KELANTAN :DIMANA LAUNGAN HAK ASASI DAP ATAU TARBIYYAH DAKWAH

KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).


ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.


Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu. “Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.
- Kosmo

BAGAIMANA PULA HUKUM MACAM NI PULA UNTUK KERAJAAN PAS KELANTAN

MACAM NI HUKUM APA PULA. PAKAI TUDUNG TAPI NAMPAK SUSUK TUBUH BADAN. NAMPAK SEGALANYA. TIADA KE UNDANG-UNDANG DI KELANTAN TERHADAP DEDAHKAN TUBUH BADAN ATAU BERPAKAIAN SEKSI.
KALAU MACAM NI BERTUDUNG, TAPI PAKAI SESKI NAMPAK BUAH DADA? ADA TAK ENAKMEN DALAM KERAJAAN TEMPATAN KELANTAN
KALAU MACAM NI PULAK.PAKAI TUDUNG TAPI SELUAR PENDEK

YANG NI BARU BETUI IKUT HUKUM CARA DAN PEMAKAIAN TUDUNG. KERAJAAN KELANTAN BUAT HUKUM SENDIRI. TARBIYYAH TAK BERJALAN. YANG DIA NAMPAK TAK PAKAI TUDUNG HARAM. MEMANG LA HARAM. TAPI TARBIYYAH DAKWAH PI MANA?PAKAI TUDUNG PUN KALAU BUKA AURAT WAT PE TOK GURU
TAK KENA DENDA PULA. BENDERA KELATE DEKAT PUNGKOQ JER....

SOALAN BK KEPADA KERAJAAN KELANTAN :
TAHNIAH ATAS PERJUANGAN MEMASTIKAN WANITA MENUTUP AURAT
TAPI BIAR BIJAK JANGAN BIUL......................

PASCA E 13 : ADAM ADLI SERANG TOK NON DI NIBONG TEBAL


PENTAS SUARA ANAK MUDA
TARIKH : 23/2/12 ( KHAMIS )
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN JKKK SG KECIL

PEMIDATO :
CHE GU BARD SOSIALIS
ADAM ADLI (BAKAL GURU YANG KURANG AJAR)
YB LYDIA ONG ( EXCO BELIA YANG TAK BELIA)

BK TOLONG PROMOKAN...MAI DATANG RAMAI RAMAI TENGOK MACAM MANA BAKAL GURU BUAT KURANG AJAR.

SG KECIL KAWASAN DUN SG BAKAP.UST MAKHTAR YANG DAH TINGGAL NYAWA NYAWA IKAN. DR PRIPAL DAN SEPAK UST MAKHTAR JAUH JAUH. APAKAH INI KEMPEN SELAMATKAN UST MAKHTAR. RASANYA DI SG KECIL INI MENGIKUTI INFO KAWAN BK, ADA KELAB SATU MALAYSIA...........INI JUGA ANAK MUDA.

PASCA E13 : BUKTI SERIKANDI / MUSLIMAH PAS BERSAMA ISRAEL AMERIKA


MEREKA CUKUP BANGGA MEMEGANG BENDERA ISRAEL DAN AMERIKA. KALAUPUN NAK BAKAR, JANGAN DOK TAYANG TAYANG...PI BAKAR TERUS. TUNJUKKAN KOYAK BENDERA TU DAN BUKAN TUNJUK MACAM SAYANGKAN BENDERA YAHUDI

PASCA E 13 : KONTROVERSI LOGO JATI ( SERANGAN AWAL PR)


pelancaran logo JATI.

HUJAH PEMBANGKANG :


SATANS LOGO

Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.

Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu.

http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html

TAPI ..............JATI SAMA JUGA DENGAN LOGO INI :
 

logo ni taubat lahom BK memang menyampah betulllllll. apapun BK tunggu gelombang JATI.sejauh manakah kewujudan kuasa ketiga yang dok hebat di war warkan sekarang.

Tuesday, February 21, 2012

PASCA E 13 : BK CABAR 24 JAM PAS, DAP DAN PKR SAMAN HASSAN ALI

ilham grafik : urbandictionary.com

Sumber mstar.com (Jumaat Februari 17, 2012)

Ada Pemimpin Kerajaan Selangor Anggap Perbuatan Maksiat Hak Asasi - Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada Pas sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama Pas membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend," katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam Jumaat.

Sesi selama satu jam itu dikendalikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan kolumnis "Cuit" akhbar Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang akhbar itu.

Hasan berkata bahawa dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara-perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat.

Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata:

"Saya tidak boleh letakkan percentage pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal-hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman exco yang lain...bila tentang Islam, memang banyak halangan".

Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja.

"Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya.
Disebabkan sudah tidak mendapat ruang dalam Pas yang katanya kini dikuasai oleh golongan parasit, beliau menubuhkan "Jati" (Jalur Tiga), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang keahliannya adalah terbuka termasuk kepada ahli Pas dan Umno jika niat mereka mahu memilih Islam sebagai kuasa ketiga.

Hasan berkata Jati tidak akan bertanding dalam pilihan raya tetapi akan menjadi kuasa penentu kerana, menurut beliau, ramai orang Melayu dan Islam hari ini sudah putus asa dengan senario politik sekarang.

"Jati boleh bekerjasama dengan Umno mahu pun Pas jika perkara Islam, Melayu dan Raja menjadi keutamaan," katanya.

Menyentuh tentang apa yang beliau panggil golongan parasit dalam Pas, Hasan berkata Pas harus dikembalikan ke tangan ulama.

"Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000km. Ini kalau setakat Putrajaya, dia bukan seorang yang layak menjadi pemimpin," katanya.
Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecilpun susah hendak dilaksanakan.Hasan melihat golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti itu.

Katanya dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Takkanlah (Presiden Pas Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri. Takkanlah pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan terdapat banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris. China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih," katanya. - BERNAMA