Monday, August 15, 2011

MOHON FATWA PULAU PINANG PUTUSKAN HUKUM MEMBAZIR MEMBUAT PAPAN TANDA

APA HUKUM MEMBAZIR MEMBINA PAPAN TANDA UNTUK MENYATAKAN BAHAWA NIK AZIZ MELAKSANAKAN PROGRAM AL QURAN. TIDAKKAH INI BIDAAH DALALAH YANG TERNYATA MEMBAZIR. TIADA SATU FAEDAH PUN DALAM PAPAN TANDA YANG DIBUAT. HANYA SEKADAR NAK MAKLUMKAN KEPADA RAKYAT. APA HUKUM YANG BOLEH MAJLIS FATWA PULAU PINANG BUAT?APAKAH AKAN KELUAR HUKUM LARANGAN MEMBINA PAPAN TANDA YANG MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

“Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

“Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

“Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah,” katanya.

TEMAN TAK TERKEJUT LANGSUNG DENGAN AMAL YANG PUAK-PUAK PAS LAKUKAN. MEREKA NI CAKAP BUKAN MAIN KUAT. TAPI AMALAN SUNAT POCIK. TANYA MAHFUZ ANTARA TAHAJJUD DAN QIAMULLAIL . BERAPA KALI DIA BUAT? CUBA SEMAK DOA SOLAT SUNAT DHUHA PADA MAHFUZ?

MANTAN MUFTI PERLIS PENILAI AGAMA?

BUKAN MAIN BAIK BERGAMBAR. SENYUM PULA AWEK INI. NI MASA ZAMAN JAHILIAH DULU KOT. APAPUN TEMAN CUMA NAK HABAQ SUPAYA DR ASRI BAIKLAH JAGA DIRI SENDIRI DARIPADA DOK HENTAM SEMBORONO PASAL ISU JAIS DAN KRISTIAN.

GAGAL MENGUASAI PELBAGAI BAHASA, MEMALUKAN PRINSIP BERKHALIFAH


NIK AZIZ TERPAKSA MENGGUNAKAN JURUBAHASA BAGI MELICINKAN PERBINCANGAN DENGAN SESEORANG. SIAPAKAH SESEORANG DALAM GAMBAR INI? WAKIL YAHUDIKAH DIA?SEBELUM NIK AZIZ SURUH TENGOK SUNNAH NABI, INGIN TEMAN PESAN PADA TG NIK AZIZ, NABI SAW BOLEH KUASAI PELBAGAI BAHASA. BARULAH IANYA DIGELAR PEMIMPIN AGUNG DAN DIHORMATI MUSUH. TANG BAHASA PUN TG NIK AZIZ DAH OUT. ELOKLAH NIK AZIZ BAGI KULIAH JER DAH CUKUP. JANGAN DOK MELALUT.

DR ASRI YANG MELALUT


 
Petikan dari malaysiakini

“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan... diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.Bagaimanapun kenyataannya itu dipertikaikan oleh seorang pembaca yang bernama Rosdi Ismail melalui komen seperti berikut:

1- Menggunakan istilah "serbu" atau "ceroboh" adalah tidak tepat. Apa yang berlaku adalah pemeriksaan dibuat setelah mendapat kebenaran melalui perbincangan yang memakan masa hampir sejam. Komen Dr. Asri juga adalah keterlaluan dan partisan.

Sila perhatikan petikan ini = “Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,”. Jelas Dr. Asri telah menggunakan perkataan "diceroboh" dan "didakwa". Inilah adalah analogi yang bersifat menghasut. ia buka hujah, hanya lontaran akal.

2- Salahkah JAIS melakukan pemeriksaan di bawah peruntukan undang-undang yang ada. Kata-kata Asri = "sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang" adalah hujah akal yang tidak berpijak dibumi nyata. Undang-undang yang ada sekarang adalah bertujuan untuk mempertahankan akidah umat Islam. Apa yang cuba dipertikai sekarang ialah prosedur pemeriksaan tersebut, bukannya undang-udang. Oleh itu kita harus membezakan antara dua perkara yang berbeza. Jika kuasa Islam yang "sekangkang kera" yang ada inipun cuba dipertikaikan oleh orang islam sendiri, apakah orang Kristian atau bukan Islam akan memberi peruntukan tambahan bila kita beriya-iya membela mereka? .. Renunglah sejenak.

3- Dr. Asri sepatutnya tunggu dulu laporan JAIS. Apa tujuan ulasan-ulasan mentah seperti ini. Lagipun beliau tak adapun sewaktu pemeriksaan dibuat. Makna nya gambaran sebenar kejadian tersebut tidak jelas. Beliau tidak berhak sama sekali untuk membuat ulasan awal seperti ini.

4- Dr. Asri seolah-olah beranggapan negara seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah lebih lunak dalam hubungan mereka dengan orang islam berbanding Malaysia. Wahai Dr. Asri apakah kamu lupa bagaiman orang islam di Takbai dibunuh dan ditembak seweang-wenangnya. Bagaimanakah makmum dalam Masji Krisik di tembak sewaktu sedang berjemaah, Bagaimana orang Islam bangsa Hugo di China dipakasa agar tidak berpuasa sekarang, Bagaimana etnik Albania mula ditekan kembali pada hari ini, Bagaimana Purdah atau Niqab tidak dibenarkan diPerancis dan macam-macam lagi. Mana pembelaan anda dalam kes seperti ini? Jangan lupa semua itu. Adakah JAIS telah bertindak sampai ke tahap itu?

FIKIRKAN SEBAGAI UMAT DAN BUKAN SEBAGAI SEORANG PERSONALITI AGAMA.

Sunday, August 14, 2011

KUMPULAN PRO PAS DAN PKR ADA DALAM JAWATANKUASA FATWA PULAU PINANG


MINIT MESYUARAT BERKAITAN

DR WAN SALIM BEKAS PENSYARAH ILMU KEMANUSIAAN USM , MERUPAKAN SEORANG YANG PRO ANWAR DAN PKR
TUAN HAJI ROSLI BIN OTHMAN ( UNIT DAKWAH JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG. SUMBER TERDEKAT DI JPN DAN SEKOLAH MENYATAKAN BELIAU SEORANG YANG KUAT MENGKRITIK KERAJAAN DI BELAKANG TABIR)
BAGAIMANA AHLI MAJLIS FATWA TERDIRI DARIPADA SESEORANG YANG ADA KEPENTINGAN DALAM FAHAMAN POLITIK SESUATU PARTI?)


HANYA SATU HADIS SAHAJA DIJADIKAN RUJUKAN UNTUK DIBUAT FATWA


RUJUKAN 1.

ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 46. Jawatankuasa Fatwa

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada—
    (a) Mufti, sebagai Pengerusi; (b) Timbalan Mufti; (c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis; (d) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Mufti; dan (e) seorang pegawai dari Jabatan Mufti sebagai setiausaha.
(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.

(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti dan Timbalan Mufti, yang adalah anggota atas nama jawatan bagi Jawatankuasa Syariah yang disebut dalam subseksyen (3).

(5) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan berhubungan dengan tatacara dan amalannya.

RUJUKAN 2
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 48. Tatacara pembuatan fatwa

(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan apa-apa kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa, Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.

(4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

(5) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

TIADA PEMBENTANGAN KAJIAN ILMIAH YANG DIBUAT OLEH JAWATANKUASA SEBELUM MEMUTUSKAN KEPUTUSAN FATWA. MENGAPA TERJADI DEMIKIAN?

RUJUKAN 3
 
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 47. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa

Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi atau yang berhubungan dengan Hukum Syarak.
( FAHAM BETUL-BETUL .ATAS ARAHAN YDP AGONG DAN  BUKANNYA ATAS ARAHAN ADUAN RAMAI)


RUJUKAN 4
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 49. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat

(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Pulau Pinang sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan.

(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Pulau Pinang tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya
( BERMAKNA IANYA BUKAN LAGI BIDAAH DAN WAJIB IKUT. BAGAIMANA DENGAN KES MASJID YANG TIDAK MAHU IKUT?)

RUJUKAN 5

ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 50. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa
(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).
( BOLEH BATALKAN ATAU PINDA. TEMAN HARAP SANGATDATO SS MUFTI PERTIMBANGKAN DEMI KEMASLAHATAN UMMAH)
RUJUKAN 6
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh apa-apa perbuatan atau amalan yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan menurut Perkara 38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai fatwa dan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(5), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini

( PENGERUSI FATWA KEBANGSAAN DAH TEGUR DAN MINTA PERTIMBANGAN SEMULA DARIPADA MAJLIS FATWA NEGERI.MUSYAWARAH CARA TERBAIK ANTARA FATWA NEGERI DAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN)


RUJUKAN 7
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.

(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.

(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu

( PERLU IKUT PANDANGAN IMAM SHAFIE ATAU PANDANGAN 4 MAZHAB ATAU BERIJTIHAD JIKA IANYA BERKAITAN)

WALLAHU 'ALAM.JANGANLAH KERANA PARTI POLITIK YANG SEMPIT ISLAM DIGADAIKAN ATAS NAMA FATWA.

 

ISUNYA PEMBESAR SUARA: MENGAPA CERAMAH/KULIAH MAGHRIB TIDAK DILARANG?

Polemik yang menghantui nilai survival Islam Pulau Pinang semakin menghantui pemikiran ummah.Apa tidaknya  umat Islam terhimpit dengan fatwa mufti dan keseronokan DAP. Sejak dari dahulu lagi puak-puak dap mahukan tiada lagi bunyi bising dari surau dan masjid . Mereka mahu tidur nyeyak. Hujah yang diberikan mudah sahaja, apakah Islam suka menggangu ketenteraman? Islam agama yang menganggu dan sebagainya. Lalu, selepas Pulau Pinang di ambil dap, maka soldadu pun mulalah mencari apakah hujah yang boleh disandarkan untuk mengurangkan syiar Islam di Pulau Pinang.


Pelbagai tafsir diberikan. Antaranya ialah penggunaan pembesar suara mengganggu jemaah yang sedang bertafakur di dalam masjid dan menggangu penganut agama lain yang sedang tidur. Lagi pun kata mereka sekiranya langkah menggunakan pembesar suara dijadikan sebagai salah satu cara mendekatkan diri dengan Allah maka ianya adalah bidaah baru bagi umat Islam.Mufti perlis telah menyatakan bahawa di perlis keadaan ini telah lama ditinggalkan. Baiklah, sekarang  mari kita melihat indikator dan hujah mengganggu dan bidaah baru.

Hujah yang diberikan oleh fatwa ialah bacaan menggunakan pembesar suara adalah dilarang kerana menggangu berdasarkan hadis nabi SAW. Bagaimana pula dengan kuliah maghrib dan subuh yang menggunakan pembesar di luar masjid? bukankah ini mengganggu? maka kata kawan teman membaca quran dan mendengar kuliah adalah berbeza. teman jawab, pokok persoalannya ialah mengganggu. Kerana ada aduan , maka jabatan mufti keluarkan fatwa. Sekarang katakanlah ramai yang membuat aduan selepas ini kuliah maghrib dan subuh menganggu mereka? apakah selepas itu, semua kuliah tidak lagi menggunakan pembesar suara di luar masjid? biasanya mengaji quran dipasang 15 minit sebelum waktu subuh dan 15 minit selepas waktu subuh. Ini yang biasa di buat di masjid teman.


Tapi, kuliah maghrib dan subuh kadang-kadang lebih sejam. apakah selepas ini akan keluar fatwa yang menyatakan untuk menuntut ilmu kita perlu elakkan menganggu orang lain yang sedang enak tidur dan sedang enak menonton drama pada waktu maghrib.Lalu , kuliah maghrib dan subuh selepas ini hanya akan menggunakan corong pembesar suara untuk dalaman masjid sahaja. Inilah yang berlaku di singapura dan ini jugalah yang diperjuangkan dap. Halus dan sangat berkesan. Kita sedia maklum bahawa dap , pkr dan pas adalah pembuat drama terbaik. jadi mereka berlakon dalam hal syiar. Jika memperdengarkan bacaan quran pun mengganggu, maka memperdengarkan kuliah juga menganggu. Kes terdahulu akan dijadikan hujah bukti bagi kes akan datang. Maka selepas ini, semua aktiviti di masjid tidak perlu lagi menggunakan pembesar suara tetapi cukup sekadar suara yang kuat atau corong pembesar suara dalaman sahaja.

Unsur bidaah dikaitkan dengan hujah larangan menggunakan pembesar suara sekiranya ada yang menyatakan bahawa cara tersebut boleh mendekatkan diri dengan Allah. Apakah kuliah dengan menggunakan pembesar suara yang niatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah juga bidaah? apakah khutbah jumaat yang menggunakan pembesar suara juga bidaah kerana tok khatib berharap umat islam disekitarnya boleh mendengar isi khutbah lalu dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apakah berzikir dengan menggunakan pembesar suara juga bidaah? kerana zikir juga ingin mendekatkan diri kepada Allah. Maka, selepas ini , satu persatu akan hilang dalam syiar Islam di Pulau Pinang. Kita tunggulah dengan hati terbuka. Fikirkan wahai umat sekalian. Membaca quran dengan menggunakan pembesar suara untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah adalah bidaah. bagaimana pula berzikir dengan menggunakan pembesar suara untuk mendekatkan diri kepada Allah juga bidaah? Mungkinkah akan wujud lagi fatwa baru bahawa segala amal Islami di masjid dan surau tidak perlu lagi menggunakan pembesar suara. Yang boleh guna pembesar suara hanyalah opera cina dan segala sambutan perayaan kaum cina dan india.teruskan guan eng dalam misi hancurkan syiar Islam Pulau Pinang.

Saturday, August 13, 2011

DATO SS MUFTI PULAU PINANG TEMAN MEMOHON BANTUAN.


MOGA DATO SS MUFTI SIHAT DAN DIRAHMATI ALLAH DI JEDDAH. KAMI POHON PERBETULKAN SEMULA FATWA BERKAITAN LARANGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA KETIKA BACAAN QURAN SEBELUM DAN SELEPAS SUBUH DISELURUH PULAU PINANG AGAR DIPERINCIKAN.