Sunday, August 28, 2011

SIGNAL KHAS MENJELANG SYAWAL DARI PERSATUAN BEKAS PERAJURIT DAN BEKAS POLIS


TEMAN SEDANG MENUNGGU TINDAKAN KHAS DARIPADA BEKAS-BEKANS PEJUANG NEGARA MELAWAN KOMUNIS SEKIRANYA MAT SABU TIDAK MINTA MAAF SECARA TERBUKA ATAU MENARIK SEMULA UCAPANNYA DI TASEK GELUGOR. JIKA MAT SABU BERDEGIL DAN BERTAHAN DENGAN SIKAP EGONYA, APAKAH KANANG DAN JENERAL ZAINI AKAN MELAKUKAN SESUATU KE ATAS MAT SABU. BAGI TEMAN CARI DAP KOMUNIS DULU.MAT SABU UN BERCAKAP ATAS SURUHAN TUAN UTAMANYA DAP.

MAT SABU PELUPA RUPANYA. JAHANAM LAH PAS ADA TIMBALAN PRESIDEN YANG PELUPA

Saya tidak ingat: Mat Sabu ( TAK INGAT /PELUPA/LAYAK DAH BUKA PUASA)

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak mengingati isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 lalu adalah wira negara.

“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 0gos).

“Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang, didakwa berkata, PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dalam tragedi berdarah tersebut sepatutnya diangkat sebagai wira, bukannya 25 anggota polis dan keluarga yang mempertahankan diri semasa serangan di balai polis itu.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British.

“Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu, tapi semua sejarah itu ditutup,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana itu semalam.

Mat Sabu juga didakwa berkata, bekas Presiden Umno, Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar, tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh negara itu adalah pegawai British.

Beliau juga dikatakan berikrar untuk mengubah sejarah kemerdekaan negara sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya kerana sejarah yang tertulis hari ini tidak benar dan hanya memihak kepada Umno


TEMAN: MAT SABU TAKUT DENGAN FILEM BUKIT KEPONG. KENAPA? ATAS ARAHAN DAP , MAT SABU DIMINTA BERCAKAP TENTANG HAL INI. MENGAPA? DAP RISAU KISAH BUKIT KEPONG MENGANGGU RANCANGAN MEREKA KERANA DI DALAM CERITA BERKENAAN TERNYATA KOMUNIS CINA MEMBUNUH POLIS MELAYU. INI BARU CERITA. SELEPAS INI JANGAN TERKEJUT ADA PARTI KIASU AKAN MINTA KERAJAAN TARIK SEMULA FILEM BUKIT KEPONG ATAS DASAR SEMANGAT SATU MALAYSIA.

DAP MELIHAT BAHAWA FILEM BERKENAAN MENJADI PENGHALANG KEMARAAN DAP. MEREKA TAHU BAHAWA ORANG MELAYU MASIH INGAT KEKEJAMAN KOMUNIS YANG SAMA DENGAN DAP DALAM TAHUN 1969

PUTAR ALAM DALAM TULISAN BLOGGER PEMBANGKANG anaksungaiderhaka

PENULISAN AKAL CETEK DARI BLOGGER ANAK SUNGAI DERHAKA YANG MENJADI PENJILAT TEGAR DAP.

satu fakta yang perlu diteliti...kronologi cerita ini..sepertimana ditulis oleh anaksgderhaka

Cuba baca apa yang dicatatkan dalam WikiPedia ini..

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.-WikiPedia

Baca juga apa yang dicatat oleh WikiPedia tentang kemerdekaan Negara kita ini..

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. - WikiPedia

Dari kedua-dua catatan WikiPedia diatas.. Tragedi atau Pertempuran Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Negara kita merdeka, pihak Polis yang diserang oleh Komunis pada ketika itu adalah kakitangan kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu.

Mereka diserang oleh Pasukan Komunis yang pada ketika itu memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.. jadi jelas disini siapa sebenarnya Pejuang Bangsa pada ketika itu, Polis yang berkhidmat untuk penjajah atau Komunis yang berjuang untuk membebaskan Negara ini dari penjajah pada ketika itu?

( APALAH BODH SEJARAH PUNYA BLOGGER. MEMANG A BETUL BUKIT KEPONG TU SEBELUM MERDEKA. ORANG BUKAN SEMBANG PASAL MERDEKA. YANG DIBUALKAN SEKARANG IALAH APAKAH KOMUNIS ITU PEJUANG. HANG KENA FAHAM BAHAWA POLIS BUKIT KEPONG BUKAN POLIS SURUHAN SEPERTI CHIN PENG YANG MENJUARAI MPAJA. MPAJA ITU BETUL KULI BRITISH. KENAPA HANG TAK CERITA PASAL MPAJA DI LATIH BRITISH DAN CHIN PENG IALAH ANAK DIDIK BRITISH.

WAHAI ANAK SG DERHAKA, JANGAN NAK BUAT LAWAK LAGI. SEDARKAH ENGKAU BAHAWA MEMANG TUGAS CHIN PENG NAK HAPUSKAN MELAYU KERANA MELAYU KETIKA ITU ISLAM. ITU SEBAB MAT INDERA KELUAR JADI GURU AGAMA MASUK PARTI BURUH SEBAB DIA DAH TERPENGARUH DENGAN PARTI KOMUNIS.

 KENAPALAH MEREKA YANG MENYOKONG PR NI SEMUA JADI BENGAP.KAU KAJI BALIK PROGRAM PENEMPATAN PERKAMPUNGAN BARU? KENAPA MAT SABU TAK KAITKAN AHMAD BOESTAMAM DARI HALUAN KIRI DALAM CERAMAHNYA? MENGAPA PERLU JADIKAN KOMUNIS WIRA?

KERAJAAN IKTIRAF PEJUANG HALUAN KIRI DENGAN MEMBERIKAN NAMA SEKOLAH DENGAN NAMA AHMAD BOESTAMAM. SILA PI KE SMK AHMAD BOESTAMAM SITIAWAN PERAK. TENGOK DALAM GOOGLE ADA TAK NAMA SEKOLAH INI.SIAPA KATA KERAJAAN TAK IKTIRAF GOLONGAN KIRI?KERAJAAN TAK IKTIRAF PARTI KOMUNIS YANG KEJAM BUNUH MELAYU SAHAJA.

SINGAPURA BUKTI CINA HANYA UNTUK CINA-. PULAU PINANG PUN AKAN MENYAMAINYA

 

TIADA LAGI KAUM INDIA DI SINGAPURA. DI MANA LAUNGAN DEMOKRASI DAN SINGAPURA UNTUK SEMUA KAUM?

Dr Tony Tan Keng Yam dipilih Presiden baru Singapura

28/08/2011 1:21pm

SINGAPURA 28 Ogos – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Tony Tan Keng Yam menjadi presiden ketujuh republik ini, memenangi pertandingan empat penjuru itu dengan 7,269 undi atau perbezaan 0.34 peratus selepas kiraan semula undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yam Ah Mee mengumumkan keputusan itu pada awal pagi ini selepas beliau membenarkan kiraan semula undi berikutan perbezaan jumlah undi antara dua calon utama adalah kurang 2 peratus daripada jumlah undi yang sah.

Keng Yam memperoleh 744,397 atau 35.19 peratus daripada jumlah undi yang sah, manakala Dr Tan Cheng Bock mendapat 737,128 undi atau 34.85 peratus.

Tan Jee Say meraih 529,732 undi atau 25.04 peratus dan Tan Kin Lian mendapat 103,931 undi atau 4.91 peratus.Ini merupakan kali pertama Singapura menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan presiden. Ia juga julung kalinya menyaksikan pertandingan dalam Pilihan Raya Presiden sejak 1993. – Bernama

TEMAN :

SEBELUM INI PRESIDENNYA SEORANG INDIA. SEKARANG SEMUA SEKAUM. SELEPAS INI SAKSIKAN BAGAIMANA DAP MEMASTIKAN KUASA CINA KIASU BERTAPAK DI PULAU PINANG DAN HASILNYA MELAYU AKAN TERPINGGIR. PERSOALAN YANG PERLU DI JAWAB, APAKAH GUAN ENG MULA BERJINAK-JINAK DENGAN BERJAYA GROUP DALAM PEMBANGUNAN HARTANAH DI PULAU PINANG?

DATO ONN RUPANYA PERWIRA. MAT SABU PONDAN DAP. KAU TUNGGU..

PEJUANG PERSILATAN MELAYU
PEJUANG MENYELAMATKAN MELAYU DARI MPAJA DAN PKM. BEGITU JUGA KIYAI SALLEH DAN PEJUANG PERANG SG MANIK.KUMPULAN GAGAK HITAM DI PANGKOR, DARAT BERUBAH MENJADI LAUTAN DI LALUAN KE PASIR PANJANG APABILA CINA KG KOH INGIN MENYERANG PASIR PANJANG SITIAWAN,. SEMUA INI BAKAL BANGKIT KEMBALI . TUNGGU DAN LIHAT WAHAI DAP DAN MAT SABU.
TOK JANGGUT TAK SAMA DENGAN NIK AZIZ DAN SEKUTUNYA YANG MENJADI BALACI DAP
DATO BAHAMAM TIDAK SAMA DENGAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN YANG BERSEKUTU DENGAN DAP

PERANG SG MANIK. PERINGATAN BUAT MAT SABU

 

Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri

Nama-nama seperti 'Tentera Sabil' atau 'Kumpulan Parang Terbang' merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan-pahlawan Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik.

Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Malaya dan menubuhkan negara komunis melakukan banyak kekejaman terhadap orang Melayu dan lain -lain yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu di anggap sebagai tali barut Jepun.

Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama( BERLAKU DI PENANG SEKARANG DAN DI MALAYSIA) dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat. Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza.

Bagi orang Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu. Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman.

AYUH KPM, TULIS SEMULA SEJARAH KIYAI SALLEH DAN PERANG SG MANIK. BIAR MAT SABU DAN DAP TAHU. INILAH SEJARAH YANG PERLU DI PINDA DALAM TEKS SEKARANG DAN BUKANNYA MENGANGKAT KOMUNIS SEBAGAI PEJUANG

SUNGAI MANIK MENGAUM. BERINGAT KAU DAP


TENTERA SABIL SUNGAI MANIK

Dalam sejarah penentangan terhadap Komunis atau Bintang Tiga mahupun Bintang Satu, nama sebuah pasukan iaitu Tentera Sabil Sungai Manik tidak boleh dipisahkan, sekalipun tidak tercatat dalam buku-buku sejarah mahupun pengiktirafan yang diberikan kepada pahlawan-pahlawan Melayu Banjar seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri dan Kiyai Salleh Batu Pahat.
 
Kewujudan Tentera Sabil dan Pasukan Parang Panjang Bengkung Merah telah mengubah senario politik negara ini. Tanpa pasukan ini, mungkin negara tidak seperti sekarang, sekalipun kewujudan mereka tidak diiktiraf. Sebagai contoh, yang membela dan menyelamatkan orang Melayu di Batu Pahat adalah Kiyai Salleh, seorang pahlawan dari suku etnik Melayu Banjar, tetapi yang mendapat nama adalah Onn Jaafar, datuk kepada Hishamuddin Hussein, Menteri KDN sekarang.
 
Tentera Sabil yang masih ramai di Sungai Manik. dan selain Tentera Sabil, terdapat juga JUNDULLAH yang bergerak secara senyap. Pasukan ini pernah datang ke Kampung Medan di Jalan Kelang Lama pada ketika orang Melayu dibunuh oleh orang India, manakala di Kampung Rawa, pasukan yang sama juga turut turun. Bagaimanapun, kedatangan mereka telah berjaya disekat oleh pasukan polis bagi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.
 
Khabar dari Teluk Intan, pasukan berkenaan dikatakan sedang bersiap-siap untuk turun ke Kuala Lumpur. Sama ada dianggap sebagai pasukan pengganas atau pembela, Tentera Sabil telah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu Teluk Intan, Sungai Manik, Cenderung Balai dan kawasan sekitarnya.
 
Pada zaman darurat, mereka bukan sahaja ‘membersihkan’ kawasan tersebut daripada pengganas komunis bermuka Cina tetapi ramai juga tali barut komunis yang terdiri daripada bangsa Melayu yang menemui maut akibat direndam di dalam parit tali air. Bahkan ramai juga yang dipancung dan mayat mereka dicampak ke dalam parit taliair.
 
Dan perlu diingat, Tentera Sabil sangat membenci komunis dan tali barut mereka( BERINGAT MAT SABU)

AL FATIHAH BUAT KIYAI SALLEH PANGLIMA SELEMPANG MERAH

Biodata Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim
Juga dikenali sebagai Salleh Hitam, Salleh K.e.l.i.n.g, Panglima Hitam, Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh dan Pawang Salleh. Lahir di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar. Ketika berumur 13 tahun (setelah tamat sekolah Melayu Jorak) merantau untuk mencari ilmu. Berketurunan Banjar

Begitu berminat dengan ilmu serta mendalami ilmu antaranya dengan Tuan Guru Haji Hussein (belajar agama, Al-Quran), Haji Alias, Haji Adam, Haji Ahmad. Ada juga yang mengatakan beliau pernah berguru dengan Syeikh Fadhil Al-Banten (yang membawa amalan Wirid Khawajakan)

Telah menetap bersama keluarga di Kayu Ara Pasong, Pontian. Mempunyai seorang isteri Esah bte Haji Abdul Rashid.beliau kemudiannya merantau ke Batu Pahat serta berniaga di sana. Beliau juga dikatakan telah menyertai komunis serta mengetahui banyak rahsia sulit komunis dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa. Pernah pada suatu ketika komunis memburunya kerana dikatakan tidak menyerahkan duit kutipan cukai. Sebenarnya beliau tidak pun mengutip cukai berkenaan dan terus pulang ke kampung halamannya. Komunis telah mengepung rumah beliau dan setelah serbuan mereka gagal menemui beliau walau pada ketika itu Kiyai Salleh sememangnya berada di dalam rumah tersebut.

Beliau dikatakan mempunyai kemampuan melembutkan besi serta mempunyai sebilah pedang yang berasal dari keturunan Raja-raja Riau. Beliau kemudiannya diminta mengetuai Persatuan Mahmuddiah bagi memulihkan kembali semangat orang-orang Melayu yang menderita akibat ancaman komunis. Beliau telah melancarkan serangan ke atas dua kawasan komunis di Bukit Simpor dan Batu Putih, Pancor pada 19 April 1945 dengan hanya berbekalkan senjata tradisional Melayu.

Kiyai Salleh kemudiannya mengetuai serangan ke atas kawasan-kawasan komunis antaranya di Air Hitam, Bukit Alam, Bukit Belah, Bakri, Bukit Berdiri, Separap, Bagan dan Batu 6, Air Hitam, Paril Jamil, Bukit Mor, dan Parit Jawa. Mereka telah membunuh semua komunis yang ditemui sehingga menjadikan mereka cukup digeruni komunis.

Amukan Kiyai Salleh di Muar akhirnya dihentikan oleh Dato' Onn Jaafar yang bertindak sebagai pendamai. Ada juga pendapat yang mengatakan Kiyai Salleh menghentikan serangan ke atas Muar setelah ditegah oleh guru beliau, Sheikh Fadhil Al-Bentan. Beliau juga pernah cedera di bahu akibat tembakan komunis ketika serangan di Semerah pada 1 Julai 1945. Terdapat juga pengikut-pengikut beliau yang syahid semasa serangan namun bilangan anggota komunis yang terbunuh dikatakan amat tinggi sehingga 10 lori diperlukan bagi membawa keluar mayat mereka.

Serangan kemudiannya diteruskan di Senggarang serta berjaya menawan 7 orang komunis berbangsa Melayu. Semasa mereka cuba mendapatkan maklumat, mereka kemudiannya diserang kembali oleh komunis menyebabkan kesemua 7 tawanan tersebut berjaya melarikan diri namun kesemua mereka ditemui kemudiannya mati lemas di sebatang sungai.

Selepas Jepun menyerah kalah, komunis bermaharajalela di Batu Pahat. Mereka amat percaya komunis di China akan datang membantu perjuangan mereka di Tanah Melayu. Mereka mengganas serta membunuh semua orang yang disyakimenjadi tali barut Jepun.

Kiyai Salleh kemudiannya menyusun strategi menyerang komunis di Batu Pahat dengan melancarkan serangan dari pelbagai arah. Kiyai Saidi, Kiyai Taha, Kiyai Hanan dan Kiyai Miskam mengetuai serangan dari arah utara Batu Pahat (Muar, Parit Jawa dan Air Hitam)

Dari Selatan (Senggarang dan Pontian) diketuai oleh Kiyai Salleh Kintol manakala dari Timur (Parit Sulong dan Bandan) melancarkan serangan serentak ke atas Batu Pahat. Mereka membunuh semua komunis semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat.

Orang-orang Cina di Batu Pahat amat bimbang tentang keselamatan mereka kemudiannya memberitahu Dato' Onn Jaafar tentang rancangan Kiyai Salleh untuk menyerang mereka. Atas nasihat Dato' Onn, Kiyai Salleh akhirnya membatalkan serangan tersebut.

ISLAM BANGKIT BERJIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH DAP DAN KOMUNIS SERTA SEKUTUNYA

Cerita berkenaan parang terbang  berasal daripada Kiai Salleh@Panglima Salleh@Penghulu Salleh@Salleh Itam (allahyarham) dari mukim 4 Batu Pahat....Beliau berbangsa Banjar. Selain itu ialah ilmu parang panjang Tuan Syeikh Othman menggunakan ayat 4  di atas.

Namun ada perguruan menjadikan ianya salah satu dari 4 tahap. Kalau mengikut kaedah biasa, ayat 4 ini hendaklah diamalkan 4x sahaja dalam sehari. Lebih tak salah! Niat hendaklah dijaga agar tidak memohon khadam atau apa2 yang sewaktu dengannya. Mohonlah menjadi Khadam Allah s.w.t.

Pemakainnya apabila sudah sebati, boleh sahaja di baca 5x sebelum pergi bertempur. Kenapa 5x ? Sebab ada 4 kat kiri kanan depan belakang kita dan termasuk diri kita jadilah 5.

Amallah dengan istiqomah, betulkan niat, Insyaallah orang kebal - rembat je menyembur darah.

Pengamal yang mantap zikir Allah. Allah dihati. Boleh mengaplikasikan jurus ini tanpa ayat. Boleh disertakan dengan Lam Jalalah atau yg lebih tinggi lagi.

Dalam rawatan, mereka yg telah jazam, boleh menggunakannya dalam merawat. Letak telapak tangan anda pada belakang pesakit yg ada gangguan Jin dan larutkan diri sampai terasa kita dah tiada, bila tiada maksudnya tiadalah daya upaya lagi. Menafikan diri yang ada hanyalah ALLAH s.w.t. sambil membaca ayat 4 ini berulang

fakta:

1. Pedang beliau (boleh melentur dan dipakai di pinggang beliau macam tali pinggang) merupakan pemberian seorang tua dari sungai simpang kiri. Ada yang mendakwa pedang tersebut warisan Dato' Bahaman. Wallahualam

2. Beliau mempelajari banyak amalan dan ilmu dari serata tempat. Amalan beliau yang paling terkenal adalah "ayat empat" dan disertai pemakaian "selempang merah".

3. Ayat empat tidak membuatkan mana mana parang mahupun pedang pahlawan banjar, bugis dan jawa di Johor TERBANG namun ianya akan menberikan kesan terhadap pandangan musuh antaranya...
a. Melihat pengamal ayat empat, tinggi setinggi pokok kelapa.
b. Melihat hanya senjata manakala empunya senjata dighaibkan Allah. Disinilah bermulanya kisah parang terbang. Padahal musuh tak nampak pembawa senjata...bukan parang tu terbang sendiri...

4. Ayat empat adalah merupakan ayat perang, ianya panas bila diamalkan oleh penerima ijazah. Disejukkan dengan zikir Ya Latif

5. Selempang merah hanya simbol, psikologi untuk pengamal betapa mudah mudahan, pemakai selempang merah yang telah didoakan itu mendapat perlindungan Allah. Selempang itu cuma kain biasa yang didoakan, moga moga pemakainya dilindungi Allah. Ingat, ianya tidak memberi sebarang kesan. Allah sahaja yang Maha Berkuasa

6. Ayat Empat
a. Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin
b. Wallahu ghalibun alal amrih
c. Ya haiyu ya qaiyum ya ilahana wailaha kulli syain ilahauwahidan la ila hailla anta
d. Ya zaljalali wal ikram

7. Air perangsang (dalam tempayan) para pejuang pada malam hari sebelum serangan akan beramal dengan ayat empat tersebut disertai bacaan surah yaasin, airnya diminum setiap pejuang sebelum dipakaikan selempang merah untuk menguatkan semangat.

8. Pantang setiap pejuang mengambil harta benda musuh mahupun makanan kecuali senjata, tujuan pantang ini untuk mengelakkan mereka gelap mata dan terpesong dari tujuan asal untuk berjuang di jalan Allah.

TUJUAN
tujuan dituliskan kisah ini adalah untuk memberi maklum pada generasi muda betapa ianya masih ada benar2 ada dan masih ada di kalangan orang kita yang mengamalkannya, ianya bukan satu rahsia kerana rahsia adalah haq Allah.

NASIHAT
nasihat kepada golongan muda, carilah payung sebelum hujan. Masih ramai di kalangan orang tua kita yang pendekar. Tak rugi pelajarinya

INGAT
ingatlah betapa jangan sesekali beramal untuk kuat, beramallah setulus hati kerana ALLAH. Dan jangan meninggalkan tabiat buruk atau menghindari berbuat dosa kerana ingin ilmu dan amalan ini menjadi, buatlah kerana ALLAH

SUMBER RUJUKAN :http://gersaka.blogspot.com/2010/10/ayat-4-kiyai-saleh.html

AL FATIHAH BUAT KIYAI SALLEH. MENJELANG AMBANG SYAWAL

KIYAI SALLEH PANGLIMA SELEMPANG MERAH
 
 
 
 ALLAHYARHAM TUAN HAJI KIYAI SALLEH PANGLIMA
BIN KARIM BERSAMA POLIS LAUT DIJOHOR.
 
Pemimpin Tentera Selempang Merah banyak berjasa halang kekejaman askar PKM di Batu Pahat, Johor

 
"SEKIRANYA tiada Panglima Salleh, mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis," demikian ulas penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang kembali sejarah perjuangan Salleh Abdul Karim yang kini semakin dilupakan ramai pihak.

Beliau berkata, jasa Panglima Salleh amat besar malah mungkin setaraf dengan perjuangan tokoh terdahulu seperti Tok Janggut dan Mat Kilau tetapi melewati masa, nama pahlawan itu semakin dilupakan dan tidak mustahil akan hilang dalam catatan sejarah negara, suatu hari nanti.

"Walaupun tidak banyak catatan mengenai perjuangan dan kehidupan beliau yang direkodkan dalam sejarah tanah air, nama Panglima Salleh tetap kekal diingati dan disebarkan menerusi lisan oleh penduduk sekitar Batu Pahat dan Muar.

"Walaupun hampir setengah abad tokoh pahlawan itu meninggal dunia, kisah keperwiraan Panglima Salleh tetap diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya di Johor dan semangat beliau dijadikan teladan buat anak muda hari ini," katanya.

Sememangnya benar berbanding dengan nama pahlawan lain seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Gajah atau Leftenan Adnan, mungkin ramai tidak mengenali siapakah Salleh Abdul Karim yang turut digelar Panglima Salleh.

Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Batu Pahat dan Muar, tokoh itu bangun 'mengamuk' menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.

Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan 'Tentera Selempang Merah' yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati.

"Apa yang mengagumkan saya adalah Panglima Salleh sanggup 'turun padang' untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis, beliau tidak takut mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawanya sendiri demi membela agama dan bangsa," katanya.

Menyedari tidak banyak catatan mengenai jasa dan sejarah kehidupan Panglima Salleh yang direkodkan, Dr Tuah mengambil inisiatif mengkaji seterusnya mengabadikan kisah pejuang itu dalam bukunya 'Membina Jati Diri Gemilang'.

"Riwayat hidup Panglima Salleh bermula apabila beliau dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar pada 1916," kata Dr Tuah seterusnya memulakan kisah perjuangan Panglima Salleh menentang komunis demi membela agama, bangsa dan negara.

Keperwiraan Salleh mula diasuh sejak kecil apabila beliau mula menuntut ilmu kepahlawanan daripada beberapa pendekar di Pagoh antaranya Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad ketika beliau berusia 13 tahun.

Ketika usia mudanya itu, beliau dikenali sebagai seorang yang agak 'nakal'. Ada cakap-cakap mengatakan dia pernah mencuri, bagaimanapun dia menyara hidup dengan menjadi peraih yang mengutip tanaman penduduk kampung untuk dijual di Batu Pahat.

Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupannya lalu beliau berpindah ke Seri Medan yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak.

Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.

Berikutan itu, Salleh dipercayai menerima pelawaan PKM supaya menyertai pihak itu dan beliau diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Salleh juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM.

Bagaimanapun, Salleh tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya beliau bertindak seumpama 'Robin Hood' apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin.

Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan pada suatu malam, segerombolan komunis bertindak mengepung rumah Salleh. Bagaimanapun, ketika menyerbu masuk, mereka gagal menemui kelibat Salleh walaupun dia memang berada di dalam rumah berkenaan.

Mereka mengulangi serbuan selama tujuh malam berturut-turut tetapi masih gagal. Berang dengan kelicikan Salleh menyebabkan komunis memasukkan pemuda itu dalam senarai 'bertanam ubi' iaitu istilah bagi mereka yang akan dihukum bunuh oleh komunis.

Ketika itu PKM mula menunjukkan 'wajah' sebenar mereka. Berita kehilangan penduduk Mukim Empat secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi. Selepas seorang, seorang lagi penduduk dilaporkan hilang secara misteri.

Penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada suku Banjar dan Jawa mula percaya yang kehilangan saudara mereka adalah angkara komunis berikutan mereka enggan tunduk kepada perintah dan arahan pihak terbabit.

Pihak komunis pula mengesyaki penduduk Mukim Empat berpakat dengan tentera Jepun untuk memerangi mereka menyebabkan mereka mula menangkap penduduk yang disyaki seterusnya dihukum bunuh.

Kemelut itu akhirnya menyebabkan penduduk tempatan mula menubuhkan 'Persatuan Muhammadiah' dalam usaha menentang komunis. Penduduk juga mula bangkit membela diri dan pembunuhan balas antara komunis dengan penduduk Mukim Empat semakin memuncak.

Ketika tentera Jepun di ambang kekalahan, komunis semakin bermaharajalela di Johor. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.

Pertemuan Salleh dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri pada petang 4 April 1945 akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam hati sanubarinya.

* Ada dikatakan Kiyai Salleh juga belajar dengan Syeikh Kiyai Haji Fadhil bin Haji Abu Bakar al-Banten (Kiyai Fadhil) ulama' tasauf dan tarikat yang amat masyur ketika itu

Kesedaran tulus itu menyebabkan Salleh mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggang, berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali.

Penyertaan Salleh dalam penentangan terhadap komunis menyebabkan namanya dicalonkan Haji Kadri supaya memimpin Persatuan Muhammadiah selepas pemimpin sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri.

Walaupun pada mulanya ada ahli tidak bersetuju dengan pencalonan Salleh berikutan ‘kenakalan’ tokoh itu ketika muda, akhirnya semua ahli akur untuk menerima Salleh sebagai pemimpin persatuan itu.

Ini berikutan Salleh dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah sikap gagah berani tokoh itu dilihat amat sesuai untuk mengepalai pasukan perang menentang komunis.

Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.

Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar 'Tentera Selempang Merah'. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Batu Pahat dan Muar.

Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.

Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.

Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis.

Lalu pada 15 September 1945, pada satu pertemuan di Tangkak, Muar, akhirnya pemimpin PKM dan Salleh akur untuk mengadakan perdamaian selepas tiga hari berbincang.

Bagaimanapun, perjanjian damai itu akhirnya dikhianati komunis apabila mereka terus melakukan angkara dan membunuh kejam penduduk tempatan terutama apabila Jepun menyerah kalah.

Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan Salleh dan beliau kembali mengumpul pasukan Tentera Selempang Merahnya untuk kembali menentang komunis Bintang Tiga itu. Serangan berterusan dan semakin ramai komunis yang maut di tangan pahlawan itu.

Jasa Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran 'Panglima' kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.

Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.

Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.

Komunis terkejut tubuh tak lut peluru

SELAIN semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang begitu membara, kehebatan Panglima Salleh dipercayai terletak pada kekuatan ilmu batin yang dikuasainya sehingga menyebabkan ramai komunis takut untuk berhadapan dengan tokoh itu.

Pengkaji yang juga penulis novel sejarah, Zaharah Nawawi, berkata berdasarkan kajiannya mengenai sejarah hidup dan perjuangan Panglima Salleh, ramai kenalan atau pihak yang mengenali tokoh itu menceritakan bahawa kekuatan ilmu batinnya menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa perkara luar biasa.

"Mengikut cerita, beliau boleh menjelma seperti kucing, menyelinap masuk ke dalam rumah daripada celah lubang yang kecil malah boleh mengghaibkan dirinya.

"Bagaimanapun, beliau menggunakan ilmu batin yang dikuasainya ke arah kebaikan iaitu dengan memerangi komunis," katanya yang mengabadikan kisah perjuangan Panglima Salleh dalam novelnya 'Panglima Salleh Selempang Merah' yang diterbitkan pada 1988.

Zaharah berkata, kehebatan ilmu batin Panglima Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran.

"Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja.

"Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri," katanya.

Katanya, antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.

Pasukan Panglima Salleh juga dikatakan menggempur komunis dengan menggunakan senjata tradisional seperti parang dan tombak walaupun pengganas itu menggunakan senjata api.

Panglima Salleh sendiri memiliki sebilah pedang luar biasa yang diperoleh beliau di Kampung Tebing Tinggi. Pedang istimewa warisan pusaka Raja Riau itu diberikan seorang lelaki bernama Taib sebagai bayaran tukaran kepada segantang beras yang ingin dibeli Taib daripada Salleh. Pedang itu dikatakan mampu memberi tujuh kesan cantas dengan sekali libasan.

Zaharah berkata, tubuh fizikal Panglima Salleh hanyalah kecil tetapi semangat dan keberaniannya menyebabkan beliau tidak gentar menentang komunis malah turut sama menyertai pertempuran. Panglima Salleh juga dikatakan memiliki kebolehan melentur besi.

Sebelum turun untuk memerangi komunis, Panglima Salleh akan melakukan amal ibadat tertentu antaranya berpuasa, berzikir serta mengamalkan bacaan wirid tertentu malah kaedah persediaan serupa turut dilakukan pengikutnya.

"Sebelum bertempur, Panglima Salleh akan memilih pengikut berasingan mengikut kampung, beliau akan memilih pengikut yang tidak terlalu tua atau terlalu muda dan akan menepuk bahu bagi menguji tahap keberanian pengikut yang ingin menyertainya berperang.

"Selepas itu beliau akan menyuruh pengikut terbabit berkumpul di rumahnya untuk melakukan persediaan dengan beramal ibadat, solat hajat dan menikmati jamuan," katanya.

Seterusnya semua pengikut terbabit akan meminum air dari tempayan yang dijampi Panglima Salleh malah beliau akan memberi secebis kain merah kepada setiap daripada mereka.

"Ramai beranggapan yang Panglima Salleh dan anak muridnya yang menerima cebisan kain itu kebal tetapi mengikut seorang daripada pengikutnya, mereka semua tidak kebal.

* Ada juga diceritakan beliau sendiri turut tercedera dibahu terkena tikaman tombak semasa berperang, ini menunjukan beliau tidaklah kebal sebagaimana yang diwar-warkan, perlu diingat bahawa perkara yang mencarik adat biasa terjadi kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa, jika seseorang itu kejap dan kukuh tauhidnya tulus tawakkalnya kepada Allah memang harus bagi Allah mengurniakan keramat atau maunah kepada hambaNya yang dikehendaki, para pendekar dan hulubalang islam berjuang untuk menegakkan addin atau mati dijalan Allah, syahid matlamat kita dan mereka, bagaimana mungkin pejuang islam menuntut ilmu kebal untuk mengelak diri dari mati, terlebih lagi dari mati syahid dijalan Allah..bagi saya kebalnya dari peluru, tak lut senjata berasal dari kebalnya hati dan iman dari panahan syaitan, itulah kekebalan para pejuang islam. Terkadang Allah mengurniakan kemuliaan atau menzahirkan keramat untuk mengejapkan iman hambanya, inilah rahsia kurniaan ilahi kepada hambaNya yang bertakwa.. kebalnya hati sanubari terzahir di jasad kebal dari senjata. wallahuaklam. (muhibmahbub)

"Panglima Salleh memberi cebisan kain merah dan menjampi air tempayan untuk diminum pengikutnya sebagai permainan psikologi, supaya pengikutnya lebih bersemangat dan yakin ketika bertempur. Mungkin kain merah itu diberi supaya beliau dapat membezakan pengikutnya dengan komunis apabila terkorban," katanya.

PROFIL: Kiyai Salleh Abdul Karim

* Gelaran lain: Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh, Penghulu Salleh, Salleh Hitam, Salleh Keling

* Tahun lahir: 1916

* Tempat lahir: Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor

* Tarikh meninggal: 21 April 1959

* Sumbangan: Tokoh pejuang menentang komunis di Batu Pahat dan Muar, Johor.

PEDANG KIYAI SALLEH
Posted Image
Terkadang Allah mengurniakan kemuliaan atau menzahirkan keramat untuk mengejapkan iman hambanya, inilah rahsia kurniaan ilahi kepada hambaNya yang bertakwa.. kebalnya hati sanubari terzahir di jasad kebal dari senjata. wallahuaklam. (muhibmahbub) "Panglima Salleh memberi cebisan kain merah dan menjampi air tempayan untuk diminum pengikutnya sebagai permainan psikologi, supaya pengikutnya lebih bersemangat dan yakin ketika bertempur. Mungkin kain merah itu diberi supaya beliau dapat membezakan pengikutnya dengan komunis apabila terkorban,"
BANGKIT KEMBALI UNTUK MENGAJAR MUSUH ALLAH

LAGI KOLEKSI MELAYU DI BUNUH KOMUNIS. MENGAPAKAH MAT SABU BERJUANG UNTUK KOMUNIS?

Lebih kurang 3500 nyawa anggota keselamatan kita terkorban samada semasa pertempuran dengan komunis ini ataupun kerana terkena jerangkap samar yang dipasang oleh mereka. Inilah ketuanya. Berapa ramai keluarga perajurit ini yang menderita kerana kehilangan orang yang menjadi harapan kepada keluarga. Berapa banyak air mata yang jatuh ke bumi akibat tindakan ganas komunis ini.
KOLEKSI UMAT

MATLAMAT DAN MOTIVASI PUAK HARAMJADAH KOMUNIS DALAM MISI MENAWAN MALAYSIA
PARTI KOMUNIS MALAYA= PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK ( DAP)

APAKAH MASIH ADA LAGI PEJUANG KOMUNIS DI PAYA TERUBONG PULAU PINANG SEKARANG ?.MUJURLAH KERAJAAN BINA KOMPLEKS POLIS DI PAYA TERUBONG.

LENYAP PERKAMPUNGAN MELAYU DI BAKAR KOMUNIS

Seorang komunis melayu yang dikatakan handal, kebal-mat indra (yang ketiga dari kiri) telah cuba menyerang mukim empat, tetapi kejadian itu tidak berlaku kerana kiyai salleh telah bersedia. Mat indra cuba menyerang pagoh tapi gagal,Kemudian mat indra telah menyerang bukit kepong (tragedy bukit kepong) Gerakan parang panjang dikatakan dihentikan selepas mat indra di tangkap di sri medan Tetapi sebenarnya mereka telah menjadik homeguard dan menggunakan senapang pula. MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS KIYAI SALLEH DAN PARA PEJUANG LAIN

MELAYU DI PANCUNG KOMUNIS

WAJAH PENGKHIANAT SEBENAR YANG MEMBUNUH MELAYU DI BUKIT KEPONG. MAT INDERA ATAU YANG SAMA DENGANNYA IALAH MAT SABU.

CHIN PENG DI JULANG. ASKAR MELAYU DIKATAKAN PETUALANG

KALAU TIDAK KERANA CHIN PENG, TIDAKLAH KAKI PEJUANG INI HANCUR. INI YANG MAT SABU BANGGAKAN. ISLAM DIKATAKAN PETUALANG. KOMUNIS DIJULANG

CHIN PENG SEBENARNYA ASKAR UPAHAN BRITISH UNTUK MEMBUNUH MELAYU

MELALUI MPAJA BRITISH MELATIH DAN MEMBANTU CHIN PENG. SEBAGAI BALASAN CHIN PENG MAHU AMBIL ALHIH NEGARA INI SECARA TERUS LALU MENYERANG BRITISH SEMULA. TEMAN NAK BAGITAHU, SEKIRANYA MPAJA TIDAK MENYERANG BRITISH , MAKA PENYERAHAN KUASA OLEH BRITISH KPADA MPAJA BERJALAN DENGAN BAIK . INI SEBAGAI BALASAN KEPADA MPAJA KERANA MEMBANTU BRITISH MENYERANG JEPUN. APAKAH SEJARAH BOLEH DI TIPU?LIHAT SAHAJA GAMBAR DI ATAS BAGAIMANA BRITISH MENGIKTIRAF MPAJA DAN BINTANG 3. ASKAR MELAYU YANG DIIKTIRAF BRIRISH HANYALAH PASUKAN FORCE 136 YANG TAK SAMPAI ANGGOTANYA SERAMAI 7000 ORANG SEPERI ASKAR CHIN PENG.

PENUBUHAN PAS JUGA ADALAH SAMA DENGAN KES DI ATAS. PAS DIBENAR UNTUK DITUBUHKAN OLEH BRITISH ADALAH UNTUK MEMECAHKAN PERPADUAN MELAYU KETIKA ITU. MAKA PAS DIBENARKAN OLEH BRITISH DITUBUHKAN. BRITISH TAHU BAHAWA PERPECAHAN MELAYU AKAN MEMPERCEPATKAN PENYERAHAN NEGARA INI KEPADA CHIN PENG. MENGAPAKAH SEJARAH INI TIDAK DICERITAKAN OLEH MAT SABU ANJING DAP?MAT SABULAH SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA DAN TALIBARUT BRITISH.
LEBIH 7000 ORANG ANGGOTA KOMUNIS MENDAPAT LATIHAN PENUH DARI BRITISH UNTUK MEMBUNUH MELAYU SECARA SENYAP. APAKAH SABU TAHU?

KENYATAAN CHIN PENG SAMA DENGAN KENYATAAN PEMIMPIN DAP DALAM SETIAP CERAMAH MEREKA.MEMBANGKITKAN ISU MELAYU.
KERAJAAN BERTEGAS TIDAK MEMBENARKAN CHIN PENG YANG MERUPAKAN AGEN BRITISH SEBENAR UNTUK MEMBUNUH MELAYU ATAU MENGURANGKAN JUMLAH MELAYU DI TANAH MELAYU


UMUR CHIN PENG MENINGKAT SENJA. NAMUN PERJUANGANNYA DI BAWA OLEH DAP DAN NGOR KOR HAM ADUN DAP SITIAWAN. CHIN PENG JUGA BERASAL DARI SEBUAH KAMPUNG CINA DI KAMPUNG KOH SITIAWAN.


GERILA KOMUNIS LENGKAP BERSENJATA MEMBUNUH MELAYU

TIBALAH MASANYA MEREKA MENGAJAR MAT SABU SUPAYA TIDAK CELUPAR LAGI.


LAGI ANGGOTA POLIS DIBUNUH KEJAM OLEH KOMUNIS

MAT SABU MANA TAHU HAL INI. DIA BUDAH MENTAH ANJING SURUHAN DAP

PAPARAN MENYAYAT HATI ASKAR MELAYU DIBUNUH KOMUNIS. AYUH BEKAS PERAJURIT BANGKIT CARI MAT SABU

ASKAR MELAYU DISEKSA KEJAM OLEH KOMUNIS. ASKAR MELAYU PERTAHANKAN NEGARA. TIBA-TIBA MAT SABU BOLEH IKTIRAF KOMUNIS. APA LAGI ASKAR MELAYU, BEKAS PERAJURIT KI TA CARI MAT SABU. TAK LAYAK BELIAU BERADA DI MALAYSIA. MA SABU KENA INGAT MAK BAPAK DIA PUN  ASKAR DAN POLIS MELAYU YANG JAGA. DASAR HARAMJADAH PUNYA MAT SABU.

MAT SABU SYIAH ANGGAP NAMA DI BAWAH SEBAGAI PENGKHIANAT


Teman paparkan antara nama yang terkorban dalam peristiwa bukit kepong. Syahidkah mereka ? atau mat indera yang syahid?Apakah mat sabu berani kelurkan kenyataan bahwa mat indera itu mati syahid dalam kes digantung?Mat Lela menurut buku memoir abdullah cd  ada menyatakan bahawa mat indera seorang guru agama dan bersama-sama menyertai parti buruh menentang british? Soalnya sekarang, snouck Hergrounje tu pun lebih alim dari mat indera tetap beliau merupakan yahudi yang merosakkan Islam di Indonesia.

ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN
1. Sergeant 3493 Jamil Bin Mohd Shah

2. Corporal 7068 Mohd Yassin Bin Haji Wahab

3. Lance Corporal 7186 Jidin Bin Omar

4. PC 9136 Hassan Bin Osman

5. PC 5674 Abu Bin Mohd Ali

6. PC 3933 Hamzah Bin Ahmad

7. PC 7862 Abdul Kadir Bin Jusoh

8. PC 8600 Jaafar Bin Hassan

9. PC 7493 Muhammad @ Ahmad Bin Jaafar

10. PC Marine 181 Basiron Bin Adam

11. PC Marine 68 Awang Bin Ali

12. PC Marine 60 Ibrahim Bin Adam

13. EPC 3795 Jaafar Bin Arshad

14. EPC 3475 Mohd Top Bin Lazim


ANGGOTA AP YANG TERKORBAN

1. AP 2130 Samad Bin Yatim

2. AP 1912 Mahmud Bin Saat

3. AP 1925 Ali Bin Akob

4. AP 2127 Othman Bin Yahya

5. AP 2098 Redzuan Bin Alias

KELUARGA POLIS YANG TERKORBAN
1. Fatimah Bin Yaaba (Isteri PC Marine 37 Abu Bakar Daud)

2. Hassan Bin Abu Bakar (Anak PC Marine 37 Abu Bakar Daud)

3. Simah Binti Abu Bakar (Anak PC Marine 37 Abu Bakar Daud)

4. Saadiah (Isteri PC 5674 Abu Bin Mohd Ali)

5. Arafah Binti Yusoff (Isteri PC Marine 60 Ibrahim Bin Adam)

ORANG KAMPUNG YANG TERKORBAN
1. Embong Bin Lazim

2. Bukan muslim


ANGGOTA POLIS YANG CEDERA PARAH

1. PC 7645 Yusof Bin Rono

2. PC 10533 Othman Bin Yusof

3. PC Marine 37 Abu Bakar Bin Daud

4. EPC 3472 Ahmad Bin Khalib

KELUARGA POLIS YANG TERSELAMAT

1. Mariam Binti Ibrahim (Isteri PC 7493 Muhamad Jaafar)

2. Zainun Binti Muhamad (Anak PC 7493 Muhamad Jaafar)

3. Abu Samah Bin Muhamad (Anak PC 7493 Muhamad Jaafar)

4. Jamilah Binti Abu Bakar (Anak PC Marine 37 Abu Bakar Bin Daud)

5. Hussain Bin Abu Bakar (Anak PC Marine 37 Abu Bakar Bin Daud)

6. Fatimah Binti Abdul Manan @ Timah Lawa (Isteri PC 9136 Hassan Bin Othman)

7. Pon Bin Khalid (Isteri PC Marine 88 Awang bin Ali)

8. Fatimah Tuani (Isteri PC 3933 Hamzah Bin Ahmad)

9. Rahimah Binti Ibrahim (Anak PC Marine 60 Ibrahim Adam)

PESANAN TEMAN : SEMUA BEKAS PERAJURIT DAN BEKAS POLIS PI RUMAH MAT SABU BERDEMO DEPAN RUMAH DIA DAN NAK BUAT LEBIH DARIPADA ITU PUN BUATLAH. TEMAN SOKONG. MAT SABU SAMA JUGA KOMUNIS YANG BUNUH MELAYU. TEMAN ULANG KOMUNIS BUNUH MELAYU .