Thursday, October 23, 2014

DAP MAHU PAS BUANG GOLONGAN ULAMAK


DAP Sarawak mahu golongan ulama' disingkirkan dari PAS? Beri amaran awal, jika Ulama' kuasai PAS, maka berakhirlah Pakatan Rakyat?

19 Okt- " Masa depan Pakatan Rakyat Sarawak akan diketahui pada Jun tahun depan apabila PAS mengadakan muktamar pemilihannya, kata Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
Dalam muktamar itu, dijangka berlaku pertarungan mendapatkan tempat antara golongan ulama dan kumpulan progresif.

“Jika kumpulan progesif menang menguasai parti, ia bermakna parti itu tidak akan melaksanakan hudud dan tidak akan condong kepada Umno,” katanya.

“Tetapi jika kumpulan ulama menang menguasai parti, mereka pasti melaksanakan hudud dan bekerja rapat dengan Umno.“Ini inilah senarionya, DAP Sarawak akan tarik diri daripada Pakatan,” kata Chong.

KERAJAAN DAP PR AKUI PERANCANGAN MEREKA PUNCA BANJIR


Exco Kerajaan Tempatan dan Tebatan Banjir Pulau Pinang Chow Kon Yeow menafikan pembangunan pesat di Pulau Pinang adalah punca sering berlakunya banjir di kawasan bandar Georgetown apabila hujan lebat.

Beliau turut menyatakan hanya 111 projek yang diluluskan Pelan Merancang diberikan Permit Pembinaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Beliau turut menyatakan bahawa dari 2000-2007 lebih banyak permit pembinaan diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kerja-kerja memotong lereng bukit untuk tujuan pembangunan boleh menyebabkan berlakunya banjir.

Alasan penafian beliau ini tidak masuk akal langsung. Banjir kilat di kawasan bandar Georgetown semakin kerap berlaku hanya kebelakangan ini setelah 6 tahun DAP menjadi kerajaan di Pulau Pinang. Kawasan yang terlibat dengan banjir kilat juga semakin melebar.

Banjir kilat berlaku kerana masalah perparitan yang tidak dapat menampung jumlah air hujan yang turun untuk mengalir ke sungai dan ke laut. Perlu diingatkan perparitan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan.

Sejak 2008 Kerajaan Pulau Pinang telah gagal merancang pembangunan atau menaiktaraf sistem perparitan sediada yang dapat menampung jumlah pembangunan yang rancak dilaksanakan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga turut menjadi mangsa banjir kerana keengganan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina satu kolam takungan (retention pond) di kawasan berdekatan untuk mengumpul air hujan sebelum dapat disalirkan ke laut. Sistem perparitan sediada tidak dapat mengalirkan air dengan cepat ke laut apabila berlaku hujan lebat.

Kejadian banjir lumpur juga sering berlaku di kawasan-kawasan berhampiran lereng bukit akibat kerja-kerja memotong lereng bukit dan penebangan pokok-pokok tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Walaupun dari segi angka jumlah permit pembinaan yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu lebih tinggi berbanding jumlah yang diluluskan kerajaan sekarang (dalam tempoh 7 tahun), pembinaan terdahulu dilukuskan dengan mengambil kira kemampuan sistem perparitan untuk mengawal dan mencegah banjir yang mencukupi bagi tempoh berkenaan. Permit pembinaan yang dilukuskan selepas 2007 tidak mengambil kira kemampuan sistem perparitan sediada, malah tiada pembinaan parit-parit baru atau kerja-kerja menaiktaraf parit-parit sediada dilaksanakan kerajaan sekarang.

Kelulusan permit pembinaan selepas 2008 hanya menambah beban saliran ke atas kemampuan sistem perparitan sediada yang mengakibatkan berlaku limpahan air dan bajir kilat.

BK : TERBUKTI DAP RAKUS. KESANNYA RAKYAT MENANGGUNG BEBAN BANJIR KILAT .MEREKA PEMIMPIN NEGERI TINGGAL DI SINGGAH SANA MEWAH DAN RUMAH MEREKA TIDAK PUN DILANDA BANJIR KILAT DAN LUMPUR.

PEMBANGUNAN TIDAK TERANCANG BUKTI KERAJAAN DAP PR GAGAL


Dari 2000 -2007 (8 tahun) kerajaan BN Pulau Pinang meluluskan 1272 Permohonan Pelan Kebenaran Merancang.

Dalam tempoh 7 tahun sahaja (Mac 2008 - Oktober 2014) Kerajaan DAP Pulau Pinang telah meluluskan sebanyak 1323 Permohonan Pelan Kebenaran Merancang

BK: BAYANGKAN BETAPA HEBATNYA KERAJAAN PR DAP MEMBANGUNKAN NEGERI DENGAN NILAI KERAKUSAN.KESANNYA NEGERI SERING DILANDA BANJIR