Tuesday, June 18, 2013

PRU 14: PILIHANRAYA KECIL DI DUN TELUK BAHANG?


Datuk Abdul Halim Hussain mengemukakan petisyen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi kawasan yang beliau bertanding, iaitu DUN Teluk Bahang.

Petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Abdul Halim diwakili oleh S.Raveentharan yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.

"Ini (petisyen) satu lagi saluran yang sedang kita gunakan...saya sendiri telah membuat laporan polis dan aduan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tentang salah laku pilihan raya sebelum ini.

"Dalam petisyen ini, saya telah menuntut mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan N40 Teluk Bahang," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Dalam petisyen itu, Abdul Halim mendakwa wujud keraguan, amalan rasuah serta politik wang dalam proses pilihan raya umum di kawasan DUN berkenaan pada 5 Mei lepas.Bercakap pada sidang media yang sama, Raveentharan berkata, pihaknya sudah menerima kos guaman berjumlah RM10,000 daripada Abdul Halim sendiri dan baki selebihnya yang dianggar mencecah RM50,000 akan ditanggung oleh parti anak guamannya, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau, tiga pihak disebut sebagai defenden dalam petisyen itu, iaitu Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (calon Barisan Nasional bagi DUN Teluk Bahang), Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan raya Kawasan Teluk Bahang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

"(Plaintif) tuntut satu deklarasi untuk membatalkan keputusan BN menang berdasarkan keraguan-keraguan serta beberapa faktor lain yang akan dikemukakan semasa prosiding kelak.

"Datuk Abdul Halim secara peribadi telahpun membayar RM10,000 (kos petisyen) dan saya ada resitnya," jelas Raveentharan.13 Mei lepas, 10 calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tewas dalam PRU13 dilaporkan membuat aduan penyelewengan pilihan raya di Kompleks SPRM Pulau Pinang, George Town.
Mereka, Abdul Halim sendiri, Mohd. Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau), Asnah Hashim (DUN Bayan Lepas), Mohd.Tuah Ismail (DUN Pulau Betong), Rosidi Hussain (DUN Penaga), Ahmad Zakiyuddin Abd.Rahman (DUN Pinang Tunggal), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar), Arshad Md. Salleh (DUN Permatang Berangan), Badrul Hisham Shaharin (DUN Sungai Acheh) dan Syed Mikael Rizal Aidid (DUN Bertam).

Mohd. Bakhtiar berada dalam senarai 35 calon oposisi yang membuat petisyen peringkat Parlimen di mahkamah.Manakala, Abdul Halim adalah antara calon Pakatan Rakyat yang membuat petisyen peringkat DUN, iaitu pada 12 Jun lepas.

ULASAN

BK pelik dengan pkr ni satu jer. petisyen pun depa buat, perhimpunan pun depa buat dan cakap sana sini. dah buat petisyen tunggu lawan di mahkamah la. tuduh calon dun teluk bahang yb sahidan tabuq duit dalam kempen. Betui ka atau hang dah buat persepsi . kalau buat pilihanraya kecil pun hang tetap kalah sebab sebelum ini pun hang kalah dah dengan dato dr hilmi. sudahlah orang kalah. rakyat teluk bahang tak suka HALIM BEKAS SPEAKER

PRU 14 : RUMAH URURT LELAKI DAN RUMAH URUT WANITA .KHAS DI SELANGOR


Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

Berhadapan dengan isu yang menjadi peluru BN untuk lima tahun sebelum ini, Teng kini memikirkan pendekatan lembut yang juga kontroversi - pengasingan jantina.

Walaupun idea itu masih di peringkat perbincangan, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki - dan sebaliknya - boleh membendung kejadian pelacuran.

Dengan perkara itu, kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan.

"Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

"Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," katanya

ULASAN AKU :

1. TENG BUAT PENGASINGAN JANTINA. BAGUS. TAPI TUKANG URUT YANG JAMBU JAMBU BOLEH PERCAYA KER JIKA LELAKI YANG MAI TU JENIS BALUN IKUT BELAKANG

2. KAN LEBIH BAIK BUAT URUT KAKI DI KOMPLEKS MEMBELI BELAH SECARA TERBUKA. TAK PERLU BUAT SPA LA, RUMAH URURT LA DAN LAIN LAIN.BAGI OKU (BUTA)YANG KENDALIKAN.ADA JUGALAH KERJA.

3. BETUL KE BOLEH BUAT DAN BOLEH KUATKUASAKAN. KITA TENGOK NANTI.