Wednesday, May 21, 2014

PRK51 : BERITA SEPANJANG PRK BUKIT GELUGOR


ADMIN PAPARKAN SEMUA CATITAN ASAL MELALUI PENULIS LAPANGAN YANG BERTUGAS SETIAP KALI PROGRAM CERAMAH BERLANGSUNG. 

ADMIN TIDAK AKAN MENGUBAH SUAI APA JUA CATITAN YANG DITERIMA DARI LOKASI BAIK DALAM ASPEK TATABAHASA DAN SEBAGAINYA. INI UNTUK MENJAGA KEASLIAN CATITAN YANG DIBUAT OLEH RAKAN RAKAN LAPANGAN .

PRK51 : RAM TUDUH HUAN FITNAHNYA SEBAGAI GAY





Penceramah: Ramkarpal Singh

Wujud banyak isu yang mesti bawa ke Parlimen seperti UMNO, Najib, Mahathir adalah isu besar. Beliau menuduh Huan Cheng Guan cakap dia gay, mengkritik dia main-main bukan serius. Seorang lagi main-main, jatuh di depan kereta Ketua Menteri. Beliau menghormati lawan, tetapi lawannya main-main dan tidak serius.

-Beliau juga memperkenalkan calon DAP Teluk Intan, Dyana Sophia. Beliau menuduh UMNO main isu perkauman. BN main isu perkauman apabila susah. Beliau memberi contoh Apa Cina Mahu dalam Utusan Melayu satu hari selepas PRU. Apa tindakan diambil... Isu video Lingam juga dikatakan.

-Beliau berkata sebelum Mahathir jadi PM, Melayu, Cina dan India tidak ada masalah. Beliau mengkritik Shahrizat mengatakan Dyana sebagai pengkhianat. Apa salahnya. 

-Pakatan Rakyat mempunyai wakil rakyat yang kuat seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Beliau juga cakap bapanya kuat lawan dan pernah dipenjarakan suatu ketika dulu. Beliau mengkritik BN banyak janji dan tidak pernah ditunaikan, banyak tipu. Apa yg dibuat selepas PRU13, GST, beliau mengkritik kerajaan sudah tidak ada duit, oleh itu melaksanakan GST. Beliau menyeru rakyat ubah dengan keluar mengundi pada 525 dan menghantar mesej jangan main-main kepada Najib.



PRK51 : MCA DIKRITIK SEBAGAI PENAKUT - YEOH SOON HIN




Penceramah: Yeoh Soon Hin

-Beliau juga menuduh bahawa terdapat segelintir orang cuba memberi mesej yang salah bahawa orang Pulau Pinang tidak menyokong DAP, dan berita ini disebarkan sampai ke Teluk Intan.

-Beliau mengkritik calon PCM yang berbanding "Hood siapa besar" oleh Datuk Huan Cheng Guan, beliau berkata Huan patut menunjukkan keberanian siapa yang berani untuk cakap Tidak kepada UMNO.

-Beliau mengkritik MCA sebagai parti politik yang 3 besar tidak berani menghantar calon bertanding dalam PRK kali ini. MCA tidak ada Hood. Sekali lagi berulang hanya DAP berani cakap TIDAK kepada UMNO. Malah Ramkarpal Singh adalah serupa dengan Karpal Singh, kerana berani.

-Beliau menceritakan isu kapal yang tenggelam di negara asing, perdana menterinya meletakkan jawatan untuk memikul tanggungjawabnya, tetapi tragedi MH370 berlaku, PM dan Menteri tidak memikul tanggungjawab dan masih lega-lega lagi. 


PRK51 : DAP TETAP TOLAK HUDUD - LYDIA KOK FOOI



LOKASI :DM Taman Paya Terubong

Penceramah: Lydia Ong Kok Fooi

-Beliau berasa sedih atas isu pemimpin yang selalu mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan seperti pendatang, penceroboh dan lain. Beliau juga mengkritik kerajaan yang menukar silibus semasa Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pendidikan sehinggakan dasar yang tidak seimbang dihasilkan. Dengan ideologi BN, kerajaan akan mundur. 

-Beliau berkata rakyat zaman dulu sudah tahu apa dia muhibbah, dan bukannya 1 Malaysia. Jikalau ideologi perkauman diteruskan, maka akan memecah-belahkan rakyat. Ideologi politik DAP adalah Malaysian Malaysia, kesederhanaan dan lain-lain.

-Beliau berkata dia merupakan seorang surirumahtangga, tetapi dengan kes yang berlaku Choo Gait Yap dan beberapa orang kes wanita, beliau sanggup keluar untuk berjuang atas hak wanita.

-Beliau berkata politik yang diceburinya bukan untuk apa, tetapi untuk perjuangan demi rakyat, mereka tidak dapat apa-apa projek pun. 

-Beliau mengatakan DAP menolak Hudud kerana sebuah negara tidak akan mengadakan 2 sistem Penal Code. Beliau mengatakan ini merupakan taktik BN yang cuba mengelirukan. DAP tidak serupa BN, mempunyai wang dan orang yang banyak. DAP hanya ada sokongan rakyat.


PRK51 : BN PENAKUT BERTEMU DAP -GOOI SEONG KIN


LOKASI : DM  Taman Paya Terubong

TARIKH : 20.05.2014 

Penceramah: Gooi Seong Kin

-Beliau mengatakan BN kali ini tidak berani bertanding kerana takut hilang deposit. Walaupun PRK kali ini tidak menjejaskan pemerintahan kerajaan persekutuan, tetapi PRK mempunyai makna yang lain disebabkan ia merupakan satu channel untuk rakyat untuk menguji prestasi kerajaan BN. 

-Rakyat patut memberi sokongan kepada DAP untuk menghantar mesej kepada BN. Kalau tidak berpuas hati dengan BN, patut keluar mengundi kepada DAP. 

-Menyeru rakyat untuk undi dulu sebelum menjalankan kerja harian kerana undi di sini akan menjejaskan kedudukan di Teluk Intan.