Wednesday, October 24, 2012

PASCA E 13 : DRAMA KERAJAAN DAP PULAU PINANG. CAKAP SAMA BIKIN TALAK SAMA



PASCA E13 : WANG AMANAH GAGAL DI URUS DALAM ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI DAP PENANG

Penang Global Tourism Sdn. Bhd. (PGTSB) bertanggungjawab mempromosi dan memasarkan aktiviti pelancongan Pulau Pinang. Penubuhan PGTSB juga bagi menggantikan fungsi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN). Modal yang dibenarkan Syarikat adalah berjumlah RM500,000 dan modal dibayar adalah berjumlah RM100,003 yang keseluruhannya dipegang oleh PDC.

PGTSB merupakan sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan di mana keseluruhan pembiayaan kewangan adalah daripada Akaun Amanah Jawatankuasa Induk Industri Pelancongan (JIIP) Negeri Pulau Pinang.Pendapatan utama PGTSB adalah bantuan geran daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Wang Amanah Jawatankuasa Induk Industri Pelancongan. Bantuan geran Syarikat yang diterima pada tahun 2009 adalah berjumlah RM3.47 juta, RM2.75 juta pada tahun 2010 dan RM6 juta pada tahun 2011.

Keuntungan PGTSB pada tahun 2009 adalah berjumlah RM0.79 juta dan kerugian berjumlah RM1.88 juta pada tahun 2010. Manakala kerugian terkumpul PGTSB sehingga tahun 2010 adalah berjumlah RM1.09 juta.Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mei dan September 2011 mendapati pada umumnya prestasi kewangan Syarikat adalah tidak memuaskan.

Pada bulan Mei 2011, PGTSB telah melancarkan laman sesawang PGTSB bagi tujuan promosi dengan kos berjumlah RM30,800. Pelancaran laman sesawang adalah seiring dengan pelancaran kempen pelancongan My Penang My Experience yang dilancar di Singapura pada bulan Mei 2011. Pengguna dijangka dapat mengenali Pulau Pinang melalui budaya, lokasimenarik, aktiviti sukan, pusat membeli belah, pusat makanan, perubatan yang ditawarkan dan sebagainya melalui sesawang ini.

Berdasarkan dokumen sebut harga, syarikat pembekal bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat untuk dimuat naik dalam laman sesawang selama tempoh 2 bulan dari tarikh laman sesawang dibangunkan. Bagaimanapun pihak Audit tidak dapat memastikan tarikh sebenar pelantikan syarikat pembekal kerana dokumen berkaitan pelantikan dan perjanjian tidak dapatdiserahkan semasa pengauditan.

KESIMPULAN BK

1. SUMBER WANG AKAUN MANAH INI DATANG DARI MANA?
2. BUKANKAH INI WANG AMANAH RAKYAT?

3.KESELURUHAN WANG DARI AKAUN AMANAH YANG TELAH DIKELUARKAN UNTUK 3 TAHUN ( 2009 HINGGA 2011) IALAH RM 12.22 JUTA. GILER PUNYA DUAN ENG....

4.APAKAH KERAJAAN DAP PENANG TELAH CUAI DALAM PENGURUSAN WANG AMANAH YANG MELIBATKAN JUMLAH DI ATAS?

5. RM 12.22 JUTA TELAH DIBELANJAKAN DAN PGTSB TERUS MENGALAMI KERUGIAN BERJUMLAH RM 1.88 JUTA.