Tuesday, July 24, 2012

PASCA E 13 : DATO LAJIM SERAH BORANG PAS?


PENYATAAN HASRAT MENYERTAI PAS.

LAJIM LEBIH BERMINAT JOIN PAS DARI PKR

Surat peletakan jawatan Lajim sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama beliau ialah  tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya bakal meninggalkan UMNO dan BN

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort. DSP  Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Khabarnya Bung Mukhtar pun ada ura ura nak join sekali. ishhhh biaq betui. apa shafie apdal buat ni ?

PASCA E13 : ABDULLAH KHAIRI TIDAK BERSALAH. 3 PEMFITNAH UMNO MINTA MAAF PADA BAIKALANI

BAIKALANI PENGERUSI MASJID TAMAN GUAR PERAHU MERANGKAP SOLDADU PAS YANG SEDANG SELALU BERTAZKIRAH WAKTU TARAWIKH. HENTAM KERAJAAN CUKUP BAGUIH. DIA TERLUPA MASA DIA DI BALIK PULAU DULU. I KNOW U USTAZ. INSAFLAH. UST NAK JADI CALON PAS DI SIK PI LA. JGN DOK ASYIK BALUN ORANG JER USTAZ.


LAPORAN HURU HARAKAH

Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakon utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun (gambar) akhirnya tampil memohon maaf.

Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.

Akibat fitnah 'pelakon' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.

"Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

"Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
jahat berkenaan, " tambahnya.

Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.

Menurut Ustaz Bakar (gambar) lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti.

Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan.

Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.

Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.

Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas.

BK NAK TANYA SIAPA YANG 3 ORANG TU. KEMUKAKAN NAMA DAN BETULKAH YANG TIGA ORANG NI YANG HANTAR MEMO DAN SURAT PADA JAIPP SEBELUM INI?


APAKAH OMAR MOHAMAD ATAU SOBRI SAFAR ?BETULKAH MEREKA YANG MENGADAP BAIKALANI NAK MEMOHON MAAF DI SEBABKAN MEREKA TELAH MEMFITNAH CIKGU ABDULLAH KHAIRI?