Tuesday, August 12, 2014

RAFIZI MEROYAN LAGI SALAHKAN UMNO YANG ADA 12 KERUSI SAHAJA




Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Umno dan BN pernah menggunakan pendekatan berkenaan pada 1977 di Kelantan apabila mengisytiharkan darurat dan merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS.

“Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan. Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri. Ia pernah berlaku sebelum ini.

BK : UMNO 12 KERUSI NAK RAMPAS LAGI KE PIJI . MEROYAN SUNGGUH LA.

HJ HADI TOLAK JIJAH. APAKAH AZMIN BAKAL MB?




Timbalan Presiden PKR Azmin Ali masih berpeluang menjadi menteri besar baru Selangor walaupun partinya mencalonkan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Peluang Azmin, pengkritik awal pentadbiran Khalid, dilihat masih terbuka untuk mendapatkan sokongan PAS untuk ke jawatan itu.

Ini ekoran pendedahan bahawa PAS sedia menarik balik sokongan kepada Khalid tetapi meminta nama baru sebagai calon penggantinya.


PAS bagaimanapun difahamkan mahu PKR mencalonkan nama lain untuk mengisi jawatan itu dan bukannya Azizah.

Keputusan itu bagaimanapun belum mengambil kira perkembangan hari ini, di mana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Khalid untuk kekal di jawatannya.

PAS hanya akan membuat kata putus selepas mesyuarat jawatankuasa pusat untuk memuktamadkan pendirian mereka.

Keadaan itu sekali gus meletakkan tekanan di bahu PKR untuk mengemukakan nama baru untuk pertimbangan rakan komponen Pakatan Rakyat.

 

APAKAH PAS AKAN BUAT U TURN 13 OGOS INI ???



Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor.

"Pertemuan itu berlangsung lebih kurang satu jam. Ya kita bincang isu MB Selangor" katanya kepada Harakahdaily sambil menambah tidak boleh mendedahkan butir perbincangan tersebut.

Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini.

"DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi.

Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini.

Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.-hd 

PANDANGAN DR ZAHARUDDIN

EXCO SELANGOR MANA YANG BAKAL DIGUGURKAN




Abdul Khalid Ibrahim tiba di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk menemui barisan Exco untuk membincangkan kesediaaan mereka menyokong dan bekerjasama dengan beliau.

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Elizabeth Wong dan Dr. Ahmad Yunus Hairi antara Exco terawal yang dipercayai menemui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini.

Chang Khim yang merupakan ADUN Sungai Pinang tiba di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 8 pagi disusuli Elizabeth (ADU Bukit Lanjan) tiba pada pukul 10 pagi dan Ahmad Yunus (ADUN Sijangkang) 20 minit kemudian.

Chang Kim dari DAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Elizabeth (DAP) adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor manakala Ahmad Yunus (Pas) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Abdul Khalid Ibrahim dijadual menemui barisan Exco bagi membincangkan kesediaan mereka menyokong dan bekerjasama dengan beliau.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor itu tiba di lobi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah tepat pukul 9.30 pagi, setengah sejam sebelum pertemuan itu bermula.

Kemunculan Abdul Khalid disambut oleh sebilangan besar mengamal media yang berada di lobi sejak awal pagi lagi.

PAS TETAP TOLAK JIJAH JADI MB




PETALING JAYA: PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang has asked PKR de-facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to furnish another name for the post of Selangor Mentri Besar, sources claim. 

Hadi is believed to have told Anwar at a meeting in Terengganu on Monday that his party was not agreeable to the candidacy of PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Harakah Daily, PAS’ news organ, quoted party secretary-general Datuk Mustafa Ali as saying that the meeting took place for an hour. 

Mustafa however declined to elaborate on the details of the discussion. 

Also present at the meeting held at a hotel in Kuala Ibai, according to Harakah Daily, were Hadi’s political secretary Dr Ahmad Samsuri Mokhtar and PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution. 

Pakatan Rakyat is currently in limbo as the Mentri Besar crisis plays out. 

While PKR and DAP are agreeable to the removal of Tan Sri Khalid Ibrahim from his post, PAS has announced that it will make a final decision on the issue at a meeting on Aug 17. 

A source said that PAS would not oppose PKR nominating Wan Azizah for the top post but wanted an alternate candidate named. 

“PAS is open to (PKR deputy president) Azmin Ali or (PKR’s Ijok assemblyman) Dr Idris Ahmad as Menteri Besar,” he said. 

The source said that negotiations between PKR and PAS for the Selangor Menteri Besar post have broken down.