Thursday, September 18, 2014

MUKTAMAR PAS YANG LESU DAN SEJUK




WAN NORDIN WAN YAACOB | 16 September 2014. 

MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia berlangsung di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi bermula hari ini dengan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ucapan dasar Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat bertemakan ' Memperkukuh Muafakat' bermula agak sejuk. 

Dalam suasana 'politik yang panas' hari ini berikutan isu krisis pelantikan Menteri Besar Selangor, ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Pemuda seolah-olah disambut sepi oleh perwakilan, termasuk kurangnya sahutan laungan takbir ketika bekas Ketua Pemuda PAS Johor ini meninggikan nada pada beberapa 'point' penting dalam ucapannya. 

Sepintas lalu ucapan dasar ketua pemuda pada muktamar kali ini bagaikan 'bercakap depan mayat' yang tiada lagi gerak gentanya. Sekian lama muktamar dihiasi dengan laungan takbir dan laungan sorak apabila beberapa point penting ditekankan ketua-ketua pemuda, namun kali ini bagaikan sepi tak bersahut. 

Muktamirin bagai memerhati sahaja tingkah ketua pemuda yang 'bersemangat' membuka silat pencak bagi membungkam sepi muktamirin, hatta ketika Suhaizan bercakap mengenai jihad di Palestin dengan mengalukan kehadiran wakil Hamas ke Muktamar Pemuda PAS ke-55 ini. 

Entah ke mana wajah-wajah segar para perwakilan yang sebelum ini cukup agresif dalam menatari setiap bait kata ucapan dasar ketua pemuda, kali ini bagai bermain dalam halusinasi yang tidak berkesudahan. 

Mungkin leteran luar daripada pengkritik yang mendakwa bahawa bibit perpecahan semakin ketara di dalam saf kini menjadi satu lagi bayangan keabsahan yang tidak boleh tertolak. 

Laungan isu, laungan kata semangat dan pugaran isu untuk menongkah kejahatan Umno-BN langsung tidak bersahut.Suara bentak Suhaizan bagaikan tidak mampu membuka minda perwakilan yang ketika ini mungkin sedang berteka-teki kemana haluan sebenarnya Pemuda PAS selepas ini. 

Mungkin sekali kesan isu krisis MB Selangor dengan pendedahan 'jahat' ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung inti pertemuan tertutup Pemuda Pakatan Rakyat akhirnya menjadi asas kepada perwakilan untuk menutup semangat sebenar muktamar. 

Di peringkat awal ini, muktamar bagaikan dilanggar garuda, sunyi sepi dan tiada bernyawa, bagaimanapun ramai yang berpandangan di peringkat perbahasan nanti bakal berlaku 'kegoncangan' yang dahsyat termasuk isu-isu membabitkan kepimpinan dua hala. 



HJ HADI : AHLI PAS JADI MABUK SEBAB TAHALUF SIYASI?





Tahaluf siyasi yang dijalinkan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) mampu menjadikan ahli parti Islam itu "mabuk" akibat bertelagah sesama sendiri dan cuba memecahbelahkan PAS, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini, Hadi berkata, tahaluf yang dianjurkan mereka melalui kerjasama politik dalam pakatan pembangkang itu seharusnya digunakan untuk mengukuhkan parti. 

"Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. 


Katanya, rakan tahaluf mereka tidak seharusnya mengkhianati PAS kerana parti itu sentiasa menjaga hubungan kerjasama mereka tanpa gagal. 

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini," katanya. 


PAROKKKK PUAK PAS NI MAIN DENGE FITNOH SELALU



Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan. 

Ketua Pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas. 

Menurut Akhbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kerana kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla. 

Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor. 

Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri. 

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut