Monday, July 2, 2012

PASCA E 13 : TUNTUTAN SMK ( C) JIT SIN -MANA JANJI LIM GUAN ENG DAP

Tanah telah pun diratakan. Permit kebenaran telah pun diberikan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pelajaran Malaysia

Kaum Cina mengharapkan sesuatu dari kerajaan BN dalam hal pembinaan sekolah ini, namun mereka tidak mengetahui bahawa lim guan eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menganggung sepenuhnya pembinaan sekolah ini

tanah pembinaan sekolah telah pun diratakan. dah hampir 6 bulan tanpa ada sebarang perubahan. temubual yang dibuat dengan beberapa orang pimpinan kaum cina tempatan menyatakan kerajaan perlu membantu pembinaan sekolah ini kerana guan eng jelas berbohong kepada kaum cina seberang perai selatan.

Penang BN and SMJK Jit Sin School Board meeting with Deputy Prime Minister
mesyuarat ahli lembaga pengarah bersama TPM sebelum pembinaan sekolah ini.

Lim Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang hanya mampu memberi rm 100 000 sebagai dana awal kepada pembinaan SMK C Jit Sin cawangan seberang perai selatan.Sumbangan yang diberikan ini amat memalukan DAP kerana sebelum ini beliau pernah mencabar kerajaan supaya memberi permit kebenaran untuk membina sekolah tersebut.Sekiranya kerajaan memberi permit sekolah berkenaan, maka beliau akan membiayai sepenuhnya pembinaan sekolah tersebut.

Berdasarkan hakikat sedemikian, Parti Gerakan dan MCA tidak menghiraukan permainan politik DAP yang menyatakan BN tidak mahu membantu pembinaan sekolah tersebut . DAP harus ingat mereka yang berjanji dan mencabar kerajaan untuk memberi permit sekolah berkenaan. sekarang permit sekolah berkenaan telah pun diberikan oleh kerajaan BN, namun yang membohong kaum cina Pulau Pinang ialah guan eng dan DAP sendiri.

Guan eng lebih suka bermain politik kerana mereka tahu kaum cina amat sensitif dengan isu pendidikan. Justeru, seluruh kaum cina Pulau Pinang perlu sedar bahawa dap yang pro kapitalis tidak menghiraukan kepentingan pendidikan cina. sebagai pengetahuan, sebelum ini Perdana Menteri pernah memberi bantuan RM 15 juta pada september 2011 untuk sekolah sekolah tersebut :

SMJK Chung Ling Butterworth,
SMJK Jit Sin,
SMJK Chung Ling,
SMJK Heng Ee,
SMJK Phor Tay,
SMJK Perempuan Cina,
SMJK Union,
SMJK Convent Dato Keramat,
SMJK Chung Hwa Confucian,
SMJK Sacred Heart, Chung Ling (Private) High School,
Jit Sin Independent High School,
Penang Chinese Girls High School (Private),
Phor Tay (Private) High School dan
Han Chiang High School.

Wang tersebut diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).