Monday, January 19, 2015

TAPIS FILEM BERMULA DARI SKRIP



Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad mahu penapisan filem dan drama secara menyeluruh bermula dari peringkat skrip, supaya umat Islam tidak terpengaruh budaya asing. – Gambar Facebook, 18 Januari, 2015.


Selepas isu kontroversi K-pop membabitkan gadis Melayu di sebuah konsert baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri mahu penguatkuasaan penapisan filem dan drama dimulakan daripada skrip.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini, beliau berkata ‎adegan "peluk dan cium" membabitkan artis Korea Selatan dan gadis Melayu dalam sebuah konsert baru-baru ini secara jelas membuktikan budaya Melayu dan Islam dicerobohi budaya Barat dan Timur.

"Lembaga penapisan akan menapis cuma saya tidak boleh menjangkakan adanya proses tersebut," katanya kepada edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia itu.

"Maknanya kalau ada proses tersebut, tiada masalah, bukan kita mahu filem itu ditapis selepas ia disiapkan, namun ia perlu ditapis daripada pihak penerbit dan pengarah melalui skrip lagi."

Beliau memberi contoh filem arahan pengarah dari Libya, Omar Mukhtar yang disifatkan mempunyai kandungan baik dan pengajaran yang tinggi.

"Cuba kita tengok filem Omar Mukhtar, berapa juta orang tengok tiada masalah pun. Jadi isi filem itu sendiri perlulah menekankan perkara-perkara yang baik dan penting dan perlu ada batasan-batasannya," katanya.

HARAKAH MERUNDUM . APA SUDAH JADI ?