Friday, May 11, 2012

PASCA E 13 : PEMUDA PAS CAKAP MUNAFIK PASAL LESBIAN . MAI BACA

"Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara. Ketua pergerakan itu Nasruddin Hassan berkata, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin.

Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.

Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa pejuang hak homoseksualiti itu akan mengadakan pertemuan dengan peminat di sebuah kedai buku di Petaling Jaya pada 12 Mei.

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.

"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini," kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan.

Manji, 44, sebelum ini menerima tentangan hebat daripada kumpulan Islam di Indonesia sehingga menyebabkan tiga program diskusi dan promosi buku berkenaan di negara itu dibatalkan.

Media Indonesia melaporkan, salah satu program berkenaan di Gedung Salihara Jakarta terpaksa dibatalkan separuh jalan Jumaat lalu apabila diserbu ratusan kumpulan pendesak daripada Front Pembela Islam yang mahu ia dihentikan.

Bimbang kejadian berulang, dua lagi program sama di Yogyakarta semalam, masing-masing di di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga dan Universitas Gadjah Mada turut dibatalkan.

Kampus berkenaan bertindak demikian susulan desakan serupa daripada kumpulan siswa Kelompok Rohani Islam.

Bagaimanapun, satu program Manji di Walisongo Islamic State University di Satilaga pada Selasa berlangsung dengan aman, menurut laporan.

Dari Malaysiakini"

PAS SOKONG LGBT.CAKAP MACAM JAMBAN LA

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan.

Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak...

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan.
Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak yang besar seperti parti politik atau kerajaan, bukannya daripada seorang individu.
“Saya mewakili pemimpin-pemimpin Pas merasakan tidak perlu melayan pandangan individu. Saya hanya akan melayan pandangan kerajaan dan pihak-pihak yang kita anggap besar.
“Pandangan yang kecil-kecilan ini kita tidak perlu dengar," katanya kepada pemberita pada Program Santai BBQ Bersama Presiden Pas di sini hari ini.

BK : SEBUT PAS JER JANGAN PERCAYA GOLONGAN MUNAFIK

PASCA E 13 : PAS DILUDAH TERUK OLEH DAP.


DAP anggap PAS tiada hak cakap bagi pihak pakatan pembangkang isu hudud
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap ( HJ HADI AKAN JADI PRESIDEN BISU)bagi pihak pakatan pembangkang dengan menyatakan pembangkang akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah negara.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, Hadi memang selalu berdolak-dalik ( DAP KATA HADI MUNAFIK LA TU ) dengan membuat kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi.

“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi.

“Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan( DENGAN KATA LAIN DAP INTA HJ HADI BERHENTI DARI JADI AHLI POLITIK LA ) dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Karpal juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan ( PAS KATA OK )di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akhbar semalam melaporkan Hadi sebagai berkata jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan. Beliau juga mendakwa ia sudah dibincangkan dengan DAP dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh sekutunya itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dan bimbang kerana undang-undang hudud tidak membabitkan bukan Islam ( BERANI PAS LAWAN MURSYIDUL AM DAP TU ).

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi mengenai masalah pengangguran dan kemiskinan di Malaysia.

Beliau berkata, masalah pengangguran dan kemiskinan tidak ada kaitan untuk menangguhkan hukum hudud ( ALASAN DANGKAL PAS )kerana rakyat tidak menghadapi kebuluran sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencuri untuk hidup kerana sumber rezeki amat luas di Malaysia.

Katanya, kebanyakan kes mencuri di Malaysia berlaku atas keinginan pelaku untuk hidup mewah dan mengikut nafsu, manakala kebanyakan masalah pengangguran berpunca daripada sikap malas berusaha dan memilih kerja.

“Tidak ada halangan untuk PAS melaksanakan hukum hudud. Dalam soal ini, tidak perlu berdolak-dalih, seolah-olah sengaja hendak meraih undi,” katanya.

Seorang lagi pengamal undang-undang syariah, Mohamad Isa Abd Ralip, menyifatkan kenyataan Hadi tidak berasas sama sekali kerana Malaysia negara yang makmur sehingga dijadikan lubuk emas oleh ramai pendatang asing.

BK : HUDUD ISLAM TAK KAN DILAKSANAKAN OLEH PAS. YANG ADA DOK BISING LA NI IALAH HUDUD PAS.