Friday, February 28, 2014

SUARA KEADILAN DI SAMAN AZMIN ALI ??


"PKR menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti isu saman yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ke atas akhbar parti itu, Suara Keadilan."


"Kami sudah tubuhkan jawatankuasa lima orang untuk kemudiaannya berjumpa dengan pasukan SK bagi mendapatkan fakta latar belakang kes dan mendengar pandangan mereka."-Saipuden Nasution

BK : AZMIN DAH CUAK DENGAN TINDAKAN DAN CARA KERJA SUARA KEADILAN YANG ASYIK MELEMPAR TUDUHAN DARIPADA MENGUTARAKAN BERITA BENAR.

KHALID BUAT ANWAR MATI AKAI????


Photo: Looks like Khalid is a better chess player..

BK : MUDAH SAHAJA. ISU AIR ISU RAKYAT DAN ISU WAJIB. INI BUKAN ISU POLITIK. PKR DAN PR SAHAJA YANG MEMPOLITKKKAN ISU WAJIB UNTUK RAKYAT. AIR ADALAH KEPERLUAN WAJIB DAN BUKANNYA SUNAT. 

TIDAK BOLEH BERTANGGUH DALAM URUSAN WAJIB RAKYAT. KELEMAHAN PR DALAM HAL INI KERANA MEREKA MELIHAT SENTIMEN POLITIK MENDAHULUI KEWAJIBAN KEPADA RAKYAT.

Thursday, February 27, 2014

HOTT!!! JANGAN PERBUDAKKAN HJ HADI. PAS AKAN LAWAN PKR



APAKAH MAT SABU BAKAL MEMANGKU JAWATAN PRESIDEN? SIAPA MAIN SIAPA?



Pimpinan PKR akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah. 

Kes saman fitnah ini adalah apabila Hadi Awang diarah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin. 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman ini tidak perlu diteruskan. 

“Namun sdr Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Katanya kes itu tidak perlu diteruskan demi kebaikan dan kesepakatan bersama dalam Pakatan Rakyat.


KENYATAAN NASRUDIN TANTAWI

Pihak yang menyaman jangan tarik balik saman tersebut. Malah tidak perlu sesiapa menasihatinya untuk tarik balik walaupun atas nama untuk menjaga hubung baik Pakatan Rakyat kerana segalanya sudah terlambat. Kalau nak nasihat sepatutnya sebelum saman. Kalau nak tarik balik sepatutnya sebelum maruah Tuan Guru Presiden dicalar. Kini adalah masa Tuan Guru Presiden buktikan beliau dipihak yang benar. Kenyataan beliau berasas. Tindakan beliau adalah wajar. Kini dunia sedang menanti dengan penuh debaran untuk mengetahui keadaan sebenar. 

Jangan jadikan "Penghakiman Ingkar" itu sebagai keputusan muktamad kerana ia hanya penghakiman separuh jalan. Kebenaran bukan boleh dibeli dan dibayar dengan RM2 juta. Biarpun RM10 juta, tanpa bukti kukuh dan saksi benar, kebenaran tidak akan tersingkap. Bukti mestilah dikemukakan. Saksi mestilah ditampilkan. Saya harap pihak peguam PAS berjaya mengenepikan "Penghakiman Ingkar" itu untuk membolehkan proses perbicaraan berlangsung seperti biasa dan kita semua akan dapat mengikuti dan mengetahui dengan jelas proses perbicaraan sebelum keputusan salah benar dimuktamadkan oleh mahkamah.


BK : PAS MAHU LAWAN SECARA ANAK JANTAN. JANGAN PERLEKEH TN GURU PRESIDEN . KIH KIH 

BUKAN BUMI TETAP TERKAYA DI MALAYSIA.KONGSILAH......





Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow. 

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas. 

Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari. 

Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu. 

Tempat keempat dalam senarai terkaya ialah Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini. 

Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang jatuh ke tempat keenam. 

Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu. 

Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lepas. 

Ketua Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan. 

Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion. 

Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion. 

Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini. 

Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81 usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya kekal di atas secara berterusan. 

Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus. 

Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 Teratas dengan RM543.74 juta. 

Tuesday, February 25, 2014

TANPA TAULIAH PUN ANWAR BOLEH BAGI KULIAH



 


JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini sudah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di dalam Selangor tanpa tauliah atau beliau akan ditahan. 

MAIS dan JAIS menyekat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah. 

Anwar kini sedang dalam rangka program turun padang dan menemui penduduk Kajang kerana beliau sudah diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan. 

MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di masjid atau surau di Selangor pada hari pertama kempen. 

Bagaimanapun keligatan Anwar untuk menemui penduduk Kajang dalam suasana masjid atau surau tidak boleh dihalang kerana beliau sedar itu merupakan antara satu lokasi yang hati pengundi terutamanya warga Melayu dan beragama Islam. 

Anwar pasti mahu memberi gambaran beliau sebagai seorang tokoh versatile yang mampu memberikan ucapan, ceramah serta tazkirah tidak kira atas apa isu dalam apa bidang sekalipun termasuk bidang agama. 

Anwar dalam laman Facebooknya memuatnaik gambar beliau sedang memberikan tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras. 

Menurut jurucakap Jais, jika terdapat ada pelanggaran peraturan atau Anwar memberikan tazkirah di masjid atau surau tanpa tauliah, pihak Jais akan mengambil tindakan.

BK : ANWAR MANA TAHU NAK HORMAT UNDANG UNDANG. KALU TAHU TAK KAN LAH DIA DI TUDUH LALU PINTU BELAKANG DALAM SEGALA HAL

Monday, February 24, 2014

DISEBALIK SUARA GURU MALAYSIA......


Guru-guru yang membantah pelaksanaan Penilaian Sistem Berasaskan Sekolah (PBS) akan menghantar memorandum kepada perdana menteri menuntut ia dimansuhkan serta-merta, kata pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Menurut Izzat, pihaknya setakat ini berjaya mendapat tandatangan lebih 500 orang guru yang menyokong pemansuhan tersebut.

"Hari ini saya secara rasminya akan menghantar memorandum dengan pelbagai cara supaya ia segera sampai kepada perdana menteri Malaysia," katanya dalam sidang media yang dinamakan 'Himpunan 222' di Bangi petang ini.

Menurut Izzat, beliau tidak akan teragak-agak untuk memanjangkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya tiada sebarang respons daripada Datuk Seri Najib Razak selepas memorandum itu dihantar kepadanya.

"Kita memberi tempoh seminggu sebelum kami jawatankuasa SGMM menghantar memorandum terus kepada Istana Negara," katanya lagi.

Jelasnya, tindakan tersebut didorong oleh pertemuan dengan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang tidak membawa sebarang hasil.

Lebih mengecewakan katanya, beliau menerima arahan agar ditukarkan tempat bekerja selepas pertemuan itu.

"Datuk Seri Idris Jusoh minta (saya) bersabar (tetapi) lima jenis pegawai datang berjumpa saya selepas saya berjumpa beliau.

"Apa yang terjadi pada saya? Ditukarkan serta-merta," katanya.

Katanya lagi, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching pula mengeluarkan kenyataan mengelirukan apabila memberi maklum balas kepada satu kenyataan yang tidak pernah dibuat pihaknya.

"Dia kata kami desak tangguh PBS supaya diganti dengan sistem matrikulasi," kata Izzat.

Pelaksanaan PBS dibantah sebilangan guru kerana didakwa mengganggu tugas pengajaran dan pembelajaran guru kerana dibebankan dengan tugas perkeranian untuk memasukkan data penilaian murid-murid.

BK : DI MANA NUTP DAN KGMBB. YANG DOK SEBELAH KANAN KIRI CIKGU MD NOOR TU SEMUA PAS DAN PKR. INI SUARA PR NAMANYA. APAKAH GURU MALAYSIA SEMUANYA PENYOKONG TEGAR PR

YANG KPM PUN SATU. BILA NGOS PRO KERAJAAN TEGUR HANGPA DUK DIAM. BILA BGOS PRO PR TEGUR CEPAT CEPAT BAGI KEPUTUSAN TANGGUH. PORAHHHH

KENALI ANWAR IBRAHIM DALAM KONTEKS SAHABAT BELIAU





Kesimpulannya, terdapat kesilapan pemikiran yang jelas oleh DSAI yang perlu diperbetulkan. Ada 

kemungkinan DSAI tidak mempunyai kelengkapan Islam yang mencukupi sebelum mentelaah buku-

buku pemikiran yang ditulis oleh Barat dan orientalis sehingga wujud seolah-olah satu direct 

endorsment pemikiran Barat di dalam pemikiran DSAI. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada 

beliau dengan menarik balik ucapan ini. Dan semoga ada golongan ulama dan asatizah yang 

mendampingi beliau dapat menegur kesilapan pemikiran ini. Di pihak kerajaan mungkin dengan 

memanggil DSAI untuk bermuzakarah tentang maksud 'pluralisme agama' boleh menjernihkan 

keadaan. 

CONTOH BEBANAN PBS. MACAM NAK BUAT KAJIAN PULAK






KESANNYA :







PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : SATU PENDEKATAN TIDAK ILMIAH




Kuala Lumpur: Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan memaklumkan keputusan kajian semula berkenaan setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan. 

Katanya, penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu kementerian, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). 

Teliti semula perlaksanaan

“Kementerian mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

BK : KPM KALUT PASAL PELAN TINDAKAN GURU. ALIH ALIH DEPA SENDIRI TAK BUAT PELAN TINDAKAN.BUATLAH KAJIAN EKSPERIMENTAL DULU .BARU APPLY

Friday, February 21, 2014

ANWAR DAN LEGASI KAJANG



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Kajang pada 23 Mac ini penting bagi mengakhiri legasi Umno-BN.

Anwar berkata kemenangan itu kelak menjawab segala tohmahan pelbagai pihak terhadap pemilihannya sebagai calon di kawasan DUN itu dan mencerminkan sebuah kerajaan negeri ideal dan berjaya.

“Kalau Selangor ini betul-betul berjaya, maju dan khidmat baik kepada rakyat, dengan sendirinya terjawab semua serangan dan itu tanda berakhirnya sejarah Umno BN di seluruh negara.

“Lambat lagi penamaan calon, dia serang habis londeh. Belum lagi mula kempen. Hari-hari dicerca,” katanya di depan 300 penyokong parti dan penduduk setempat sempena majlis pelancaran bilik gerakan daerah mengundi Sungai Sekamat di Kajang, malam tadi.

Anwar yang selesa mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam pada malam tadi memuji pengundi di Kajang yang lebih celik internet.

“Keistimewaan di Kajang, penembusan internet cukup kuat malah orang Kajang yang mengikuti berita melalui internet itu lebih daripada yang mengikuti berita RTM, TV3 dan suratkhabar.

BK :TAK SABAQ SANGAT DAH NAK JADI PM DAN MB 

PARTI GENBARU .MUJUQ BUKAN PARTI CENCARU


 Parti Genbaru yang diluluskan pendaftarannya pada 28 Ogos 2013 telah menerima permohonan 26 orang anak Kajang yang berusia bawah 40 tahun untuk dijadikan calon.

Menurut Setiausaha Agung Parti Genbaru, S. Gobi Krishnan  tiga nama disenarai pendekkan sebagai calon ialah bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay, 27, atau nama sebenarnya M. Yuktervaran; Mohd. Azim Nordin, 28, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan Elizabeth Lee Su Fen, 31, yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Ekonomi.

“Calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri satu proses penilaian lanjut termasuk ujian psikologi dan temu duga akhir yang bakal dijalankan minggu depan.

“Kami akan mengumumkan calon yang dipilih untuk mewakili parti ini di Kajang pada Sabtu atau Ahad depan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Gobi, pemilihan tiga calon yang disenarai pendek itu dibuat oleh jawatankuasa penilaian yang diketuai penasihat parti, Dr. Nizam Tahir; presiden, Dr. Azhar Hamid dan dua naib presiden iaitu Adrian Lim dan Kamariah Ali, pada Isnin lalu.


Thursday, February 20, 2014

GILIRAN MIC DAN IPF BELASAH MOORTHY

PRESIDEN IPF

KETUA PEMUDA MIC 


Presiden Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Datuk M. Sambanthan meminta Waythamoorthy supaya tidak mengulangi kenyataan yang memburukkan kerajaan demi kepentingan sendiri.

    
Tindakan Waythamoorhty mendesak Najib meletak jawatan memperlihatkan beliau cuba menutup kegagalannya sendiri semasa memegang jawatan timbalan menteri.
    
"Saya juga membidas sebagai tidak betul tuduhan Waythamoorthy yang mengatakan kerajaan tidak membantu masyarakat India.
    
"Selama ini jelas banyak bantuan yang telah diberikan dan terbaru Najib mengumumkan peruntukan RM100 juta setahun untuk disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil," kata Sambanthan kepada Bernama di sini.  
    
Beliau mengulas dakwaan Waythamoorthy kononnya kerajaan di bawah Najib gagal menunaikan janji membantu masyarakat India di negara ini.

"Sepatutnya dia sebagai Timbalan Menteri mewakili kaum India dalam kerajaan, harus panggil semua pemimpin kaum India untuk berbincang mengenai program yang boleh dilaksanakan.
    
"Tetapi selama sembilan bulan Waythamoorthy jadi timbalan menteri, dia tidak panggil pun pemimpin kaum India, malah tidak bercampur dengan sesiapa," katanya.
    
Sambanthan berharap rakyat terutama masyarakat India tidak terpengaruh dengan dakwaan Waythaamoorthy yang dilihat cuba memburukkan kerajaan demi kepentingan sendiri.

Sementara itu,  Pemuda MIC hari ini menyifatkan P Waythamoorthy sebagai pemimpin yang lemah dengan meletakkan kesalahan ke atas Najib atas kegagalan beliau (Waythamoorthy) bagi memenuhi janji kepada masyarakat India.
    
Ketuanya C. Sivarraajh berkata tindakan Waythamoorthy meminta Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan adalah tidak masuk akal kerana Najib telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membantu masyarakat India.
    
"Apa yang Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional lakukan adalah untuk jangka panjang dan penyelesaian yang berkekalan untuk kaum India. Tetapi Waytha mahu menyelesaikanya secara 'ad hoc' hanya untuk menonjolkan kejayaannya sepanjang tempoh beliau menjadi senator dan timbalan menteri.
    
"Saya katakan, Waytha tidak menunjukkan watak pemimpin yang berkualiti, beliau sepatutnya kekal dalam sistem dan meneruskan usaha untuk menyelesai dan membawa perubahan kepada masyarakat...tidak membasuh tangan begitu sahaja dan menyalahkan PM untuk menutup kegagalannya.
    
"Saya percaya beliau diberi tekanan oleh Hindraf untuk meletakkan jawatan kerana prestsinya yang lemah selepas dilantik sebagai timbalan menteri," katanya dalam kenyataan hari ini. -Bernama

BK : ELOK BAGI JAWATAN TIMB MENTERI NI PADA MIC . BUKANKAH MIC YANG BERSAMA BN. BAGI LA SATU JAWATAN GLC PADA IPF DAN PPP

BILA PULA TAIB MAHMUD NAK JAWATAN TYT?


Sekumpulan 50 badan bukan Kerajaan (NGO) mengeluarkan satu kenyataan bersama membantah cadangan perlantikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Tuan Yang Terutama negeri Sarawak yang baru.

Ini berikutan spekulasi yang menyatakan pelepasan jawatan Abdul Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak dilakukan bagi membolehkan beliau menjawat jawatan tersebut.

“Bantahan rakyat melalui pengumpulan petisyen itu penting sebagai satu usaha untuk menghentikan dominasi dinasti Taib di Sarawak,” kenyataan tersebut dipetik.

Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh NGO diantaranya Aliran, Baramkini, Centre for Orang Asli Conncern (COAC), ENGAGE, Gerakan Bunga Raya, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia.

Kumpulan NGO itu menyatakan, perlantikan tersebut jika dibuat akan menjadi peristiwa malang dan memalukan setelah negeri itu ditadbir dengan corak pentadbiran autoritarian oleh Abdul Taib sepanjang lebih 30 tahun di negeri yang kaya sumber bumi itu.

Justeru, orang ramai mengambil bahagian bagi menyatakan bantahan mereka terhadap perlantikan itu melalui satu petisyen online yang dianjurkan.

BK : MACAM MACAM PUAK INI NAK TUDUH PAHEN. BUAT LA KERJA LAIN DARIPADA MENCIPTA PERSEPSI.

KERAJAAN DAP PUNCA KETEGANGAN AGAMA DI PULAU PINANG?



18 Januari: 

Perhimpunan di Seberang Jaya, peserta protes membawa kain rentang berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei berlaku. Mahu lagi?'.

26 Januari: 

Kain rentang dengan perkataan 'Allah is Great, Jesus son of Allah' ditemui di luar lima buah geraja, termasuk satu di Butterworth.

27 Januari: 

Dua bom dilemparkan ke perkarangan Gereja Assumption di Farquhar Street.

16 Februari: 

Daging, yang disyaki daging babi, dilempar ke dalam perkarangan sebuah masjid di Cherok Tokun.

18 Februari: 

Isu kerajaan Pulau Pinang sedang menimbang melarang khutbah Jumaat di masjid

BK : semua ini berlaku di zaman dap memerintah pulau pinang.perkara ini timbul kerana dap mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyusur strata sosial rakyat di pulau pinang.

sentimen kaum dengan mengaitkan melayu adalah senjata utama dap dalam segala hal sehingga menyebabkan kaum cina membenci melayu umno. ini sahaja puncanya?

PANTAI BATU BURUK ZON LARANGAN MEROKOK. PANTAI CINTA BERAHI GUANO???


Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju dengan cadangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk mewartakan kawasan Pantai Batu Burok sebagai kawasan bebas asap rokok yang pertama di negeri ini. 

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berkata pada dasarnya, kerajaan negeri bersetuju menjadikan kawasan peranginan dan rekreasi itu sebagai kawasan bebas merokok berikutan tempat itu juga berdekatan dengan hospital. 

"Kita akan berbincang dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu hadapan dan kita akan meluluskan perkara ini," katanya dalam sidang media pada majlis Penyerahan Dana kepada JKNT di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusuf. 

Ahmad berkata mereka yang merokok di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 iaitu denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, Dr Anwa berkata jumlah kes demam denggi di Terengganu meningkat 405 peratus sepanjang awal Januari hingga hari ini berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Sehingga kini, katanya sebanyak 177 kes direkodkan berbanding hanya 35 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas . 

"Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 135 kes diikuti Besut (13 kes), Dungun (12 kes), Kemaman (7 kes), Hulu Terengganu (6 kes), Marang (4 kes)," katanya. - Bernama 

BK : UMNO LEBIH NAMPAK JELAS DALAM HAL HARAMNYA ROKOK BERBANDING PAS. PAS TIDAK BERANI DALAM MENGUATKUASAKAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PENGHARAMAN MEROKOK.


Wednesday, February 19, 2014

SAMPAI RM 5 BILLION HINDRAF MAU. SO APA FUNGSI MIC PULA?


Moorthy mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunaikan janjinya kepada kepada komuniti India.




Dalam sidang medianya selama 20 minit hari ini, Waythamoorthy turut menggesa Najib (kanan) supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.
“Over the last eight months, I had at least 16 meetings with the prime minister at his office in Putrajaya,” Waythamoorthy explained.
“In each of these meetings, I kept pushing for the naming of the new unit that he promised I was to head, as well as for the budget that was agreed to.”
Pada Isnin lalu Waythamoorthy menyerahkan surat peletakan jawatan, lapan bulan selepas dia menandatangani memorandum kontroversi persefahaman (MoU) dengan BN beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13.

Apa yang gagal diterangkan kepada umum oleh Waytha Moorthy ialah beliau menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan berbanding NGO yang beliau ketuai belum ini. Jika dalam NGO beliau mempunyai kebebasan mengarah dan menguruskan dana, ia tidak akan boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam kerajaan.

Menurut sumber, Waytha Moorthy menuntut mahukan sebuah jabatan khusus yang dianggotai sekitar 50 orang pegawai dengan peruntukan antara RM 4-5 bilion.

Selepas pilihan raya, Kerajaan BN memberi RM750 juta kepada kaum India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian/agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

Malangnya, Waythamoorthy mahukan beliau menguruskan secara langsung dana RM 750 juta tersebut. Permintaan ini tidak mungkin dipenuhi oleh Perdana Menteri kerana ia bertentangan dengan prosedur kewangan kerajaan.

Selain itu, adalah mustahil untuk kerajaan memenuhi semua tuntutan Hindraf yang ada antaranya bertentangan dengan perlembagaan negara.

BK : KALAU SEMUA DIA MAU BUAT, MIC DAN PP YANG RAMAI KAUM PEMIMPIN KAUM INDIA BOLEH TUTUP LA. SEMUA DIA MAU

PR MARAHKAN ROS KERANA LEWATKAN PENUBUHAN GABUNGAN MEREKA


Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan segera pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan parti politik sebelum Konvensyen Pakatan Rakyat pada 8 Mac ini. 

"Sudah lima kali kita berkonvensyen dan sekurang-kurangnya sudah tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS. 

"Kita menyeru ROS dan menteri dalam negeri untuk berikan kelulusan pendaftaran Pakatan Rakyat secepat mungkin. 

"Kita harap dapat kelulusan pendaftaran sebelum konvensyen ini agar kita dapat lancarkan pada konvensyen ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di ibu negara pagi ini. 

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 

Dalam sidang media itu, Mustafa pula menegaskan yang permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat telah lama dibuat sejak dahulu lagi. 

Menurutnya lagi, ia tidak ada kena mengena secara khusus dengan pilihan raya kecil DUN Kajang. 

"Ia (permohonan) berterusan, bukan khusus kerana (PRK) Kajang. 

"Kita dah memohon sejak beberapa tahun lalu," katanya. 

Manakala Saifuddin pula menjelaskan kali terakhir gabungan pembangkang itu membuat permohonan itu pada bulan Januari lalu. 

Tegasnya, mereka kini membuat susulan "hampir setiap hari" dengan ROS untuk memastikan permohonan mereka diluluskan. 

ROS sebelum ini mengumumkan yang permohonan tersebut "masih belum diproses" kerana Pakatan Rakyat gagal memaklumkan ROS tentang perubahan kepimpinan dalam parti yang dianggotainya. 

Menurut ROS, permohonan tersebut dibuat pada "suatu masa dahulu" dan pihak Pakatan Rakyat juga didakwa gagal memaklumkan ROS tentang perubahan jawatankuasa sementaranya. MKINI


BK : TAK PERLULAH BUAT SIDANG MEDIA. HANTAR WAKIL PI BERBINCANG DENGAN ROS. TANYA APA YANG SILAP. SILAP ISI BORANG KE ATAU SEBAGAINYA. SIDANG MEDIA BUKAN SELESAIKAN MASALAH. SIDANG MEDIA SEBAGAI ALASAN HANGPA JE.

KONSENSUS NASIONAL :TERBUKTI PAS MEMANG BERTEMU UMNO


1. Memacu peradaban negara seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kematangan berpolitik adalah satu tuntutan kontemporary ke arah pembentukan sebuah negara maju bertaraf dunia. Pacuannya pula selari dengan anjakan pemikiran penghuninya yang terdiri daripada pemimpin dan anggota masyarakat awam. Tanpa pacuan yang seiring dan selari antara 4 elemen ini ( peradaban negara, pertumbuhan ekonomi, kematangan berpolitik dan anjakan pemikiran ) , hasrat untuk merajah peta negara sebagai satu blok negara maju bertaraf dunia tidak akan kesampaian. 

2. Sementara 4 eleman tersebut hanya benar – benar efektif untuk diselarikan apabila terdapat faktor lonjakan yang didokong oleh seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bendera politik, warna kulit, bahasa lidah dan sijil akademik. Faktor lonjakan yang saya maksudkan di sini ialah persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau dengan istilah yang dipopularkan mutaakhir ini iaitu konsensus. Faktor lonjakan ini ( persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus ) pula tidak mungkin dapat dicerna tanpa adanya konsep damai dalam politik dan hubungan sosial. Meskipun tidak mampu dicapai dalam semua aspek, sekurang – kurangnya dapat dihasilkan dalam perkara – perkara utama yang menjadi kepentingan umum seperti aspek keselamatan, kestabilan ekonomi, kepentingan politik, keadilan sosial dan pemulangan hak. 

3. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di atas kapasiti Presiden kepada Gerakan Islam kontemporary di negara ini telah mengemukakan satu idea yang sungguh brilliant disekitar tahun 2008 bagi menghadapi kemelut negara yang tiada kesudahan pada waktu itu apabila melihat kekuatan parti – parti politik daripada blok pemerintah dan pembangkang mulai seimbang. Negara dan beberapa buah negeri berdepan dengan satu situasi dilema dalam pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil. Masing – masing parti mempunyai keupayaan tawar – menawar. 

4. Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah mengemukakan idea Unity Government sebagai salah satu jendela penyelesaian mendepani suasana seperti itu. Bermaksud semua parti diberi peranan dalam pembentukan kerajaan lalu mentadbir negara dan negeri dengan adil dan saksama demi kepentingan negara dan rakyat melalui persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus yang dicapai dan dimeterai pada peringkat nasional. 

5. Malangnya saya masih ingat pada waktu itu, belum sempat idea besar ini diwacana, dibahas dan dikaji secara tulus dan akademi , idea ini telah dibunuh dengan meletuskan satu persepsi jahat bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi mahu mengheret PAS menyertai UMNO dan polemik ini berlanjutan sehingga 3 siri muktamar tahunan PAS selepas itu. Biarpun dinafi beribu kali oleh Tuan Guru Presiden, ianya gagal menangkis serangan persepsi tersebut. Saya dan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh membuat percubaan untuk menjernihkan keadaan lalu mengemukakan pandangan mengenai “politik damai” antara tahun 2008 – 2009 namun percubaan itu turut gagal. Persepsi Unity Government (UG) sebagai menyertai UMNO terlalu besar melanda masyarakat bagaikan ombak 7 beradik. 

6. Idea Unity Government ditolak kerana pertemuan antara pemimpin PAS dengan UMNO berjaya didedah lalu ia dijustify sebagai usaha gelap untuk membawa PAS menyertai UMNO. Sungguhpun persepsi itu tidak masuk aqal tetapi ia berjaya diolah dengan baik dan membentuk tanggapan awam. Akhirnya Tuan Guru Presiden menarik balik idea Unity Government dan saya masih ingat antara ucapan beliau sewaktu menarik balik idea ini bahawa 

“saya terpaksa menarik balik Unity Government ini kerana orang masih tidak faham erti Unity Government dan ianya tidak boleh dilaksana dalam keadaan orang tidak faham. Saya yakin dan percaya bahawa suatu masa nanti orang akan faham dan orang akan fikir balik apa yang saya lontarkan ini.” 

7. Berlalu mendung 5 tahun, kini timbul isu Konsensus Nasional. Walaupun tidak dalam terma pembentukan kerajaan (government) tetapi keperluan mewujudkan persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau konsensus dalam perkara – perkara tertentu mula difahami. Sebagaimana 5 atau 6 tahun yang lalu, pertemuan dengan pemimpin UMNO masih berlaku. Paling akhir ialah pertemuan di London dengan Dato’ Zahid Hamidi sebagaimana yang didedahkan oleh The Malaysian Insider baru – baru ini. 

8. Namun pendedahan itu tidak menyenaraikan secara penuh individu yang terlibat. Iaitu nama Saifudin Nasution sengaja dicicirkan dari berita tersebut sedangkan sebelum tiba individu yang disenaraikan olehTMI, Sdr Saifudin Nasution telah sedia berada di dalam bilik hotel tersebut bersama Dato’ Zahid Hamidi di London. Saya difahamkan pada mulanya Tuan Guru Presiden turut disarankan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar pergi bertemu Dato Zahid Hamidi di London kerana menurut Dato Seri Anwar, ada beberapa perkara yang akan diperkatakan oleh Dato Zahid Hamidi. Namun Tuan Guru Presiden menguzurkan diri dari menghadiri pertemuan tersebut dan saya jangka ini adalah langkah Tuan Guru Presiden yang sangat berhati – hati setelah menelan pengalaman getir menangani isu ‘Unity Government’ sebelum ini. Sungguhpun telah dibazirkan 5 tahun tempoh masa, Konsensus Nasional ( yang timbul pada hari ini membawa maksud serupa walaupun tidak sama dalam konotasi yang berbeza ), mesti jelas matlamat, objektif dan hala tuju serta syarat memeteraikan konsensus tersebut. 

10. Saya tidak mahu ianya ditolak mentah – mentah sebagaimana berlaku penolakan terhadap Unity Government pada 5 tahun yang lalu. Sementelah saya juga tidak mahu ianya diterima bulat – bulat hanya kerana ia datang dari Dato Seri Anwar Ibrahim tanpa melalui proses kajian, penelitian, perbahasan dan konsensus sesama parti – parti kompenan Pakatan Rakyat terlebih dahulu. Asas yang paling penting ialah terhenti atas 3 perkara : 

Pertama : mestilah Konsensus Nasional ini untuk kepentingan umum iaitu kepentingan negara dan rakyat. Bukan agenda individu bagi melunaskan kepentingan peribadi dalam kancah politik haru biru negara hari ini. 

Kedua : Konsensus Nasional ini mesti melalui proses penelitian yang berasaskan kajian dan perbahasan lalu akhirnya menjadi suatu yang dikonsensuskan terlebih dahulu oleh semua parti kompenan Pakatan Rakyat. 

Ketiga : syarat memeteraikan Konsensus Nasional ini mesti jelas mewakili kepentingan umum yang melibatkan negara dan rakyat. Menurut pemerhatian saya, sekurang – kurang syarat adalah masih sama dengan syarat yang dikemukakan oleh Tuan Guru Presiden dalam cadangan beliau terhadap Unity Government tempohari iaitu : 

a ) Pulangkan Royalti petroleum yang dinafikan sebelum ini seperti Terengganu dan Kelantan. 

b) Penambahan kerusi parlimen dalam pelan persempadanan semula seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah. 

c) Kebebasan media dan ketelusan SPR 

lain – lain syarat terpulang kepada konsensus antara parti anggota Pakatan Rakyat kerana prinsipnya ialah bertitik tolak dari perjuangan untuk kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya. 

Oleh: Ust Nasrrudin Hassan Tantawi (Ahli Parlimen Temerloh) & Ahli Jawatankuasa Kerja Pas pusat.

BK : KESIMPULAN BK MUDAH. SEBENARNYA PAS MENAFIKAN BAHAWA MEREKA TIDAK PERNAH BERTEMU UMNO DALAM HAL UNITY GOV SELAMA INI ADALAH PEMBOHONGAN BESAR. LIHAT SENDIRI NASARUDDIN TANTAWI MENGAKU PERTEMUAN PAS UMNO.

YANG PENTINGNYA PAS TIDAK BERPUAS HATI KERANA PKR MENENTANG UNITY GOV PAS UMNO. TETAPI SEBALIKNYA MENYURUH PAS MENERIMA KONSENSUS NASIONAL

ULAMAK = PELOPOR KASTA PADERI


Kassim mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama. 

"Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam. 

"Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka," kata beliau ketika memberi ucapan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya hari ini. 

Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. (HUJAH BODOH RAKAN LIBERAL ANWAR )

Beliau berhujah berdasarkan tafsiran terhadap ayat pertama dalam surah al-Munafiqun. INI HUJAH BELIAU BERDASAR AQLI YG CETEK  :


Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk. 

Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”. 

Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa. 

"Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah," kata beliau. 

Tuesday, February 18, 2014

NO CASINO BUT " DISCO DAN PUSAT HIBURAN TETAP BERCAMBAH DI PULAU PINANG"

 
 
Ketua Menteri Pulau Pinang menolak sebarang permohonan pembinaan pusat perjudian kasino di negeri tersebut kerana ianya akan mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Menurut beliau walaupun pembinaan kasino akan memberi sumbangan ekonomi namun kos permasalahan sosial dan kerohanian akan mendatangkan kerugian yang lebih banyak.

Guan Eng rejects casinos, calling them objects of danger16 Feb 2014

Chief Minister Lim Guan Eng said the state government would not approve casinos which he described as objects of danger.

“Even though the economic benefits from casinos are manifold, the social and spiritual cost is too heavy and high for our multi-cultural and diverse society to bear,” he said in a statement yesterday.
 
YANG BAIK OK BK PUJI. TAPI TUNJUK CONTOH LAGI TERBAIK LA CM. ITU LUMAH ULUT DAN DISCO KASI KURANG MA

ANWAR GELAKKAN TUN M ATAU MEMANG BENAR ANWAR PRO AMERIKA =RUMAH YB PENANTI DIKAJANG?



"Saya kadang-kadang rasa kasihan, kadang-kadang rasa nak gelak pun ada.”

Begitu reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyamakan undi kepada ketua pembangkang itu ke arah "kerajaan pro-Amerika".

"Nak jawab, tak payah nak jawablah. Tapi kadang-kadang nak kena bagi penjelasan, nak jawab macam mana tak tahu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis "sembang petang” di kediaman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Norlela Ariff di Kajang.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang kenyataan Mahathir, mantan mentornya ketika berada dalam Umno dulu.

Sementara itu, Anwar juga menolak tanggapan bahawa beliau berminat dengan kekayaan negeri Selangor dengan mahu menjadi ADUN di negeri itu.

"Kata saya nak ambil duit kerajaan Selangor, saya lapan tahun jadi menteri kewangan," katanya
 
BK : BARU ADMIN TAU RUMAH DR NORLELA DI KAJANG. PATUT LA SUSAH SGT NAK TENGOK MUKA DI PENANTI. DUK DI KAJANG. ADUN DI PENANTI. SAKIT DAN KECEMASAN PENDUDUK PENANTI BILA MASA PULA NORLELA MAU JUMPA?
 
NAK NAIK FLIGHT DARI KLIA BILA DAPAT TAHU KES KES KECEMASAN DI PENANTI?

TUNGGU REPORT POLIS DARI NGOS MELAYU TERHADAP KASSIM AHMAD


 
 
PAS mengkritik tindakan Kassim Ahmad yang dilihat telah menghina Islam berhubung kenyataannya yang mempersoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, menyatakan rambut wanita bukan aurat serta wujud kasta paderi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya kerajaan memandang serius kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap Kassim yang juga dikenali sebagai pelopor golongan anti hadis Malaysia.

Sehingga kini ujarnya tidak pernah ada sebarang tindakan tegas oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap Kassim, walaupun sebelum ini ajaran 'anti-hadis' itu telah difatwakan haram.

"Beliau (Kassim) persoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.

"Ini satu penghinaan kepada Islam dan pencabulan hak dan penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Kenyataan Kassim pada "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" di Putrajaya semalam telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diselewengkan oleh sistem 'kasta paderi' yang dipanggil ulama.
 
BK : NGOS MELAYU PERLU BERTINDAK ADIL. DALAM HAL INI BK NANTIKAN NGOS MELAYU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PENGHINAAN YANG DILEMPARKAN OLEH KASSIM AHMAD.
 
NANTI PUAK PAS KATA NGOS PRO UMNO SEOLAH OLAH HANYA BERMAIN DI GIGI AIR SAHAJA DAN SEOLAH OLAH HANYA DI ARAH UMNO SAHAJA.DAH TAU DAH SI KASSIM AHMAD NI BAPA LIBERAL ATHIES ...

ANAK IBRAHIM LAWAN ANAK ALI

 

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya lebih sesuai sebagai perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

"Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri," katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.

Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.

Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.

"Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar," katanya.
 
BK : BELUM CUBA BELUM TAU.  KITA TENGOK BERAPA JUMLAH MAJORITI ANAK ALI DAPAT BILA LAWAN ANAK IBRAHIM INI.PERKASA VS PKR