Thursday, February 27, 2014

BUKAN BUMI TETAP TERKAYA DI MALAYSIA.KONGSILAH......





Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow. 

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas. 

Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari. 

Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu. 

Tempat keempat dalam senarai terkaya ialah Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini. 

Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang jatuh ke tempat keenam. 

Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu. 

Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lepas. 

Ketua Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan. 

Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion. 

Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion. 

Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini. 

Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81 usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya kekal di atas secara berterusan. 

Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus. 

Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 Teratas dengan RM543.74 juta.