Tuesday, March 4, 2014

TIDAK PERLU MAKLUM PADA PKR DALAM HAL AIR-KHALID



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakannya tidak memaklumkan Perjanjian Persefahaman (MoU) kerajaan negeri itu dengan kerajaan pusat berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan terikat dengan undang-undang.

Beliau berkata peruntukan undang-undang melarangnya membuat kenyataan berhubung perkara itu, dan jika perlu, hendaklah dilakukan secara tertib bagi mengelak syarikat yang mengendali air di Selangor, terjejas di pasaran saham.

"Syarikat yang mengendalikan air di Selangor tersenarai di pasaran saham dan tidak boleh dibincang secara terbuka kepada umum," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU dengan kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan pemimpin PKR bahawa beliau tidak memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memeterai MoU dengan kerajaan pusat berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.

Pada 26 Feb lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang berlanjutan sejak 2008.

MoU antara Kelantan dan Selangor ialah bagi kerjasama kepakaran membabitkan tujuh perkara iaitu Pendidikan, sistem gadaian Islam Ar Rahn, Pusat Makanan Halal, Perundangan, Pembangunan Siber, Pemasaran Produk dan Air.

BK : SEMUA MAU CERITA PADA PKR BAIK BUAT NAMA KERAJAAN SELANGOR KEPADA KERAJAAN PKR. APA RAHHH

CERAMAH CALON BN DI KAJANG TIADA SAMBUTAN




Ceramah Chew Mei Fun dan beberapa kepimpinan utama MCA di Bukit Angkat 1 Mac 2014 lalu tidak mendapat sambutan yang mengalakkan.

BK : MUNGKIN BN/MCA FIKIRKAN CARA TERBAIK DALAM HAL INI