Monday, July 27, 2015

4 INDIKATOR GHB BAKAL GAGAL- PROF AGUS



Dalam tulisan terkini di Astro Awani, Prof. Mohammad Agus Yusoff menyatakan sukar untuk dinyatakan. Tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan UMNO sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat. Gunalah ruang itu sebaiknya.

Masalahnya, ada empat cabaran awal GHB.

Pertama, masa (timing) GHB digerakkan tidak tepat. Ini kerana GHB ditubuhkan selepas pemilihan PAS dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas.

Kedua, tempat pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan. Mengapa ditumpu pada kawasan kuat PAS? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak.

Ketiga, pemimpin GHB masing-masingnya tokoh hebat tetapi kontroversi dengan sejarah masing-masing.

Keempat, keupayaan sumber kewangan GHB. Tanpa sumber kewangan, GHB sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.

Akhirnya, berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel.

ISTERI TONY PUA ADA RM3 JUTA DI LUAR NEGARA?



Isteri Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua didakwa memiliki wang berjumlah RM3 juta yang disimpan dalam akaun bank di luar negara.


Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ahli DAP, Tony Tan Chee Chong yang turut menggesa Tony Pua supaya memberi respon terhadap dakwaan itu dalam tempoh seminggu.

“Kita mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaan itu. Jika Tony Pua tidak respon, kami akan dedahkan semua dokumen berkaitan,” katanya dalam sidang media.

Dia mendakwa dokumen mengenai akaun isteri Tony Pua berada dalam simpanan seorang ahli DAP.

BK : TUNGGU JAWAPAN TONY PUA

HINAKAH PAS BERSATU DENGAN UMNO




PANDANGAN PENYOKONG PAS 

Sebagai pengundi muslim saya melihat tiada yang salah untuk ada satu parti islam menggantikan kekosongan yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Rakyat dan tiada salahnya untuk PAS bersama BN, menasihati pemimpin dalam kerajaan. 

Setelah apa yang berlaku di dalam PAS sejak muktamar kebelakangan hingga yang terakhir, tiada apa yang perlu dikesalkan oleh kedua-dua belah pihak menang dan kalah. Teruslah melihat ke hadapan. Biar orang menyumbang untuk islam dengan cara yang dia yakini, dan dengan cara yang dia diraikan.

Keberadaan parti islam dalam kedua-dua gabungan BN dan PR akan menguntungkan rakyat. Akhirnya rakyat akan melihat merit, bukan retorik.

MAT SABU BERJUANG LAWAN PAS SEKARANG




AYAT MAT SABU SEBELUM INI 

"Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. 

"Waktu itu (saya) tak tahu hal-hal dasar (PAS) dan sebagainya, dan perjuangan (untuk) demokrasi dari dulu sampai sekarang," katanya yang popular dengan nama gelaran Mat Sabu. 

Atas dasar itulah juga Mohamad meletakkan dirinya sebagai penggerak utama kepada perhimpunan 40,000 rakyat pada November 2007 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.


BK : MAT SABU TUBUH GERAKAN HARAPAN BARU DENGAN BERMATLAMAT TUMBANGKAN PAS. 

YANG PELIK DALAM PAS NI IALAH YANG DI TOLAK MUKTAMAR NAMPAK LEBIH KUAT DARI YANG DIPILIH MUKTAMAR. KAN PELIKKKK