Thursday, January 23, 2014

PUZ PULAU PINANG SUMBER BANTUAN ISLAM




Zakat Pulau Pinang mengagihkan sebanyak RM5.3 juta kepada 7,257 orang pelajar di negeri 

ini sepanjang tahun lalu. Daripada jumlah itu, RM1.8juta diperuntukkan untuk bantuan 

persekolahan manakala RM3.5 juta lagi untuk bantuan melanjutkan pelajaran ke institusi 

pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.


Telekom Malaysia Berhad (TM) membayar zakat perniagaan berjumlah 

RM93,032 kepada Zakat Pulau Pinang.

MAHFUZ SERU MP BN JATUHKAN DS NAJIB


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri ‘kangkung’.

"Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong?

"Bolehkah ahli-ahli Parlimen BN bergabung dengan kami daripada PR untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib?

"Saya tanya demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Mahfuz berharap mereka dapat mengambil keputusan yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.

"Daripada terikut-ikut gerombolan kangkung yang kononnya berjihad mempertahankan Perdana Menteri ‘kangkung’, lebih baik berjuang membebaskan negara ini dari Perdana Menteri seperti itu," katanya lagi.

Bagi Mahfuz, Malaysia bukan sahaja mempunyai perdana menteri bertaraf kangkung malah mempunyai kabinet yang menjadi bala besar kepada negara ini.

"Kabinet Malaysia tidak berkualiti. Mereka menjadi ahli kabinet atas ihsan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor).

"Oleh itu hidup mereka hanyalah untuk membodek atau 'jack-up' Najib dan Rosmah sahaja. Mereka akan berlumba-lumba memuji dan menyokong inisiatif kangkung Najib," katanya.

Itulah kualiti Perdana Menteri dan kabinet Malaysia, katanya.

"Ia adalah sesuatu yang amat sedih - bala besar kepada negara," kata Mahfuz.

BK : HANG JAGA POKOK SENA DULU. SELAKU PESURUHJAYA PAS KEDAH DAN NAIB PRESIDEN PAS YANG KALAH, LEBIH BAIK DIAM DARIPADA MELALOT TAK TENTU HALA.KALAU DS NAJIB BERUNDUR SEKALIPUN PM TETAP DARI UMNO BN.

PR TAK PERLU KALUT NAK CAMPUQ URUSAN BN. PI AJAQ DULU ANWAR CARA NAK MASUK JEPUN MACAM MANA NO.