
Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menyatakan secara terbuka pendirian PAS mengenai isu pengasingan gender, dan
bukannya menyerahkan perkara itu kepada exco Kelantan.
Karpal, yang
merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata sikap berdiam diri exco
Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang
melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya
di salon di Kota Baharu tidak menunjukkan
kerajaan yang bertanggungjawab.
"Pemimpin-pemimpin PAS perlu
sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan
keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan
segera," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Karpal
berkata kenyataan mengenai penguatkuasaan pengasingan gender oleh Majlis
Perbandaran Kota Baharu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan.
"Bagi beliau
(Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu
dikuatkuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan PAS Kelantan 'Membangun
Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat
yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya.
Karpal berkata
kenyataan itu pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Islam bahawa
cubaan sedang dibuat untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam
yang akhirnya bermakna pengenalan hudud kepada bukan Islam.
"Rasional
dalam melaksanakan undang-undang itu kepada bukan Islam ialah, seperti diakui
Takiyuddin, sejajar dengan slogan membangun bersama Islam yang bermakna
melibatkan pengenalan nilai-nilai Islam terhadap bukan Islam," katanya.
Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan segera mengenai isu itu
memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
KES SELESAI. UNISEX MENANG.

KOTA BHARU: PAS
buktikan toleransi beragama di Kelantan. Semua penguatkuasaan syarat-syarat
Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam
ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula.
Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang telah diguna
pakai sejak tahun 1991 itu ditangguhkan serta merta hari ini selepas mesyuarat
exco bersetuju untuk berbuat demikian.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata
penangguhan itu mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri
dengan pemimpin organisasi yang dianggotai masyarakat bukan Islam baru-baru
ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat
exco yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat, tengahari tadi. Katanya, kerajaan negeri sebelum inipun membuat dasar
berhubung perkara itu pada tahun 1991 selepas diadakan perbindangan,
perbincangan dan pandangan umum.
Peraturan dibuat ketika itu
ekoran dari penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti
tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan.
“Hasil perbincangan akhirnya
penguatkuasaan syarat-syarat kedai gunting rambut misalnya dibuat setelah ianya
dipersetujui.
“Bagaimanapun, pada tahun ini selepas 21 tahun ianya berjalan,
isu yang melibatkan perkara yang sama timbul semula, maka cara yang kita buat
sama juga, iaitu perundingan,”ujarnya.
HANYA DENGAN PAS HARAM BOLEH JADI HALAL.