Thursday, December 6, 2012

PASCA E 13 : PAS TAKUT JALINAN RAKYAT. GESA MUSLIMAT TIRU WANITA UMNO. KANTOI LAGI



KENYATAAN TAMRIN GHAFAR

RAKYAT diingatkan agar tidak lagi menyokong serta memberi undi kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang jika mahukan negara selamat.

Bekas pemimpin Umno, Dato’ Mohd Tamrin Abdul Ghafar berkata jika rakyat masih menyokong dan memenangkan BN bermakna memberi lesen kepada pemimpin Umno mengamalkan rasuah.


Katanya, masa depan Malaysia ini akan rosak dengan amalan rasuah yang dilakukan oleh pemerintah hingga hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion. Oleh itu, beliau mengingatkan orang-orang Umno agar membuka minda serta tidak menyokong parti tersebut secara ‘membabi buta’.

“Jika kita (rakyat) masih sokong kerajaan Barisan Nasional, maknanya kita beri lesen lagi kepada (pemimpin) Umno untuk buat rasuah. Negara akan rosak dengan rasuah.

“Saya nak ingatkan orang-orang Umno yang masih ada (setia), jangan lagi kita (ahli) sokong Umno ini secara ‘membabi buta’, kita kena buka minda pada pilihan raya (PRU13) akan datang,” ujarnya ketika berucap pada ceramah isu semasa, di pekarangan Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Tunggal, Kampung Serdang, 21 November lalu.

Menurutnya, ahli-ahli Umno tidak perlu lagi menyertai parti PAS cuma diminta memberikan undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Batu Berendam-BN bertindak keluar parti tersebut kerana menyedari perjuangan Umno menyeleweng dari matlamat penubuhannya.

Sehubungan itu, Tamrin turut mendedahkan ‘rahsia’ kekuatan Umno-BN selama ini kepada kaum wanitanya yang berperanan besar memenangkan parti.

Katanya, Muslimat PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengatur strategi mengadakan siri lawatan dari rumah ke rumah bagi memikat hati pengundi.

“Saya dedahkan di sini, rahsia kekuatan Umno sebenarnya kepada Wanita Umno yang memenangkan BN. “Muslimat PAS kena bincang dan mengatur strategi dengan program lawatan rumah ke rumah. Kita (parti) kena pikat hati para pengundi dan rakyat supaya sokong PAS dan Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, M Syukrimun Shamsuddin dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang.

BK : LAWAK PALING KARTUN APABILA TAMRIN MENEMPELAK DAN MEMPERLEKEH MUSLIMAH PAS DAN MINTA DEPA TIRU CARA WANITA UMNO. LEKEH SUNGGUH LA MUSLIMAH PAS NI