NURUL IMAN LEBIH KELIHATAN MENYERLAH DI PERMATANG PAUH BERBANDING NURUL NUHA. NURUL IMAN JUGA MENGETUAI FLASHMOB DI BULATAN BUKIT TENGAH DAN DIA JUGA BANYAK BERADA DI SAMPING IBUNYA.
Wednesday, April 22, 2015
PRK044 : DAHSYAT PKR. AHLI SOKONG HUDUD TERUS SIASAT. KEJAM!!!
PKR akan menyiasat sama ada benar Adun tunggalnya di Kelantan, Mohamad Roslan Puteh mematuhi arahan parti agar tidak berada atau memberi sokongan terhadap pembentangan usul Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Dun Kelantan, hari ini.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, PKR sebelum ini telah mengarahkan Mohamad Roslan agar tidak menyertai atau berada pada sesi pembentangan usul hudud yang diluluskan hari ini.
"Arahan sudah dikeluarkan agar Adun kami di sana (Dun Kelantan) tidak berada atau menyertai sesi pembentangan usul Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah.
"Bagaimanapun kita akan siasat sama ada benar beliau berada di sana atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook tetap dengan pendirian tidak menyokong serta mengecam tindakan Pas yang melanggar konsensus nasional Pakatan Rakyat dengan meluluskan hukum hudud di Kelantan hari ini.
"Kita (Pakatan Rakyat) akan bermesyuarat Isnin ini untuk menentukan proses tindakan lanjut," katanya.
Hari ini, Dun Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015. Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
Kesemua 12 anggota dewan daripada BN turut menyokong rang undang-undang itu.
Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada Pas dan seorang Adun Guchil dari PKR, Mohamad Roslan Puteh.
PRK044 : PKR TETAP TOLAK HUDUD. TIADA KOMPROMI
Saya pun tak kenal siapa (Naib Ketua PKR Rasah). Entah siapalah'. Demikian reaksi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika ditanya soal pengumuman Naib Ketua Cabang Rasah, Norizam Yassin yang sebulat suara menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), hari ini.
Menurut Menteri Besar Selangor itu, pendirian parti sudah jelas apabila PKR mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan hukum hudud.
"Ini bukan soal individu. Parti sudah buat keputusan. Kalau 'you' nak tanya, kita ada 500,000 anggota...jadi susahlah. Parti punya pendirian jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Norizam Yassin memberitahu walaupun mereka sedar keputusan menyokong enakmen Pas Kelantan itu sebagai tindakan yang membelakangkan partinya namun ia dibuat kerana kesedaran sebagai seorang Islam. - SH
BK : APA LAGI PAS DOK MELENGUNG LAGI KER ?
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
PRK044 : MARAHKAN ALVIN TAPI SOKONG PKR DAN DAP
SUMBER : SINAR
Blogger penuh kontroversi, Alvin Tan sekali lagi bertindak biadab terhadap umat Islam dengan merakam 'lagu Azan'.
Tinjauan Sinar Online mendapati video terbarunya bertajuk 'Muslim Call to Prayer - Azan (R&B cover)' yang dimuatnaik semalam dikecam orang ramai, termasuk orang bukan Islam.
"Si bodoh ni semakin menaikkan darah saya," kata seorang pelayar, Eugene.
"(Tindakan) Ini sangat bodoh. Anda menghina orang Islam. Untuk Apa? Apa tujuan buat semua ini?" kata Matthew.
"Ini sudah keterlaluan. Saya bukan orang Islam tapi kamu tak patut berbuat begini." kata Danny.
Alvin yang memberi tindak balas di dalam komen-komen bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang penyesalan ataupun mengaku kesilapannya.
Beliau juga bertindak menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Alvin yang masih dilihat berbangga dengan statusnya sebagai blogger kontroversi dikatakan semakin berani melakukan penghinaan kerana beliau melarikan diri ke luar negara.
BK : AGAK PELIK KAN UMAT ISLAM TERUTAMA YANG MENYOKONG PAS, DAP DAN PKR. MEREKA MARAHKAN ALVIN HINA AZAN TETAPI PADA MASA YANG SAMA MEREKA SAYANGKAN DAP. ALVIN TAN TU PROKSI DAP. SAPA YANG BERIA IA NAK TOLONG HAK KEBEBASAN DIA SEBELUM INI.BUKANKAH PKR DAN DAP?
Subscribe to:
Posts (Atom)