Wednesday, April 22, 2015

PRK044 : MARAHKAN ALVIN TAPI SOKONG PKR DAN DAP



SUMBER : SINAR

Blogger penuh kontroversi, Alvin Tan sekali lagi bertindak biadab terhadap umat Islam dengan merakam 'lagu Azan'.

Tinjauan Sinar Online mendapati video terbarunya bertajuk 'Muslim Call to Prayer - Azan (R&B cover)' yang dimuatnaik semalam dikecam orang ramai, termasuk orang bukan Islam.

"Si bodoh ni semakin menaikkan darah saya," kata seorang pelayar, Eugene.

"(Tindakan) Ini sangat bodoh. Anda menghina orang Islam. Untuk Apa? Apa tujuan buat semua ini?" kata Matthew.

"Ini sudah keterlaluan. Saya bukan orang Islam tapi kamu tak patut berbuat begini." kata Danny.

Alvin yang memberi tindak balas di dalam komen-komen bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang penyesalan ataupun mengaku kesilapannya.

Beliau juga bertindak menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Alvin yang masih dilihat berbangga dengan statusnya sebagai blogger kontroversi dikatakan semakin berani melakukan penghinaan kerana beliau melarikan diri ke luar negara. 

BK : AGAK PELIK KAN UMAT ISLAM TERUTAMA YANG MENYOKONG PAS, DAP DAN PKR. MEREKA MARAHKAN ALVIN HINA AZAN TETAPI PADA MASA YANG SAMA MEREKA SAYANGKAN DAP. ALVIN TAN TU PROKSI DAP. SAPA YANG BERIA IA NAK TOLONG HAK KEBEBASAN DIA SEBELUM INI.BUKANKAH PKR DAN DAP?