Friday, April 17, 2015

KE ARAH PELAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM 100%



"Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)(Akta 355) membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri. 

"Negeri Kelantan contohnya, tidak boleh laksanakan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid (Perlembagaan Malaysia). Jikalau Kelantan mulakan hudud tanpa persetujuan kerajaan pusat, pihak kerajaan pusat boleh mengambil tindakan tindakan daripada segi perlembagaan. 

"Selagi pindaan perlembagaan bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)(Akta 355) yang memerlukan 2/3 persetujuan ahli parlimen tidak dibuat selama itulah semua negeri dalam Malaysia tidak boleh melaksanakan hudud yang perbicaraan mengenainya oleh mahkamah syariah.".

DAP TIADA MASALAH DENGAN PKR



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Parlimen Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya. 

"Saya fikir PKR akan tentukan sama ada ini adalah pendirian rasmi Pas atau tidak. Biar PKR selesaikannya. Calon belum diumumkan lagi, jadi tunggulah, " katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang laporan akhbar hari ini yang memetik Ketua Penerangan Pas kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad sebagai berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.

PRK itu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon  25 April manakala pengundian awal 3 Mei. 

KHABAR ANGIN CALON 3 PENJURU DI PERMATANG PAUH


afnan antara nama calon yang bakal bertanding atas tiket PAS sekiranya pergelutan PAS dalam PR tak mampu diselesaikan. Soalnya apakah mampu PAS bertindak sedemikian?


Nurul Nuha antara nama yang paling kuat menjadi calon PRK P044

cikgu Hassan Pengarah BTN, JPM Pulau Pinang bekas pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah antara nama yang di umum awal oleh rakan rakannya sendiri. Perlu diingat banyak juga nama calon lain yang dipanjangkan oleh Cikgu Zaidi. Itu sebab cikgu zaidi minta semua sahabat handal jangan mengkritik orang lain secara persepsi.

CHINA PRESS MENYEBUT NAMA NURUL NUHA



Dalam mesyuarat pimpinan PKR terpancul nama Nurul Nuha sebagai calon paling layak. Nama Nurul Nuha mendapat sokongan kuat Zairil DAP. Ini bermakna Nurul Nuha adalah calon yang pasti untuk P044

DAP SOMBONG, PAS YAKIN UNDI P044 BERKURANG



PAS tidak menolak kemungkinan DAP akan memboikot PAS dalam menghadapi dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki berkata ia rentetan pengumumam DAP 24 Mac lalu yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


DAP dikatakan kecewa dengan tindakan bersendirian Presiden PAS itu membentang usul rang undang-undang persendirian (RUU) berkenaan pelaksanaan hudud di Kelantan ke Dewan Rakyat.
DAP mahu PAS menangguhkan dahulu pelaksanaan hudud kerana ia bukan sebahagian daripada Dasar Bersama yang dipersetujui oleh pakatan pembangkang itu.

Zuhdi berkata, sekiranya hal itu berlaku, ia akan turut menjejaskan peluang PKR untuk menang di PRK Permatang Pauh.

"DAP dikatakan tidak mahu membantu PAS di PRK Rompin dan tidak mahu bekerjasama dengan PAS di PRK Permatang Pauh, melainkan dengan PKR. 

"Jika benar DAP tidak mahu bekerjasama dengan PAS di Permatang Pauh, maka peluang PKR nak menang di sana menjadi malap. Sebab ramai pengundi PAS di Permatang Pauh, disebabkan DUN Permatang Pasir dimenangi oleh PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Bukan itu sahaja, Zuhdi turut yakin sikap degil DAP itu juga memburukkan lagi barah di dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Jika DAP tidak mahu membantu PAS di Rompin, maka keretakan di dalam PR akan menjadi lebih besar," tegasnya.

Seperti sedia maklum, pimpinan DAP kini memperhebatkan serangan ke atas Hadi Awang tekad melaksanakan hudud di Kelantan.

Selepas mengumumkan memutuskan hubungan dengan Hadi pada akhir bulan lalu, DAP, melalui Penasihatnya Lim Kit Siang baru-baru ini pula mendakwa PAS terus menjalinkan kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut melontar tuduhan bahawa sebarang kerjasama bersama pihak lawan bukan sahaja akan menghancurkan Pakatan Rakyat (PR), malah mengancam Barisan Nasional (BN).

PAS KEBERATAN TERIMA WAN AZIZAH DAN ANAK ANUAR SEBAGAI CALON



PENANG: Permatang Pauh PAS is against PKR fielding Wan Azizah Wan Ismail or her daughter as the candidate in the by-election here next month. 

Its information chief, Jamsari Samad, also warned speakers to stay clear of hudud in their campaigning. 

“This is based on grassroots sentiment. We know that choosing the candidate is PKR’s prerogative, but generally the people here do not want Dr Wan Azizah or any of Anwar Ibrahim’s family members to contest. 

“If PKR does not want to create an upset here, it should also tell speakers at their ceramah never to discuss hudud, as it is a sacred matter for the folks here,” The Star Online quoted Jamsari as saying yesterday. 
Anwar is now serving a five-year jail term for sodomy. The parliamentary seat fell vacant after his application for a royal pardon was rejected recently. 

Anwar had served as the Permatang Pauh MP from 1982 to 1999 under Barisan Nasional and from 2008 until he was disqualified under PKR. 
Wan Azizah contested and won the Permatang Pauh seat in 1999 after the seat fell vacant when Anwar was jailed for abuse of power. She vacated the seat in 2008 to make way for Anwar, but cited personal reasons instead. 

“In 2008, when Wan Azizah resigned months after winning the seat for a third term, she said she was retiring to take care of her grandchildren. 
“It is going to be tough to justify Wan Azizah’s return if PKR fields her here again,” said Jamsari. 

In a related development, PKR deputy Youth chief Afif Bahardin said the result of the by-election would determine the future of Pakatan Rakyat. 
“This is the most important seat for Pakatan and we will defend it. The rise and fall of Pakatan will be decided from the result of the by-election,” he sai