Thursday, July 21, 2011

SIRI 10 DAP LAKNATULLAH : APABILA GUAN ENG TAK FAHAM ERTI BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA

BANTUAN GUAN ENG INDAH KHABAR DARI RUPA.TAPI PAS TETAP RIUH SEKAMPUNG


Petang hari ini teman  sehari suntuk berbual dengan aktivis pendidikan tentang isu SAR dan mengapakah guan eng cukup berkenan dengan SAR. Rupa-rupanya setelah diteliti dengan begitu terperinci, bantuan kepada SAR di Pulau Pinang adalah bererti memberi bantuan kepada SAR milik PAS dan PKR. Telah banyak SAR di Pulau Pinang yang telah berubah kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK). Kerajaan berbaik hati membantu SAR dengan syarat SAR bersetuju diselenggara penuh oleh kerajaan. Kebanyakan SAR yang berubah kepada SABK akan mendapat kemudahan berikut :

1. naik taraf bangunan sekolah
2. latihan guru di Institut Perguruan guru
3. Gaji yang diberikan berdasarkan kepada kelulusan sama ada diploma atau ijazah. Bayangkan seorang guru SAR yang mempunyai ijazah biasanya mendapat gaji di antara RM 800 hingga RM 1300  akan mendapat skim gaji siswasah iaitu dicampur elaun hampir RM 2900 ( gaji skim pertama )

Cuba kita bayangkan, di Pulau Pinang terdapat 10 buah sekolah SABK . Kita membuat perkiraan mudah , katakan jumlah guru yang mengajar di 10 buah sekolah ini berjumlah sekitar 500 orang. Berapakah peruntukan gaji yang dihulurkan kerajaan kepada mereka setahun? Apakah ia sama dengan jumlah RM 1.75 juta yang dibanggakan oleh kerajaan negeri? Ternyata kerajaan negeri cuba mengaburi mata rakyat.


Sebagai makluman usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan SAR dan sekolah agama negeri yang meliputi aspek pengurusan sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sumber manusia serta prasarana dan kemudahan fizikal.Walaupun SABK berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, program ini bersifat tempatan iaitu anak negeri diutamakan berbanding murid-murid di negeri lain.Pihak berkuasa negeri pula masih mempunyai tanggungjawab dan peranan di sekolah terutama sekali dalam memastikan keberkesanan pengajaran mata pelajaran sukatan Al-Azhar yang merupakan identiti sekolah itu sejak sekian lama.( mengapa SAR milik PAS dan PKR takut ? yang teraniaya ialah murid  dan guru.

Sebagai ukuran awal teman dedahkan sedikit peruntukan kerajaan BN untuk SABK di Selangor dahulu. Perhatikan betul betul wahai sahabat sekalian.Bagi tempoh 2006 hingga 2010, sebanyak RM216.2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada SABK di negeri ini.Jumlah itu katanya, termasuk bantuan perkapita sebanyak RM10.3 juta, penyelenggaraan bangunan (RM12.9 juta), makanan asrama (RM72.5 juta) dan pembayaran gaji (RM87 juta).Ini baru selangor. Nanti teman akan dedahkan untuk Pulau Pinang pula. Bukan apa, nak ajar sikit guan eng dan mailk kassim yang bongkak dan kuat membohong orang.SABK negeri di selia di bawah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di Pulau Pinang antara sekolah SAR yang telah berubah kepada SABK ialah seperti berikut :

1. SM AGAMA AL AHMADIAH AL IJTIMIAH PONDOK PADANG LALANG BUKIT MERTAJAM

2. SM ISLAM AL NASYRIAH , BUKIT MERTAJAM

3. SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH , GUAR PERAHU

4. SMA FAQIAH DAIMIAH , PERMATANG PAUH

5. SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH , KEPALA BATAS

6. MADRASAH KHAIRIAH ISLAMIAH POKOK SENA

7. MAAHAD AL IMAM AL NAWAWI , LAHAR MINYAK KEPALA BATAS

8. SMA MAAHAD AL MASHOOR AL ISLAM TELUK KUMBAR

9. SMA TARBIAH ISLAMIAH KG RAWA

10. MAKTAB WAN JAH BUTTERWORTH

Peringatan kepada kerajaan guan eng. Tunggu pendedahan teman tentang jumlah peruntukan kerajaan BN untuk kesemua sekolah di atas. Bukan RM 1.75 juta macam guan eng bagi tau. Malah berpuluh kali ganda daripada itu. Guan eng wa cakap sama lu, "tolong la cakap butul butul. Jangan cakap macam lubang jamban ma."Ok cukup sekadar ini dulu. Bagi sahabat sekalian, sampaikan pada rakyat jelata bahawa dah 3 tahun guan eng bohong rakyat pulau piang pasal bantuan sar ini. Jumla bantuan sar  amat berkurangan dibandingkan dengan bantuan yang diberikan kepada sekolah bantuan kerajaan untuk kaum cina, india dan mubaligh.Suasana ini tidak adil bagi sebuah kerajaan yang kononnya mengamalkan dasar keadilan untuk rakyat.

SIRI 9 DAP LAKNATULLAH: KERAJAAN NEGERI SPONSOR RM 1.75 JUTA SAHAJA.


Cukup berbangga sekolah agama rakyat milik PAS menerima bantuan kerajaan negeri berjumlah rm 1.75 juta. Ingat banyak sangat. Rakyat terlupa ker atau kerajaan negeri yang tak tahu atau buat tak tahu. Kerajaan melalui KPM telah melatih dan memberi gaji kepada guru SAR yang mendapat latihan di IPG. Berapa jumlah tajaan kerajaan ? Bukan 10 juta malah melebihi rm 30 juta. Kalau nak terasa bangga dengan sumbangan rm 1.75 juta  tu teruskanlah. tapi malulah sebab kerajaan negeri kata untung setahun rm 80 juta. tapi untuk SAR rm 1.75 juta sahaja. Malu malu........ini yang dikatakan tolong umat islam pulau pinang.