Surat dari Pejabat Ketua Menteri Sabah kepada Jabatan Imigresen mengesahkan selain daripada Nurul Izzah Anwar, ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Ambiga Sreenavasan dan Rafizi Ramli turut disenarai hitam dari masuk ke negeri Malaysia timur itu.
Surat bertarikh 21 Mei itu yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah selepas mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari selepas pilihan raya umum ke 13
Menurut Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong, sumber boleh dipercayai dari Jabatan Imigresen telah membocorkan muka surat pertama dokumen tersebut kepadanya.
Dokumen itu telah dilihat oleh The Malaysian Insider. Dari halaman tunggal, tempoh senarai hitam atau sebab mengapa disenarai hitam tidak dinyatakan.
ULASAN
JABATAN IMIGRESEN MENDEDAHKAN DOKUMEN DALAMAN KERAJAAN. APA HUKUMANNYA ?
INI HAK PERKARA 20 SABAH
DULU BUKANKAH ANUAR YANG BERIA IA NAK BAGI KUASA AUTONOMI. BILA KUATKUASAKAN PERKARA 20 PUN NUAR DAH MELENTING