Thursday, April 30, 2015

PRK044 : SUHAIMI CALON ANAK TEMPATAN DAN LAYAK

PRK044 : WAN AZZIAH TAK LAYAK PEGANG AMANAH DI PERMATANG PAUH



Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak, maka tunggulah saat kehancuran.”

Di dalam hadis tersebut telah mengigatkan dan memberi peringatan kepada setiap individu khususnya ahli majlis syura atau badan perwakilan (parlimen) atau mereka yang terlibat dengan proses pemilihan pemimpin, ketua, pemerintah atau penguasa, melalui pilihanraya atau sebagainya, supaya mereka menilai dan melantik orang yang benar-benar layak memegang teraju pemerintahan atau pentadbiran atau mengendalikan sesuatu organisasi atau jabatan atau badan dan khususnya negara.

Dalam kes ini rakyat dan masyarakat seluruhnya juga dikira terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perlantikan tersebut dan mereka tidak boleh berlepas tangan atau tidak ambil peduli dalam masalah perlantikan pemimpin. Hal itu kerana pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk sesebuah negara atau orang yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk sesebuah negara atau orang yang dipimpinnya sama ada ke arah kemajuan yang bersesuaian dengan Islam atau ke arah kehancuran dan kemusnahan.

Namun begitu, pada hari ini betapa banyak kita dapati dan kita lihat amanah dan jawatan penting serta jawatan utama diserahkan kepada orang yang tidak layak atau tidak mempunyai kelayakan yang sebenar menurut syariat Islam, sedangkan orang yang layak dan mempunyai kelayakan sebenarnya tidak diberi peluang, maka dengan berbuat demikian, sesuatu urusan itu tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Penyerahan kuasa atau perlantikan seseorang pemimpin atau penguasa yang tidak benar-benar layak sudah pastinya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sepatutnya. Dalam konteks ini, pasti ia akan melakukan pengkhianatan dan penyelewengan. Pengkhianat dan penyelewengan itu bukan sahaja dari kalangan pemimpin itu bahkan orang yang bertindak dalam proses perlantikan dan pemilihan pemimpin tersebut melalui pilihanraya dan sebagainya juga dikira sebagai pengkhianat kerana mereka sudah tahu orang yang mereka akan lantik tidak boleh melaksanakan tugas apatah lagi kalau pemilihan tersebut atas dasar sentimen dan fanatik terhadap seseorang pemimpin semata-mata bukan atas dasar kelayakan dan pemilihan yang tepat.

Sedangkan amanah itu merupakan satu perkara yang penting dan mesti diserahkan kepada orang yang berhak sebagaimana firman Allah di salam surah al-Nisa’ ayat 58, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…”

PRK044 : SELESAI SUDAH MASALAH TOP UP




PRK044 : JADUAL ABG MI HARI INI