Thursday, November 8, 2012

PASCA E13 : SETIAP TAHUN KERAJAAN PULAU PINANG MEMINJAM DARI KERAJAAN BARISAN NASIONAL


PINJAMAN PEMBANGUNAN
PEMBENTANGAN BAJET
PINJAMAN PEMBANGUNAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN  
 BAJET 2009
RM97 juta
BAJET 2010
RM136.82 juta
BAJET 2011
RM125.48 juta
BAJET 2012
RM12 juta


TEPUK DADA TANYA GUAN ENG. GUAN ENG HARUS BERANI MENYATAKAN KEPADA SEKALIAN RAKYAT BAHAWA BELIAU BUKANLAH SEORANG YANG SEMPURNA. MASIH BANYAK KECATATAN DAN MEMANG TAK SEMPURNA PUN.

MENGAKULAH KELEMAHAN DIRI YANG GAGAL DALAM BANYAK URUSAN. MENGAKULAH YANG HANG KUAT MEMINJAM
MENGAKULAH YANG HANG PUNYA BAJET BERDEFISIT
MENGAKULAH HANG DAH KANTOI DENGAN KES TAN HAK JU

MENGAKULAH BAJET 2009 HINGGA 2013 HANG GAGAL DALAM PEMBASMIAN KEMISKINAN.

KALAU MISKIN TEGAR DAH SELESAI TAHUN 2009 MENGAPA TAHUN 2010 HINGGA 2013 MASIH ADA LAGI PELAN NAK SELESAIKAN MISKIN.BERMULA DENGAN PROJEK KIR KEPADA PROJEK TOP UP PEROLEHEN ISI RUMAH .

NAK BAGI TAU RAKYAT PENANG BEBAS KEMISKINAN WALAUPUN PENDEKATAN TOP UP AMAT BERBAHAYA DALAM PENTADBIRAN

WALAUPUN GUAN ENG SEORANG AKAUNTAN, TETAPI DIA BUKAN SEORANG EKOKOMIS.

PASCA E 13 : 5 TAHUN MEMERINTAH. BAJET PULAU PINANG SETIAP TAHUN DEFISIT

TARIKH PEMBENTANGAN BAJET

PEMBENTANGAN BAJET
TARIKH BENTANG
 BAJET 2009
14 NOVEMBER 2008

BAJET 2010
30 NOVEMBER 2009

BAJET 2011
2 NOVEMBER 2010
BAJET 2012
24 OKTOBER 2011
BAJET 2013
2 NOVEMBER 2012



PERUNTUKAN BAJET
PEMBENTANGAN BAJET
JUMLAH PERUNTUKAN
 BAJET 2009
RM477.24
BAJET 2010
RM713.79 juta
BAJET 2011
RM900.35 juta
BAJET 2012
RM740.53 juta
BAJET 2013
RM970,561,310


DEFISIT  BAJET
PEMBENTANGAN BAJET
JUMLAH DEFISIT
BEZA
 BAJET 2009
RM 39.45 JUTA
RM 3.5 JUTA
( 2008=35.67)
BAJET 2010
RM78.98 juta
39.53 JUTA
BAJET 2011
RM107.78 juta
RM28.8 juta
BAJET 2012
RM213.71 juta
RM105.93 juta
BAJET 2013
RM262.04 juta
RM48.33 juta



BK NO KOMEN SEBAB KETUA MENTERI SEORANG AKAUNTAN YANG  SUKA MAIN ANGKA DAN PUTAQ ANGKA . SEKEJAP KATA SURPLUS. SEKEJAP KATA DEFISIT TAPI SURPLUS. AKU NAK HABAQ DEKAT PAKATAN YANG HANGPA PUN SENGAL JUGA DALAM BAB URUS BAJET NEGERI. JANGAN DOK SALAHKAN ORANG LAIN .

PASCA E 13 : 2009-2013 KERAJAAN DAP PENANG GAGAL BASMI KEMISKINAN TEGAR

BAJET 2009


Membasmi Kemiskinan Tegar

61. Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan fizikal dibangunkan selari dengan pembangunan masyarakat sejahtera. Terdapat 324 buah keluarga disenaraikan dalam Pendapatan Garis Kemiskinan bagi ketegori miskin tegar yang berpendapatan kurang daripada RM 400 sebulan. Kerajaan Negeri telah mensasarkan untuk mencapai tahap kemiskinan tegar sifar menjelang Mac 2009. Wang peruntukan untuk membasmi miskin tegar tidak menentu sehingga kajian bilangan keluarga miskin tegar tamat pada akhir bulan November 2008.

62. Tumpuan yang selama ini diberikan kepada ketua isi rumah(KIR), akan diperluaskan kepada anak-anak keluarga miskin mengikut peringkat umur iaitu 5 tahun hingga 12 tahun; 13 tahun hingga 17 tahun dan 18 tahun ke atas. Sebagai membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri, semua wakil rakyat
telah disaran untuk turun padang sebagai usaha memastikan semua penduduk miskin mendapat perhatian yang sewajarnya.

63. Langkah-langkah dan inisiatif baru akan dirangka bagi membasmi kemiskinan iaitu bukan sahaja dengan hanya menyediakan bantuan-bantuan berbentuk kewangan dan peralatan semata-mata, malah fokus akan lebih terarah kepada programprogram berbentuk latihan, kursus kemahiran, motivasi untuk perubahan sikap dan pembangunan minda serta kerohanian. Dengan kata lain, memberikan ikan dan pancing mengikut kesesuaian. Kerajaan Negeri akan bekerjasama rapat dengan Pusat Urus Zakat, Badan Bukan Kerajaan, pertubuhan keagamaan dan sektor swasta yang telah menyatakan kesediaan untuk turut membantu Kerajaan
Negeri di bawah program Corporate Social Responsibility (CSR).

BAJET 2013

Kejayaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan setiap keluarga membuktikan keberkesanan dasar Pro-Poor yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. Namun demikian, Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membasmi kemiskinan sama sekali.
Menurut laporan IKMAS (Institute of Malaysian and International Studies, UKM) pada tahun 2011, garis kemiskinan (Poverty Line Indicator) bagi Semenanjung Malaysia merupakan RM763 sebulan. Garis kemiskinan ini merupakan tahap pendapatan yang diperlukan untuk menikmati taraf kehidupan yang paling minima. Berdasarkan garis kemiskinan RM763 ini, kadar kemiskinan di Pulau Pinang pada tahun 2007 dan 2009 merupakan 1.4% dan 1.2% masing-masing.
Justeru, sebagai bukti kukuh komitmen untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan bahawa Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama di Malaysia untuk membasmi kemiskinan sama sekali, Kerajaan Negeri akan menaikkan pendapatan minima bulanan bagi setiap isi rumah di Pulau Pinang daripada RM600 sekarang kepada RM770, iaitu pada kadar yang melebihi garis kemiskinan.
Ini bermaksud bahawa sekiranya terdapat mana-mana isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan, maka Kerajaan Negeri akan menambah nilai atau “top-up” bakinya untuk mencukupi RM770. Program ini dijangka akan membabitkan sebanyak RM20 juta setahun. Dengan ini, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk mencapai taraf Miskin Sifar, Rasuah Sifar, Pengangguran Sifar dan pada suatu hari nanti Hutang Sifar.

ULASAN

BAGAIMANA KERAJAAN DAP BOLEH MENYATAKAN MEREKA TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN MASALAH MISKIN TEGAR KERANA SETIAP TAHUN DARI 2009 PERANCANGAN MEMBASMI MISKIN TEGAR GAGAL DILAKSANAKAN.

TAHUN 2013 PENDEKATAN BASMI MISKIN TEGAR INI IBARAT SEPERTI MAKAN BISKUT SEKEJAP ADA SEKEJAP TIADA. PENAMBAHAN BAJET TOP UP KEPADA PENDAPATAN DI BAWAH PARAS KEMISKINAN BUKANLAH SATU LANGKAH BIJAK TETAPI HANYA BERSIFAT POPULIS.


PASCA E 13 : APA DAH JADI JANJI PERTANIAN 2009 DI PULAU PINANG

BAJET 2009

Walaupun kadar pertumbuhan sektor pertanian Pulau Pinang dijangka hanya 2.3 peratus bagi tempoh 2007-2010, ia tidak akan diabaikan. Rentetan daripada pelaksanaan Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Ara Kuda seluas 80 hektar, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan satu lagi projek TKPM
dengan konsep yang berbeza di Juru. Kawasan seluas 25 hektar telah dikhaskan untuk industri ternakan dan akuakultur, 20 hektar untuk tanaman nenas dan baki 15 hektar untuk projek integrasi dan gunasama.


BERDASARKAN PEMERHATIAN DAN TINJAUAN YANG BK LAKUKAN DI SEKITAR JURU, TERNYATA PROJEK YANG DIJANJIKAN BERJALAN PADA KADAR YANG AMAT TIDAK MEMUASKAN DAN TERDAPAT PESERTA PROJEK YANG MEMINJAM DARI TEKUN DAN BUKANNYA MELALUI PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI.

PASCA E 13 : PROJEK TEBATAN BANJIR PULAU PINANG PROJEK KEBAJIKAN DAN IDEA BN

BAJET 2009

Kerajaan Negeri telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 970 juta daripada kerajaan pusat lagi untuk membolehkan projek tebatan banjir dilaksanakan di seluruh Negeri Pulau Pinang seperti berikut:

i. RTB Sg. Junjong Fasa 2 (RM125 juta)
ii. RTB Sg. Pinang Fasa 2 (RM125 juta)
iii. RTB Sungai Juru dan kawasan tadahan Bukit Mertajam,
Permatang Rawa, Sg. Ara, Sg. Rambai (RM300 juta)
iv. RTB Kawasan Cyber City, Bayan Baru (RM50 juta)
v. RTB Bukit Panchor, Byram, Transkrian dan Jawi (RM30 juta)
vi. RTB Bukit Tambun/Tanjung Ketupat (RM20 juta)
vii. RTB Valdor (RM20 juta)
viii. RM300 juta untuk membina 100 pam air, 10 kolam takungan air
dan ban sungai untuk merawat air di luar kawasan RTB

25. Projek yang diluluskan di bawah Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Ke Sembilan adalah sebanyak RM327.65 juta
bagi melaksanakan Projek Tebatan Banjir (RM288.65 juta),
Pengurusan Sungai (RM35.5 juta) dan Projek Kawalan Hakisan
Pantai serta Saliran Bandar (RM3.5 juta). Setakat ini sebanyak
RM138.8 juta (42 peratus) telah dibelanjakan oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran dan diharapkan baki peruntukan lain dapat dipercepatkan
pemberiannya.


ALHAMDULILLAH. SYUKUR PADA ALLAH MASALAH BANJIR DAPAT DISELESAIKAN DENGAN IZIN ALLAH DAN BANTUAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL. WAHAI PUAK PUAK PAKATAN, LIM GUAN ENG PUN MENGAKU YANG BN NI SALUR BANTUAN UNTUK PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DI PULAU PINANG.

PASCA E 13 : BAJET 2009 DAP STATE NAK BUAT KOBE BEEF DI JURU. MANA DIA ?

BAJET 2009 

Hab Halal Antarabangsa
14. Pulau Pinang juga akan dijadikan sebagai Industri Hab Produk
Halal bertaraf antarabangsa. Kawasan Balik Pulau dan Bukit Minyak
akan dibangunkan sebagai Hab Halal Antarabangsa yang bercirikan
10 teras utama iaitu pembuatan, pembungkusan, pemasaran,
logistik, kewangan Islam, gudang, pensijilan Halal, latihan kemahiran,
penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengurusan sumber
manusia.

15. Adalah dicadangkan pengeluaran barangan makanan secara
komersil, terutama makanan halal untuk pasaran domestik dan
antarabangsa. Di antaranya adalah pengeluaran vaksin ubat halal,
makanan bermutu tinggi dan ternakan lembu nilai tinggi di ladang di
kawasan Juru seperti versi Kobe Beef dari Jepun yang akan
dipanggil Juru Beef.

16. Lokasi Hab Halal Antarabangsa yang dicadangkan di Balik
Pulau akan dimajukan untuk perkhidmatan resort dan pelancongan
perubatan produk halal. Kawasan Batu Kawan pula akan dijadikan
Taman Halal bagi menempatkan pengusaha barangan halal. Di
samping itu, satu plot tanah dengan keluasan lebih kurang 131 ekar
telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri di Bukit Minyak sebagai
Kawasan Perindustrian Halal Pulau Pinang dengan penyertaan
daripada dua syarikat iaitu Halagel (M) Sdn. Bhd. dan GranuLab (M)
Sdn. Bhd.


SEHINGGA KE HARI INI DAN TELAH MENJANGKAU HAMPIR 5 TAHUN, KERAJAAN NEGERI GAGAL, SEKALI LAGI BK ULANG GAGAL DALAM MEWUJUDKAN SEBUAH LADANG TERNAKAN LEMBU SEPERTI DI KOBE BEEF JEPUN.

TERNYATA BAJET TAHUN 2009 YANG DIBENTANGKAN OLEH SEBUAH KERAJAAN NEGERI KONONNYA BERTANGGUNGJAWAB RUPANYA TIDAK MENJADI KENYATAAN DAN HANYA PANDAI MENULIS BAJET SEMATA MATA.

KESERONOKAN KERAJAAN NEGERI MENULIS BAJET DAN MEMBOHONG RAKYAT MENYEBABKAN KREDIBILITI MEREKA DIRAGUI.