Monday, December 23, 2013

JOM KONGSI ILMU... MAT SABU MEMANG SYIAH???


BELUM HANTAR WRIT SAMAN PADA ZAHID DAH ADA YANG BALUN CARA BERDEPAN. LEPAS NI MAT SABU AKAN SAMAN SEMUA YANG KATA DIA SYIAH.

HADIAH BUAT PENIAGA PULAU PINANG. SAYANGI RAKYAT KONON!!!





TU DIAAA MENIAGA BOLEH UNTUNG MACAM NI.BILA TERIMA SURAT SAMAN DARI AGENSI KERAJAAN DAP PULAU PINANG. KESALAHAN TIADA LESEN BERNIAGA. BILA KITA KATA DAP TAK TOLONG PENIAGA KECIL, DEPA KATA DAH SALAH TIADA LESEN. PATUT PUN KENA . OK....

BILA KITA BAGITAU PR SAMAN AES TU SEBAB KESALAHAN MEMANDU LAJU, DEPA KATA INI SEMUA BN TAK DAK DUIT. WEHHHH!!!! TANG SAMAN AES KATA BN TAK DAK DUIT. TANG SAMAN MPSP NI HANGPA TAK KATA DAP STATE NAK ROMPAK DUTI RAKYAT.....

KENYATAAN YANG TIDAK KELUAR DALAM MEDIA PR


KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KERJA RAYA
DATUK HJ FADILLAH HJ YUSOF

1. Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014. Namun, Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat. 

2.Sebaliknya, Kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan menga...mbil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada tahun 2014.

3. Saya juga ingin menjelaskan bahawa sejak tahun 2008, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya:
i. penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya

ii. penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan 7 plaza tol

iii. pengurangan kadar tol yang melibatkan 3 lebuh raya; dan

iv. penstrukturan semula kadar tol yang melibatkan lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD.

4. Dalam mempertimbangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, Kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani agar terus mendapat keyakinan pelabur dan supaya tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing.

KEKUATAN BAHASA MELAYU . JOM KITA HAYATI


Bahasa Melayu mengenal tulisan pada abad ke-7, iaitu tulisan Pallava Kemudian. Pada abad ke-10, bahasa Melayu kuno menggunakan pula tulisan Kawi. Tulisan ini yang mempunyai aksara dan sistem ejaannya yang tersendiri berkembang berabad-abad lamanya, termasuk setelah kemunculan tulisan Jawi. 

Satu lagi tulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno ialah tulisan Rencong.Tulisan ini berupa garis-garis lurus dan bersiku tajam. Bentuknya yang rencong atau serong itu amat berbeza daripada bentuk tulisan Pallava dan Kawi yang berkelok-kelok atau seakan-akan bulatan. Atas dasar bentuknya yang tersendiri itu, tulisan ini dikatakan ciptaan asli peribumi atau sekurang-kurang ubah suaian daripada tulisan-tulisan yang terdahulu. 

Zaman bahasa Melayu praklasik bermula pada abad ke-11 dan berakhir pada abad ke-14. Ciri utama bahasa Melayu praklasik ialah terdapatnya campur aduk pengaruh Hindu dan pengaruh Islam dalam penggunaan sistem tulisan dan kosa kata. Selepas zaman praklasik, perkembangan tulisan dan pelbagai aspek lain bahasa Melayu, seperti kosa kata dan sebutan, semakin mantap dan bermutu. Atas dasar kepesatan perkembangan dan peningkatan mutunya itu, maka bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi mulai abad ke-13 dinamakan bahasa Melayu klasik. 

 



Kenyataan Francois Valentyn dalam gambarannya tentang masyarakat Melakapada awal abad ke-18 seperti berikut: 

The Malays are the most cunning, the most ingenius and the 
politest people of the whole East…Their language, Bahasa 
Malayu…the Malays are accustomed to study it, trying their 
utmost to enlarge their knowledge of it and to learn Arabic; even 
some among them the Persian language too, and those who are 
more studious still strive to obtain knowledge of the Sanskrit... 



Dengan keadaannya yang mudah dipelajari, akhirnya bahasa Melayu-Islam telah mendapat tempat, menjadi bahasa perantara (lingua franca) dan digunakan dengan begitu meluas di Alam Melayu terutama dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat diperhatikan melalui kenyataan Valentyn seperti berikut: 

Their language, Bahasa Malayu, i.e., the Malay language …was 
not only spoken on that coast, but was used through the whole of 
India and in all Eastern countries, as a language understood 
everywhere and by every one…And if you don’t understand this 
language, you are considered a very badly educated man in the 
East…



Era Keemasan Aceh 

 

Pada zaman kekuasaan Sultan Iskandar Muda Meukuta Perkasa Alam, Aceh merupakan negeri yang amat kaya dan makmur. Menurut seorang penjelajah asal Perancis yang tiba pada masa kejayaan Aceh di zaman tersebut, kekuasaan Aceh mencapai pesisir barat Minangkabau. Kekuasaan Aceh pula meliputi hingga Perak. Kesultanan Aceh telah menjalin hubungan dengan kerajaan-kerajaan di Eropah pada abad ke-16, termasuk Inggris, Turki dan Belanda. 

 

Dalam sejarahnya yang panjang itu (1496 – 1903), Aceh telah mengukir masa lampaunya dengan begitu megah dan menakjubkan, terutamanya kerana kemampuannya dalam mengembangkan pola dan sistem pendidikan militeri, komitmennya dalam menentang penjajahan oleh bangsa Eropah, sistem pemerintahan yang teratur dan sistematik, mewujudkan pusat-pusat pengkajian ilmu pengetahuan, hingga kemampuannya dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.

BONGKAR!!! GULA GULA KERAJAAN SELANGOR KEPADA IBU BAPA


SERONOK ADIK NI DAPAT VAUCER KASUT BATA KAN.RM 30 JE KER


TU DIA. AGAK AGAK PAKAIAN AKAK BAJU BIRU TU DALAM PAS OK TAK. OPSSS TARBIYAH PLAK. 

SEKARANG MARI KITA TENGOK HARGA KASUT BATA :
VISIONVISIONVISION
RM 36.99
VISIONVISIONVISION
RM 32.99

NAK TAHU LAGI RUJUK :


SEJAUH MANA KEBENARAN BAHAWA JIKA PERKASA TOLAK BN, UMNO AKAN TEWAS?


KENYATAAN IBRAHIM ALI :

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA menawarkan diri untuk mengambil alih peranan Umno dalam membela nasib orang Melayu kerana bimbang masyarakat tersebut kehilangan pengaruh politik. 

Presiden NGO tersebut, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA kini juga hanya memberi sokongan bersyarat kepada BN dan tidak akan menjadi “barua” atau “perkakas” kepada Umno. 

"Memang Umno menjaga kepentingan agama dan Melayu tetapi kalau Umno sudah lemah dan tidak bertaring, ayuh, PERKASA boleh jadi galang ganti untuk pertahankan kepentingan bangsa dan agama. 

"Jangan retorik masa perhimpunan agung, jangan retorik masa pilihan raya, rakyat sudah cerdik, rakyat sudah tahu," kata Ibrahim yang menambah, struktur PERKASA kini lebih teguh dengan 500,000 anggota. 

Menurut Ibrahim, walaupun PERKASA menyokong BN pada pilihan raya lalu, ia bukan satu jaminan komitmen yang sama akan dizahirkan PERKASA pada pilihan raya akan datang. 

"Kita bagi sokongan pada Umno, bukan kita jadi perkakas atau alat kepada Umno jauh sekali jadi barua mana-mana pemimpin. 

"Kali ini kita tengok, kalau parti bagus, tapi calon tak bagus, kita bakul sampahkan sahaja 

"Sokongan kita kali ini bersyarat, kita tak mahu apologetik lagi," kata Ibrahim


PERTAMANYA AKU KAGUM JUGA DENGAN KONSISTEN PERJUANGAN PERKASA

KEDUANYA BOLEHKAH PERKASA GANTIKAN UMNO ?

KETIGANYA APA HUJAH DAN BUKTI YANG KALAU PERKASA TAK SOKONG UMNO, UMNO AKAN KALAH BANYAK KERUSI DAN BN JUGA AKAN GAGAL MEMBENTUK KERAJAAN 

DAP KATA PERKASA ITU UMNO, UMNO ITU PERKASA. INI PERSEPSI.
AKU RASA ELOKLAH PERKASA BERDIRI ATAS PRINSIP NGOS MELAYU.ITU LEBIH BAIK DARI TERSILAP LANGKAH MENYUSUN KEKALAHAN KUASA ISLAM.

DR MAZA DI SEKOLAHKAN LEPASAN PONDOK


DR MAZA HANYA TAHU MEMBANTAI ORANG LAIN TANPA PIKIAQ MASA DIA DOK MENGAJAQ DI USM DULU LINTANG PUKANG