Monday, December 23, 2013

SEJAUH MANA KEBENARAN BAHAWA JIKA PERKASA TOLAK BN, UMNO AKAN TEWAS?


KENYATAAN IBRAHIM ALI :

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA menawarkan diri untuk mengambil alih peranan Umno dalam membela nasib orang Melayu kerana bimbang masyarakat tersebut kehilangan pengaruh politik. 

Presiden NGO tersebut, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA kini juga hanya memberi sokongan bersyarat kepada BN dan tidak akan menjadi “barua” atau “perkakas” kepada Umno. 

"Memang Umno menjaga kepentingan agama dan Melayu tetapi kalau Umno sudah lemah dan tidak bertaring, ayuh, PERKASA boleh jadi galang ganti untuk pertahankan kepentingan bangsa dan agama. 

"Jangan retorik masa perhimpunan agung, jangan retorik masa pilihan raya, rakyat sudah cerdik, rakyat sudah tahu," kata Ibrahim yang menambah, struktur PERKASA kini lebih teguh dengan 500,000 anggota. 

Menurut Ibrahim, walaupun PERKASA menyokong BN pada pilihan raya lalu, ia bukan satu jaminan komitmen yang sama akan dizahirkan PERKASA pada pilihan raya akan datang. 

"Kita bagi sokongan pada Umno, bukan kita jadi perkakas atau alat kepada Umno jauh sekali jadi barua mana-mana pemimpin. 

"Kali ini kita tengok, kalau parti bagus, tapi calon tak bagus, kita bakul sampahkan sahaja 

"Sokongan kita kali ini bersyarat, kita tak mahu apologetik lagi," kata Ibrahim


PERTAMANYA AKU KAGUM JUGA DENGAN KONSISTEN PERJUANGAN PERKASA

KEDUANYA BOLEHKAH PERKASA GANTIKAN UMNO ?

KETIGANYA APA HUJAH DAN BUKTI YANG KALAU PERKASA TAK SOKONG UMNO, UMNO AKAN KALAH BANYAK KERUSI DAN BN JUGA AKAN GAGAL MEMBENTUK KERAJAAN 

DAP KATA PERKASA ITU UMNO, UMNO ITU PERKASA. INI PERSEPSI.
AKU RASA ELOKLAH PERKASA BERDIRI ATAS PRINSIP NGOS MELAYU.ITU LEBIH BAIK DARI TERSILAP LANGKAH MENYUSUN KEKALAHAN KUASA ISLAM.