Tuesday, September 2, 2014

SEMUA AKTIVITI PPS DIHENTIKAN



GEORGE TOWN: All Voluntary Patrol Unit (PPS) members have been ordered to suspend their unit activities until the validity of PPS is confirmed.
Chief Minister Lim Guan Eng said this following an ad hoc state executive councillor meeting which he chaired, this afternoon.
"I hope the people of Penang can take role of the PPS in helping the police carry out community policing to prevent crime," he told reporters here.
Lim said all 156 PPS members, who were detained, would be paid RM200 for everyday they are detained.
"Our main priority is to secure their release and to that end we have arranged legal representation for them," he said.
Lim also added that the few members who had failed the urine drug test were senior citizen consuming medication.
"They are old people with medical problem and taking medication and that's why they failed the test," added Guan Eng.

BK : KALAU RASA TAK BERSALAH, KENAPA NAK DIHENTIKAN 

PAS SAHKAN ADA USAHA PANCING ADUN PAS SOKONG WAN AZIZAH


SHAH ALAM - Pas Selangor mengesahkan masih ada usaha untuk memancing Adun-Adunnya di negeri itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya telah mempunyai maklumat lengkap dalang yang terlibat dan tidak teragak-agak mendedahkannya jika usaha itu tidak dihentikan.

"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing Adun kita (Pas) di Selangor.

"Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihaknya juga menjangka akan lebih banyak aduan dan usul akan dibuat terhadap dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) berhubung tindakan mereka membelakangi keputusan parti.

"Pas Selangor menjangka banyak lagi aduan dan usul akan di buat dan dihantar ke Jawatankuasa Disiplin mengenai tindakan yang tidak berdisplin dua Adun kita di Selangor," katanya.

Hari ini, Dewan Ulama Pas Selangor sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas tersebut.

Nasib kedua-duanya diserahkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya

PPS ATAU BIRO DAP ?




Penahanan 156 Anggota PPS Pulau Pinang - Berikut adalah kenyataan Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

"Kerajaan negeri memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 anggota PPS dan Exco kerajaan negeri Phee Boon Pohyang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah.

"Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan.

"Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS"

PAS TAK SAMA DENGAN PARTI LAIN SERU HJ HADI


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.
Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.
"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.
Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.

Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh. 

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014

BK : PAS KATA APA PUN DAP DAN PKR PEDULI APA.DEPA TAK GENTAQ PUN

MUSLIMAT PAS PULA MEMBELAKANGKAN MAJLIS SYURA


Wanita Pakatan Rakyat termasuk Dewan Muslimat PAS hari ini menyatakan pendirian menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. 

Dalam satu kenyataan bersama, tiga sayap wanita PKR, DAP dan PAS itu menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Wan Azizah. 

"Kami bersama-sama ingin mengesahkan dan mengukuhkan pendirian kami bahawa Wan Azizah sepatutnya menjadi menteri besar Selangor. 

'Ya, dia isteri kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, orang yang paling 
dikehendaki oleh kerajaan. (Tetapi) dia juga seorang pemimpin yang bersih, berani, bertanggungjawab dan bebas rasuah yang mana ia berkongsi visi yang sama seperti rakyat Malaysia yang berpatriotik," kata kenyataan itu lagi. 

Kenyataan itu daripada Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Wanita DAP Chong Eng dan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff (kanan). 

Kenyataan bersama daripada Siti Zailah itu merupakan satu kejutan kerana PAS sebelum ini mencalonkan nama Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali selain daripada Wan Azizah bagi menggantikan tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Parti Islam itu juga sebelum ini menafikan dakwaan bahawa mereka menolak Wan Azizah kerana beliau merupakan seorang wanita. 

Malaysiakini

BK : APAKAH DENGAN WANITA MAJLIS SYURA AKAN LENTOK