Tuesday, September 2, 2014

PPS ATAU BIRO DAP ?




Penahanan 156 Anggota PPS Pulau Pinang - Berikut adalah kenyataan Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

"Kerajaan negeri memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 anggota PPS dan Exco kerajaan negeri Phee Boon Pohyang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah.

"Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan.

"Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS"