Tuesday, September 2, 2014

MUSLIMAT PAS PULA MEMBELAKANGKAN MAJLIS SYURA


Wanita Pakatan Rakyat termasuk Dewan Muslimat PAS hari ini menyatakan pendirian menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. 

Dalam satu kenyataan bersama, tiga sayap wanita PKR, DAP dan PAS itu menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Wan Azizah. 

"Kami bersama-sama ingin mengesahkan dan mengukuhkan pendirian kami bahawa Wan Azizah sepatutnya menjadi menteri besar Selangor. 

'Ya, dia isteri kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, orang yang paling 
dikehendaki oleh kerajaan. (Tetapi) dia juga seorang pemimpin yang bersih, berani, bertanggungjawab dan bebas rasuah yang mana ia berkongsi visi yang sama seperti rakyat Malaysia yang berpatriotik," kata kenyataan itu lagi. 

Kenyataan itu daripada Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Wanita DAP Chong Eng dan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff (kanan). 

Kenyataan bersama daripada Siti Zailah itu merupakan satu kejutan kerana PAS sebelum ini mencalonkan nama Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali selain daripada Wan Azizah bagi menggantikan tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Parti Islam itu juga sebelum ini menafikan dakwaan bahawa mereka menolak Wan Azizah kerana beliau merupakan seorang wanita. 

Malaysiakini

BK : APAKAH DENGAN WANITA MAJLIS SYURA AKAN LENTOK