Tuesday, August 19, 2014

LUAHAN HATI AHLI PAS : ADA MUSANG BERBULU AYAM DALAM HIRAKI JEMAAH


JK TATATERTIB PAS TIDURRR LENA


Aku mempunyai pendapat sendiri dalam isu Selangor dan hubungan PR umumnya. Sebahagian pendapatku mungkin  tidak sama dengan keputusan yang terkandung dalam mesyuarat 17 Ogos 2014. Namun secara jujur aku katakan bahawa pendapat berjemaah lebih mulia dan tepat daripada pandangan peribadiku. 




Aku terima keputusan mesyuarat ini dengan berlapang dada. Malah aku ucapkan syabas kepada kepimpinan TGHH yang matang dan berpandangan jauh walaupun lawan dan kawan tak habis-habis memperlekehkan ulama tersohor ini.

Dalam satu ruang lain, aku tercari-cari di mana ahli  Jawatankuasa Tatatertertib PAS. Di ruang sebelah riuh-rendah si biadab mengkritik pemimpin secara terbuka tanpa adab. Ada yang bertindak menjadi jurucakap parti menikam parti sendiri. Ada yang membocorkan rahsia parti. Ada yang wala’ kepada pemimpin di luar jamaah sehingga sanggup menghuru-harakan parti sendiri. Dan ada juga yang awal-awal mengambil keputusan sendiri.

Dalam  laman web rasmi PAS, Jawatankuasa Tatatertib tidak dikemaskini untuk rujukan. Siapa pengerusi? Siapa SU dan siapa 3 orang AJKnya? Bukan tiada tetapi ada bagai tiada. Sudahlah tiada namanya, senyap pula Pengerusinya. Patutla si Khalid Samad, Hanifa Maidin dan beberapa kerat lagi ‘golongan-golongan hebat dalam PAS’ tak heran langgar disiplin parti. Mereka tahu kapasiti Jawatankuasa Tatatertib PAS.

Aku ucapkan selamat malam untuk Jawatankuasa Tatatertib PAS. Tidurlah senyenyak-nyenyaknya. Untuk semua, kita tunggu muktamar terdekat. Dan muktamar 2015, kita bersedia menggunakan kuasa perwakilan akar umbi untuk membersihkan AJK PAS Pusat daripada musang berbulu ayam. Sudahkah saudara kenal?