Tuesday, August 19, 2014

JAHATKAH UMNO ATAU PERSEPSI JAHAT PAS



Sama ada PAS mahu berada dalam ataupun keluar Pakatan, itu hak mereka. Persoalannya, kenapa setiap kali memberikan jawapan, mangsanya adalah Umno? Jahat sangatkah Umno ini?,” soal Ridhuan Tee Abdullah. 

“Walau apa pun berlaku dalam PR, PAS takkan keluar, jika Pas keluar, Umno akan menang,” demikian reaksi Dr. Ridhuan Tee ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda Pakatan Rakyat (PR). 
Soal Ridhuan, benarkah PAS wujud atas dasar prinsip dan tanggungjawab mahu menegakkan Islam? 

“Adakah kewujuan PAS hanya kerana Umno? Janganlah terlalu memusuhi Umno, tidak mendatangkan faedah kepada Islam. 
“Dalam hal ini, ini bukan soal siapa betul, siapa yang salah. Jika ada kebaikan Umno, terimalah hakikat. Begitu juga sebaliknya, jika Umno salah, tegurlah dan lawanlah. 

“Tetapi jangan terus wujudkan blaming culture,” ujar beliau. 
Menurut beliau, ultra kiasu merupakan musuh utama PAS yang mana ia sudah awal-awal menentang Islam dan perjuangan Islam PAS. 

“Mereka sudah memberikan amaran, jika PAS menerima Khalid (MB Selangor) sebagai ahli parti, PAS adalah pengkhianat dan tidak bermaruah. 

“PAS seharusnya dapat tangkap apa yang mereka maksudkan. Ultra kiasu kini bukan sahaja anti Islam, pada masa sama sangat bongkak dan sombong. Tidak boleh dikritik langsung,” katanya. 

Saran Ridhuan, sepatutnya PAS jawab, “ada aku kisah, nak saman, samanlah”