Monday, August 11, 2014

ESOK PEMUDA PR MENGADAP TN GURU HJ HADI




 Pemuda pakatan penbangkang akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut Menteri Besar Selangor.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat Pas di sini pada hari esok 

PENJELASAN ISU HUTANG RM 70JUTA KHALID




Sedutan Forum 'Krisis Selangor: Khalid Ibrahim belot Pakatan
 
Panelis:
 1. Shazni Munir Mohd Ithnin (Eksekutif Komunikasi pejabat MB Selangor)
 2. Azrul Azwar (Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi Kewangan) dan
 3. Nathaniel Tan (bekas pegawai komunikasi)
 
Azrul Azwar yang pernah menjadi Ketua Ekonomi Bank Islam dalam hujahnya pula mengatakan beliau antara yang terlibat dalam urusan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam.
 
"Pada 2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Khalid menjadi menteri besar, bekas bos saya meminta saya untuk menghubungi beliau (Khalid) untuk menyelesaikan isu pinjaman itu di luar mahkamah," katanya.
 
Menurut Azrul, Bank Islam yang terlebih dahulu menawarkan penyelesaian di luar mahkamah apabila rundingan pertama Khalid di ibu pejabat bank berkenaan tidak berjaya disebabkan menteri besar Selangor itu tidak bersetuju dengan terma perjanjian.
 
"Kerana itu kita lihat rentetan kronologi sehinggalah ke Mahkamah Tinggi," katanya.
 
Beliau berkata penyelesaian hutang Khalid bersama Bank Islam tercapai selepas bank itu menerima tawaran dari institusi kewangan Timur Tengah yang cuba menghidupkan semula skim perjanjian jual beli (BBA).
 
"Oleh kerana institusi kewangan itu cuba mempopularkan semula konsep BBA, maka menawarkan usul kepada Khalid dalam pembayaran jumlah hutang.
 
"Tawaran itu dilakukan kerana institusi kewangan itu tidak mahu sekiranya Bank Islam kalah dalam mahkamah maka ia akan memberi kesan pada polisi BBA," katanya.
 
Beliau berkata Khalid akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesaian terbabit dan Bank Islam juga berpuas hati kerana ia tidak merugikan perbankan itu

HOT !!! RAFIZI TUDUH PAS DESAK KHALID DI PECAT?



Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada ceramahnya di Serksyen 19, Shah 

Alam malam tadi mendedahkan bahawa pimpinan PAS paling banyak 

membuat aduan kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Malah, katanya, permintaan supaya Khalid digugurkan juga datangnya 

daripada pemimpin PAS.

PKR SENDIRI BERAK SENDIRI CUCILAH....


BK  :RAKYAT TANYA KENAPA SEBELUM INI TIDAK DIBANGKITKAN PERKARA
 DI ATAS  ?

KENAPA SEBELUM INI BN DOK CERITA PASAI HUTANG BANK ISLAM HANGPA PKR TAK PERCAYA MALAH KATA FITNAH. LAST LAST HANGPA BANGKITKAN HUTANG BANK ISLAM. APA CERITA PUAK PKR LA NI PUN TAK TAU. 

PENJUALAN TANAH NEGERI PADA SYARIKAT KRONI UMNO? MENGPAKAH DIKAITKAN DENGAN UMNO PULAK? TAHI HANGPA NAK SURUH UMNO CUCI ATAU HANGPA YANG BUAT TAIK KATA UMNO YANG BERAK. 

APALAH PKR NI...SENDIRI BERAK SENDIRI CUCI LAH

GILIRAN MAK LAMPIR LONDEHKAN TS KHALID....ISH ISH ISHHH




Beberapa jam selepas memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pimpinan tertinggi PKR muncul di ibu negeri Selangor bertemu rakyat dan buat pertama kalinya, tidak mengkritik kerajaan BN. 

Seramai 400 hadirin di Seksyen 19 Shah Alam yang kebanyakannya penyokong PKR sebaliknya mendengar ucapan pemimpin kanan parti menceritakan "masalah-masalah" menteri besar sejak 2008 yang kini perlu digantikan. 

Kebanyakan mereka memberi reaksi terkejut dan bersetuju apabila mendengar satu persatu kesalahan Khalid sepanjang pentadbiran negeri dari masalah jalan berlubang dan sampah sehingga dakwaan beliau bekerjasama dengan tokoh yang rapat dengan Umno untuk menyelesaikan masalah peribadinya. 

MP Ampang Zuraida Kamaruddin memanaskan malam dengan menyatakan kegagalan Khalid menyelesaikan masalah jalan raya dan air di kawasan beliau. 

Beliau yang turut dijangka mempertahankan jawatan ketua wanita PKR pada pemilihan parti ini menyindir Khalid kerana bersikap sombong dan membelakangkan parti dalam pelbagai isu. 

"Kita bukan pilih "acong" atau "ane" mana jadi presiden. Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan," kata beliau diikuti dengan gelak tawa dan sokongan daripada hadirin yang hadir. 

Zuraida berkata Khalid bertindak sombong apabila menyatakan beliau menjadi menteri besar kerana rakyat dan kini melupakan parti. 

Beliau mengesyorkan agar Khalid menubuhkan parti baru jika ingin terus menjadi menteri besar. 

"Saya MP Ampang kalau parti tak letak saya di Ampang adakah saya jadi YB di Ampang? 

"Kalau tak nak ikut parti, baik dia buat parti sendiri jadi menteri besar sendiri. 

"Tapi, boleh menangkah?" kata beliau dibalas dengan laungan "Tidak!" oleh hadirin. 

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pengarah strategi parti Rafizi Ramli mengulang kepada hadirin mengapa Khalid patut diturunkan dengan masalah hutang Bank Islam beliau. 

Bagaimanapun hadirin sedikit kecewa kerana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberitahu sepatutnya datang tidak muncul. 

Saifuddin ketika ditemui wartawan selepas ceramah menyatakan Anwar sedang menemui "seseorang yang amat penting." 

Tumpuan ceramah itu Wan Azizah merupakan satu-satunya pemimpin yang tidak mengulas langsung mengenai Khalid. 

Bakal menteri besar Selangor itu sebaliknya menceritakan kisah sedih hidup beliau selepas Anwar ditangkap dan dipenjarakan pada ketika permulaan Reformasi PKR. 

"Saya tak mahu panjangkan isu menteri besar, biarlah Datuk Saifuddin dan saudara Rafizi menjelaskannya. 

"Saya datang jumpa tuan puan malam ini nak berkongsi kehidupan saya. Bagaimana deritanya saya dan anak-anak hidup tanpa suami," katanya.

PAKAIAN PEREMPUAN MENONJOLKAN TUBUH BADAN HARAM





Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.

Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.

Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.

Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.

Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu.

PAS TIKAM PKR DARI BELAKANG?



Jika PAS memilih utk mengambil keahlian Khalid Ibrahim sebagi ahli secara terus ini akan mengaitkan PAS mengambil alih jawatan mb Selangor daripada jalan belakang.

Suatu yg sangat kotor dan tidak syarie. Jalan yg pernah PAS cemuh apabila umNObeEND melakukannya di Perak suatu waktu dahulu. Dan PAS boleh dianggap perosak integriti Pakatan Rakyat sekali gus merosakkan ketulenan perjuangan PAS selama ini yang tidak pernah berjuang melalui jalan-jalan yang tidak tertib dan mengambil kesempatan dari kesusahan dan kesangsaraan parti lain, apa tah lagi parti yang sepakatan.

PAS handaklah membiarkan Khalid Ibrahim menjadi Adun bebas. Dan PAS perlu menjaga kedudukan imej nya yang bersih di mata warganegara Persekutuan Malaysia ini.

MB KELANTAN NAFI PELAWA TS KHALID SERTAI PAS.




Laporan berita yang berkait dengan YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di bawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online mstar adalah tidak tepat sama sekali. Laporan akhbar tersebut boleh dirujuk di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/10/pas-terima-khalid/ 

Perenggan kedua laporan mstar yang menyatakan 'Menteri Besar Kelantan memberitahu pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari Sabtu kerana masalah disiplin' dengan disebut sedutan ucapan beliau yang berbunyi "terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR" adalah tidak benar sama-sekali. 

Sebaliknya YAB Pemangku Ketua DUPP hanya menyatakan "itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia" apabila ditanya tentang masa depan politik Tan Sri Khalid selepas ini. Dalam menjawab soalan kepada wartawan pada tengah hari tadi di Perdana Resort ketika menghadiri majlis hari raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) beliau hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang supaya dapat mewujudkan suasana terbaik dalam kemelut yang melanda Selangor dan ujarnya "DUPP sendiri kembali kepada tarikh mesyuarat PAS Pusat yang akan berlangsung pada 17 Ogos 2014 nanti dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti" ujar beliau lagi "apa yang berlaku di Selangor kini adalah satu 'exercise' bagi membina kematangan berpolitik". 

Beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) menegaskan bahawa ahli PAS perlu menghormati MSU yang merupakan badan tertinggi parti dan sentiasa memantau perjalanan PAS agar seiring dengan dasar dan prinsip PAS. 

Beliau juga menyatakan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaimana yang tersiar dalam berita headline TV3 pada jam 8 malam tadi. Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan MSU telah membincangkan hal ini, boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak. 

Bertarikh 14 Syawal 1435/10 Ogos 2014 

Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan merangkap Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat.