Sunday, April 19, 2015

PRK044 : TIADA KOMPROMI. HUDUD TETAP AKAN DIPERJUANGKAN

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak ada keperluan untuk parti itu membincangkan mengenai rang undang-undang persendirian mengenai hudud kerana ia adalah hak mutlak kerajaan negeri Kelantan.

Jelas beliau Kelantan mempunyai hak untuk melaksanakan undang-undang Syariah dan mereka bebas untuk berunding mengenai pelaksanaannya dengan Kerajaan Persekutuan.

"Kami telahpun menandatangani perjanjian dengan DAP dan PKR lama dahulu mengenai isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang Syariah. Ia adalah hak Kelantan.

"Apa yang berlaku adalah Kelantan bawa perkara ini dan mereka yang melakukan perbincangan mengenai kemungkinan melaksanakan undang-undang itu dengan Kerajaan Persekutuan. Ia adalah hak mereka," katanya pada Sabtu.

Hadi mengulas mengenai dakwaan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad bahawa beliau membelakangkan parti dengan membentangkan RUU persendirian mengenai hudud di Parlimen tanpa berunding dengan pemimpin parti.

Hadi berkata beliau mengikuti prosedur dan perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat PAS walaupun dibangkitkan pertama kali pada 1996.

"Jika kerajaan Pulau Pinang boleh membincangkan pembinaan jambatan kedua dengan kerajaan Persekutuan, mengapa tidak Kelantan melakukan perkara yang sama apabila ia datang kepada undang-undang Syariah?" tambahnya.

BK : DAP HARUS MALU DAN KENA SEDAQ DIRI 

PRK044 : APABILA ULAMAK DI "MAKI ' OLEH PENYOKONG



Siapa yang mengajar mereka sehingga mereka sanggup menyumpah seranah pimpinan ulama dalam PAS.


Adakah mereka hilang respek kepada ulama macam Dr. Zulkefly Ahmad?

Ini aktivis yang menetang kerajaan tapi membenci ulama.

PRK 044 : HIMPUNAN ANJURAN PKR MULA MERUNDUM TAHAP SOKONGAN



Program berarak menaiki basikal yang bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu, hanya disertai 25 peserta termasuk anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha.


Kehadiran peserta yang kurang kali ini berkemungkinan disebabkan mereka tidak memiliki basikal selain sibuk di hujung minggu

Penganjur menyatakan himpunan Kitalawan akan tetap diteruskan setiap minggu dan pada minggu hadapan akan diadakan di Pahang dan Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

PRK044 : NO KOMEN DARI KAK WAN TENTANG PAS DI PERMATANG PAUH

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus 'mengunci mulut' apabila ditanya berhubung sokongan rakan sekutunya, PAS, terhadap PKR sepanjang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 

Ditanya siapa pemimpin tertinggi PAS pusat yang akan hadir pada majlis pengumuman calon PKR yang dijadual 24 April ini, Wan Azizah berkata: "Tunggu dan tengok...tak tahu lagilah (siapa yang akan hadir)".

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Tampil di Kompleks An-Nahdhoh, di Bukit Mertajam hari ini.

Mengenai siapa yang akan mengumumkan calon PKR pada hari pengumuman calon itu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, meminta pemberita bersabar dan menunggu sehingga hari itu.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja bagi anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipohon melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.

Terdahulu, pada majlis pelancaran program yang sama di Dewan Sri Pauh, Bandar Perda dekat sini, Dr Wan Azizah berkata beliau tidak tahu mengenai laporan dakwaan lima Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR akan melompat parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Itu saya kena dapatkan pengesahan. Sebab saya tak fikir demikian...dari sumber mana?.

"Tanya mereka lah, siapa dia mereka (yang membuat dakwaan) itu?..Saya pun tak tahu," katanya.
Semalam sebuah portal (Suara.TV) melaporkan Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor menggantikan Menteri Besar Azmin Ali.

Portal itu turut memetik sumber sebagai berkata satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diadakan di Jakarta bagi membincangkan perkara berkenaan.

Dalam pada itu, PAS Permatang Pauh akan mengadakan mesyuarat esok bagi memutuskan sama ada PAS kawasan itu akan membantu PKR dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad berkata pada mesyuarat itu kesemua 30 cawangan akan diberi peluang berbahas bagi menyatakan suara akar umbi berhubung perkara itu.

"Satu sidang media akan diadakan berhubung perkara itu," katanya dalam kenyataan di George Town hari ini.
Akhbar semalam memetik Jamsari sebagai berkata, PKR berkemungkinan akan menghadapi protes secara senyap daripada PAS, jika parti itu berkeras untuk meletakkan Dr Wan Azizah atau anggota keluarganya sebagai calon PRK itu. - Bernama

BINA KERJASAMA UMNO DAN PAS DI SELANGOR


Berita ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana sebelum ini memang berlaku pertemuan antara puak-puak Hadi dengan wakil UMNO di Selangor untuk membina kerajaan perpaduan pada 2008. 

Kini timbul pula berita yang hampir serupa merujuk kepada pembabitan Hadi dalam pembentukan kerajaan perpaduan PAS UMNO di Selangor dengan memilih Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar setelah mendapat perkenan sultan kelak. 

Walaupun berita ini tidak dapat disahkan namun pastinya pihak SuaraTV tahu akan risiko jika menyiarkan berita palsu 

Kuala Lumpur – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali. 

Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut. 
“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam. “Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi. 

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid. “Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah. 
“Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi. 

Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut. Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu. 

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP. Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.

BK : SAMPAI BILA LA STORY MACAM NI NAK JADI KENYATAAN YER